Translate

Ahad, 30 Ogos 2009

Adil Di Dalam Islam (Menghukum)......

Gambar Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam) dalam satu Forum bersama Astora Jabat (deputy editor of Al-Islam and columnist for Utusan Malaysia), V. Gayathry (Centre for Independent Journalism)

OGOS 24 – Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari, atau Islam ‘hududi’?

Apa pun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.

Bertambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam, bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap Kartika.

Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam. Namun, apabila timbul masalah sebenar di dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu. Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat.

Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksima?

Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islam lah ia?

Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut beg yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian. Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya.

Selepas hukuman dijatuhkan, Kartika terus membayar denda RM5,000 yang dikenakan tanpa banyak soal. Justeru, adakah adil, berhikmah dan berihsan apaabila mahkamah kemudiannya menambah lagi hukuman penjara 7 hari di penjara Kajang?

Adakah orang-orang yang selama ini mengaku memperjuangkan Agama Allah dan menegakkan Negara Islam mahukan Islam yang sadis, keras dan tidak berihsan?

Lupakah mereka tentang Umar yang berihsan sekali dan tidak menghukum pencuri yang mencuri akibat kemiskinan. Lupakah mereka tentang pesanan Allah s.w.t : “Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. Al Maaidah: 39)

Malah, banyak lagi ayat-ayat Al-Qur’an yang memberikan peringatan yang sama seperti di Surah An-Nahl: 119, dan Al An’aam: 54, An Nahl: 125

Patutkah Jabatan Agama Negeri Pahang yang telah measukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, menukar fikiran dengan tiba-tiba dan memulangkannya semula ke rumahnya? Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula.

Apakah pantas Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati?

Umat Islam harus jujur bertanya pada sanubari diri di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmah ini – adil dan setimpalkah hukuman serta layanan tidak berperi kemanusiaan ini ke atas Kartika?

* Norhayati Hj Kaprawi adalah aktivis wanita Musim

Sumber : MalaysianInsider

Ulasan Musafirlalu..............
Inilah yang berlaku apabila orang yang bergelar Islam berhujah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran tanpa mengetahui apa yang telah dihujahkannya. Inikah wajah-wajah yang mengaku Islam tetapi perwatakan pun tidak menunjukan keIslamannya. Islam menghukumkan rambut wanita adalah termasuk aurat. Adalah amat malang apabila gurunya pula adalah Astora Jabat yang terkenal dengan Islam Liberal yang dibawanya. Orang yang telah banyak merosakkan akidah umat Islam dengan penafsirannya yang penuh dengan sikap pemusuhannya terhadap Islam dalam membela Tun Dr. Mahathir tentang Islam yang diterap. Apakah beliau mengira hukuman yang telah dijatuhi oleh Mahkamah Syariah Pahang terhadap Kartika betul-betul maksimun. Sedangkan hukum maksimun ialah 40 sebatan dan ditambah 40 menjadikannya 80. Sedangkan hukuman maksimun dibawah undang syariah Pahang hanya 6 sebatan. Apakah Hakim telah terkilaf dalam penghakimannya? Apakah dengan mengambil kira kesalahan pertamanya, maka beliau boleh terlepas. Jika itu hujah beliau, bagaimana dengan kes-kes bunuh, rogol, rompak, samun dan sebagainya yang perlakunya baru pertama kali melakukannya. Patutkah mereka semua patut diampunkan kerana atas alasan kesalahan pertamanya. Beliau mengatakan perbuatan Kartika tidak memudaratkan sesiapa, yang bermaksud Kartika hanya memudaratkan dirinya sendiri. Apa punya hujah yang boleh sangat ni............ nama sahaja intelek tetapi pemikiran bodoh. Kerana itulah kerajaan patut mengharamkan Sister In Islam melainkan mereka membuang perkataan Islam yang ada pada nama NGO tersebut. Jika mengira hujah tersebut, suruhlah kerajaan membebaskan penagih dadah yang ada didalam penjara ataupun di Pusat Serenti kerana mereka hanya memudaratkan diri mereka sendiri. Mereka tidak menyusahkan orang ramai, melainkan mereka yang melakukan jenayah kerana ketagihannya. Kemudian mereka berhujah dengan dalil Al-Quran dalam surah Al-Maaidah ayat 39, yang bermaksud : " Barang siapa yang taubat sesudah aniaya dan memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Pengampun, lagi penyayang". Apakah mereka faham makna sebenar ayat tersebut, maka mereka menafsirkannya mengikut akalnya yang terletak dikepala lutut atau pun ditapak kaki. Apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut jika mereka bertaubat selepas melakukan sesuatu kesalahan apabila mereka telah dihukum dengan hukum yang Allah s.w.t. perintahkan yakni, betul-betul hukum Syariah. Bukan hukum Syariah yang terdapat diMalaysia sekarang ini, yang tidak langsung menepati apa yang telah Allah s.w.t. perintahkan. Mungkin sekiranya hukuman mahkamah syariah Pahang ialah 40 atau 80 sebatan, saya pasti hakim tersebut akan menjatuhi semaksimun yang boleh. Itu pun sekiranya mereka ditangkap, kalau tidak............ kira bernasib baiklah. Kerana hakim tersebut sememangnya takut dengan Allah s.w.t.. tetapi apakan daya............. hukumannya hanya 6 sebatan sahaja. Semoga Allah s.w.t. mengampuni hakim tersebut dengan Rahmatnya kerana terikat dengan hukuman 'Negara Islam' ala Umno ini. Celakalah akan Sister In Islam yang mempermain-mainkan ayat-ayat Al-Quran dengan menafsirkannya dengan sesuka hati tanpa merujukkan dahulu kepada yang lebih arif tentang Al-Quran. Bukannya merujuk kepada Astora Jabat sebagai penasihat agama SIS. Inilah anak-anak yang telah diasuhkan oleh Umno dengan dasar perkaumannya itu. Apakah mereka lupa atau sengaja memcari ayat-ayat yang baik sahaja sebagaimana ucapan Dr Mahathir pada awal pemerintahannya dengan dasar 'penerapan nilai-nilai Islam'nya......... 'Kita akan mengambil ayat-ayat yang baik sahaja'............. Satu ucapan yang tidak boleh saya lupakan pada tahun 80'an. Apakah mereka tertinggal dengan ayat 59 didalam surah An-Nissak yang mana Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah rasul dan orang-orang yang mengurus pekerjaan dari kamu. Kalau kamu berbantah-bantah tentang sesuatu (perkara), hendaklah kamu kembali kepada Allah dan rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan".
Ikutlah perintah Allah dan rasulnya, begitu juga orang-orang yang memerintahi urusan kamu (ulil-amri), seperti raja, presiden, ulama-ulama dan orang-orang yang cerdik pandai. Yakni jika mereka telah bermusyawarah tentang menentukan suatu hukum yang tidak melanggar Al-Quran dan Sunnah Nabi. Maka hukum (undang-undang) yang mereka tetapkan itu wajib kita turuti. Tetapi jika mereka menyuruh mengerjakan kejahatan seperti menipu, berdusta dan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. Jika kamu berbalah didalam sesuatu perkara, hendaklah merujuk kepada orang-orang yang arif tentang hukum hakam. (ulama).......... bukannya merujuk kepada ulam mamak. Maka hendaklah berhukum dengan perkara tersebut yang termaktub didalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Tetapi jika tidak memperolehi keterangan yang jelas dalam kedua-duanya, hendaklah turut undang-undang umum (Qa'idah) yang tertera dalam keduanya, yakni dengan mmikirkan baik buruknya, melarat manfa'atnya. Maka adalah asas-asas hukum dalam Islam yaitu,
  • Kitabullah (Al-Quran) maka wajiblah kita ikut segala perkara yang terdapat didalamnya.
  • Sunnah Rasulullah s.a.w., yaitu sabdanya, perbuatannya atau barang yang ditetapkannya.(dibiarkannya)
  • Ijma' (sepakat) ulil-amri tentang hukum suatu perkara, seperti diterangkan diatas.
  • Qias, yaitu meniru, meneladan hukum-hukum yang tersebut dalam Al-Quran atau Sunnah, umpamanya tersebut didalam Al-Quran bahawa hukum minum arak haram., kerana ia memabukkan, maka jika kita perolehi sesuatu atau minuman yang bukan arak, seperti dadah kerana ia mengkhayalkan adalah hukumnya tetap haram kerana ia dikiaskan atau disamakan dengam arak.
Mereka-mereka ini menafsirkan Al-Quran seperti menafsirkan buku-buku. Mereka mempermain-mainkan hukum Allah s.w.t. diatas nama Islam tetapi sebenarnya mereka ini sesat lagi menyesatkan. Maka................ bertaubatlah kepada Allah s.w.t. kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.............. dan yang pasti bukannya MAHAdhir.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular