Translate

Isnin, 13 Julai 2009

Manek Urai : Pengalaman Di Malam Terakhir Pengundian....

Apa yang saya coretkan ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman semasa masih lagi remaja, walaupun masih remaja saya amat-amat meminati politik. Kerana politik lah yang mematangkan kita dalam menempuhi kehidupan yang mendatang. Dahulu, pada malam terakhir kempen politik, kami sebagai anak muda yang kuat menyokong PAS akan cukup-cukup berjaga dari malam sampai ke pagi hari mengundi. Antara sebabnya ialah pada masa itu lah Umno-Bn akan menyebarkan bermacam-macam surat layang memfitnah PAS dan mereka akan meninggal kan sehelai kain batik di depan pintu rumah para pengundi, ada kala mereka menyelitkan wang kertas RM10 didalam lipatan kain batik tersebut. Kerana pada waktu itu kempen tidak dibenarkan maka mereka menjalankan kerja-kerja jahat mereka pada saat-saat terakhir untuk memancing undi. Kerana itulah kami terpaksa berjaga agar dapat menghalang niat jahat mereka. Mereka tidak akan berani melakukannya apabila mengetahui ada orang PAS sedang berkawal. Kerana itulah istilah yang TGNA sebutkan tentang rasuah politik "bagi kita ambil tapi bila pangkah, kita pangkah PAS'. Apa yang beliau nyatakan memang ada kebenarannya kerana di sebelah Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, setiap kali pilihan raya, itulah kerja mereka. Rasuah politik memang sudah menjadi barah dalam organisasi parti Umno. Walau bagaimana pun penafian mereka, ia tetap dan akan kekal berlaku. Kerana itulah setiap kali ada pemilihan, pasti banyak duit akan bertukar tangan. Jangan kata peringkat bahagian, peringkat cawangan pun mereka sanggup menghabiskan wang, asalkan menang. Itulah............ Umno......... parti bangsaku.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular