Bila ditanya tentang kedudukan parti yang bertanding di Manek Urai, saya meletakkan 58 % untuk Pakatan Rakyat(PAS) dan 41 % untuk Umno-Bn. Insyaallah...... Pakatan Rakyat(PAS) akan menang. Jikalau peratusan keluar mengundi 82 %, Pakatan Rakyat(PAS) pasti akan dapat meningkat kan undi yang berkemungkinan memperolehi majoriti antara 1,900 undi.
Umno-Bn pasti akan berkurangan sebanyak 200 undi kerana undi simpati akan pergi kepada calon Pakatan Rakyat(PAS) yang mana Umno-Bn dalam kempennya, menyerang peribadi calon pakatan Rakyat(PAS) yang tidak berkelulusan tinggi dan seorang peraih ikan. Umno-Bn sebenarnya telah menjerat diri mereka sendiri kerana memperkecilkan penjual ikan.
Perlukah seorang yang berpendidikan tinggi tetapi penuh isu-isu tidak bermoral kalau hendak di bandingkan dengan yang tidak berpendidikan tinggi tetapi seorang yang bermoral. Peraih ikan yang senang ditemui berbanding seorang pengurus yang susah untuk bertemu, jikalau hendak bertemu beliau pun terpaksa buat temu janji dahulu baru boleh jumpa, itu pun kalau bernasib baik. Kalau tidak bernasib baik jangan harap lah boleh berjumpa, apatah lagi kalau dah bergelar YB.
Begitu juga dengan rasuah politik TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin tentang janji beliau untuk membina jambatan baru sekiranya pengundi Manek Urai memilih calon Umno-Bn. Kenyataan beliau disaat-saat akhir tentang jambatan baru, betul-betul telah menghina penduduk Manek Urai.
Apakah beliau merasakan yang penduduk Manek Urai kebulur sangat dengan jambatan baru itu. Senjata yang beliau keluarkan di saat akhir pasti akan memakan dirinya sendiri. Beliau mungkin tersilap percaturan tentang rakyat negeri Kelantan yang cukup matang dari segi politik jikalau hendak di bandingkan dengan negeri-negeri lain.
Mungkin TPM merasakan yang beliau masih lagi berada di negeri Johor, iaitu kubu kuat Umno. Yang mungkin akan menjadi kubu terakhir Umno yang akan tumbang. Sekuat mana pun Umno di Johor, mereka tidak dapat menahan gelombang tsunami yang pasti akan berlaku pada PRU 13 nanti.
Kerana itulah Ketua Polis Kelantan telah awal-awal memberi amaran agar tidak meraikan kemenangan pada malam selepas keputusan dikeluarkan. Pihak polis memang sudah menjangka kan yang calon Pakatan Rakyat (PAS) akan menang dalam PRK tersebut melalui skuad risikannya.
Banyak sebab yang membuatkan Pakatan Rakyat akan menang, di antaranya rasa terkilan rakyat Kelantan tentang tuntutan royalti minyak yang tidak dijawab oleh kerajaan Umno-Bn. Mereka telah memaksa Petronas sendiri menjawabnya. Ini menampakkan yang Kerajaan Umno-Bn telah menyembunyi dan menidakkan hak rakyat Kelantan.
Berbagai alasan diberikan oleh para pemimpin Umno-Bn, baik daripada pusat mahu pun dari Kelantan sendiri yang cuba menipu rakyat Kelantan dengan mengatakan bahawa Kelantan tidak mempunyai minyak. Apakah para pemimpin Umno-Bn ingat rakyat Kelantan boleh digula-gulakan begitu sahaja. Maka yang pastinya, pemimpin pusat yang diketuai oleh TPM akan pulang awal hari ini........ Insyaallah... Hidup... Hidup... Hidup PAS...... Hancur... Hancur... Hancur BN.... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Selasa, 14 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat...
-
Keputusan tidak rasmi 6.47pm Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051 Yong Teck Lee (SAPP) - 1018 Ansari Abdullah (PKR) -1,709 Undi rosak - 420 6...
-
Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan...
-
Najib Tun Razak bukannya seorang politikus yang licik sepertimana ahli-ahli politik yang berada di negara ini.Walau pun beliau adal...
-
Selamat bertugas buat blogger Pakatan Rakyat yang akan berkampung di Bagan Pinang dalam pilihn raya kecil Dun tersebut. Semoga blogger Pakat...
-
NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dun...
-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri di bawa...
-
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan