Setelah kalah dengan GMI dalam demontrasi jalanan, Pewaris akan membuat aduan kepada Suhakam. Apa hal dengan pimpinan Pewaris........... gila ke apa.............. Sebelum ini memperlekehkan demontrasi yang akan dianjurkan oleh GMI, kononnya tiadanya ramai orang yang akan hadir. Dan dengan sikap angkuhnya ingin menunjukkan akan kekuatan yang ada pada Pewaris dan Perkasa........... Pemimpin Pewaris mula sakit hati dan jiwa apabila melihat lautan manusia yang membanjiri ibu kota dalam menyatakan sokongannya kepada GMI....... Mereka mula merasa betapa sakitnya hati, tak kala pertubuhan tersebut tiada mempunyai sokongan.
Baru satu hari GMI mengadakan demontrasi, akhbar arus perdana mula menafsirkan akan kerugian yang dialami. Ada yang kata RM 100 juta dan ada yang mengatakan kerugian mencecah RM 200 juta. Apa pun itu baru satu hari diadakan demontrasi, kalau seminggu atau sebulan ........ macam mana. Mana dia Dr. Maamor yang bernaung di atas persatuan Islam tetapi menghalalkan ISA. Beliau adalah antara individu yang paling lantang selain daripada Ibrahim Al-kataki yang menyatakan GMI tiada sokongan majoriti rakyat. Yang ada majoriti rakyat hanyalah Pewaris dan Perkasa.......... Letak jawatan lagi bagus daripada di maki hamun oleh orang ramai.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 3 Ogos 2009
Demo Anti-ISA: Pewaris Mengadu Pada Suhakam.
Kumpulan penyokong akta ISA akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi kumpulan anti-ISA kelmarin yang didakwanya "banyak menyusahkan rakyat".
Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun berkata, demonstrasi penunjuk perasaan anti-ISA tidak mengikut arahan polis dan telah menyebabkan kesusahan kepada orang awam dan peniaga.
"Kita tidak. Kita patuh pada polis. Polis suruh bersurai, kita bersurai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas rancangannya membawa isu demonstrasi besar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lepas kepada pihak Suhakam pada jam 3 petang ini.
Ditanya kenapa perkara itu diadukan kepada Suhakam, Rahimuddin berkata: "Tindakan GMI telah menggangu hak asasi orang awam".
Rahimuddin, beserta 20 exco Pewaris juga akan mengadukan kepada Suhakam mengenai penggunaan Masjid Negara sebagai tempat awal berkumpulnya penunjuk perasaan anti-ISA.
Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara kelmarin untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran GMI itu.
Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Kumpulan pro-ISA pula - yang jumlah penyokongnya jauh lebih kecil - bersurai setelah dihalang polis di Jalan Tun Sambanthan.(Malaysiakini)
Ulasan Musafirlalu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Pada tahun 2007, selepas ditangkap kerana dipercayai menjadi dalang pelacuran untuk tetamu di Alp, Perancis, ia mengundurkan diri dibawah te...
-
Sememangnya isu arak telah banyak ditulis oleh para blogger setelah isu ini ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Apa yang saya tulis...
-
Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut maulidul rasul. Maka jawapannya begini : 1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang ...
-
Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur’an, tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahwa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari ...
-
2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu...
-
Satu perkara yang perlu disokong apabila Tuan Guru Nik Aziz mengajak Umno berdebat, bukan muzakarah ataupun muqabalah. Adalah satu perkara y...
-
MUNCULNYA NABI-NABI PALSU Hari akhir tidak akan datang sebelum datangnya tiga puluh Dajjal, masing-masing mengaku dirinya sebagai seor...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Kritikan demi kritikan yang diterima Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lema...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan