Susah kalau bercakap dengan orang gila talak ni. Kita kata lain dia kata lain, nama aje ahli politik tapi tak reti-reti maksud kerjasama antara parti dengan kerajaan. Orang suruh masuk balik sekolah politik, dia orang tak mahu. Inilah jadinya bila tidak memahami apa sebenarnya maksud yang dikatakan itu. Dan maksudnya bukan di Kelantan sahaja tetapi di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga.
Kerana Kelantan sudah lama di nafikan hak-haknya. Yang menjadi mangsa bukan PAS tetapi bangsa Melayu, bangsa yang menjadi teras perjuangan Umno. Kerana marahkan nyamuk kelambu dibakarnya. Itulah sikap pemimpin Umno dalam menghukum Kelantan kerana tidak memberikan mereka untuk memerintah Kelantan. Yang telah dimulakan oleh Tun Dr. Mahathir, pada tahun 1990.
Mereka telah menyekat segala kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri. Bagaimana para pelabur asing tidak dibenarkan melabur di Kelantan, dalam erti kata sebenarnya Umno telah mengkhianati bangsa mereka sendiri. Kelantan yang majoriti penduduknya ialah 95 % adalah bangsa Melayu. Di manakah sifat keMelayuan mereka yang diagung-agungkan selama ini.
Apakah Umno merasakan yang mereka telah menghukum PAS tetapi sebenarnya mereka telah menghukum bangsa mereka sendiri. Kerana untuk menunjukkan betapa berkuasanya mereka maka nilai kemanusiaan telah ditolak tepi. Maka yang merasa tempias dengan tindak tanduk mereka ialah penyokong-penyokong mereka sendiri.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Selasa, 28 Julai 2009
Umno Mula Merapu.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kesediaan beliau menghulur tangan untuk berbaik-baik bukanlah dalam konteks Pas dan Umno tetapi antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.
Katanya, laporan akhbar yang menyatakan beliau Pas dan Umno bekerjasama adalah tidak tepat dan di luar maksud kenyataan beliau.
"Saya cakap antara kerajaan (negeri) dengan kerajaan (pusat). Untuk apa nak bekerjasama dengan Umno," katanya selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebelum ini untuk melupakan sengketa politik antara kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pas dan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata ia akan membuka lembaran baru dalam kerjasama antara kedua-dua pihak.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu ditingkatkan berdasarkan kepada perlembagaan yang ada.
"Kerajaan pusat ada kewajipan membantu kerajaan negeri. Kita bukan minta tetapi ini hak perlembagaan yang menetapkan peruntukan itu disalurkan," katanya.
Beliau berkata Pas tidak bercadang untuk mengadakan hubungan peringkat parti dengan parti sebagaimana berlaku semasa zaman Allahyarham Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa". (berita harian)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Pada tahun 2007, selepas ditangkap kerana dipercayai menjadi dalang pelacuran untuk tetamu di Alp, Perancis, ia mengundurkan diri dibawah te...
-
Satu perkara yang perlu disokong apabila Tuan Guru Nik Aziz mengajak Umno berdebat, bukan muzakarah ataupun muqabalah. Adalah satu perkara y...
-
Walaupun mendapat perhatian luar biasa di Semenanjung Malaysia, isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya ku...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut maulidul rasul. Maka jawapannya begini : 1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang ...
-
KEDUDUKAN DALAM TOP RANKING PADA 15 DISEMBER BLOG RANKING ALEXA KEDUDUKAN DI TOP RANKING PADA 11 DISEMBER 1 ...
-
1 .45 pm : Sekali lagi pergaduhan hampir berlaku antara sukarelawan India dari Pakatan Rakyat dengan petugas India BN ekoran berebut membe...
-
Top Ranking Online: Ranking Blog Terkini Dari TOP RANKING ONLINE 31 Di... : "KEDUDUKAN DALAM SENARAIAN TOP RANKING PADA 31 DISEMBERBLOG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan