Translate

Sabtu, 5 September 2009

SPR Yang Memalukan...........

Kerana setitik nila habis susu sebelangga, satu peribahasa yang layak dilemparkan ke muka Pengerusi SPR. Kerana terlalu kuat mengampu, undang-undang dibangku sampahkan. Apakah layak orang seperti ini layak menerajui sebuah badan yang sepatutnya tidak memihak dan mempertikaikan bidang yang diluar kekuasaanya.

Saya menjangkakan orang akan menganti Tan Sri Rashid sebagai pengerusi yang baru pasti akan lebih baik, tetapi ingatkan panas sampai kepetang, rupa-rupanya hujan ditengah hari. Walaupun Tan Sri Rashid teruk orangnya, tetapi pengerusi yang baru lima kali lebih teruk.

Beliau ingin menunjukkan betapa berkuasanya dalam menentukan satu-satu keputusan yang telah dibuat oleh Speaker. Ingatkan Umno-Bn sahaja yang takut kepada Pilihanraya, rupa-rupanya ada lagi bapak segala bapak yang amat menakuti Pilihanraya. Apakah perlu memcampuri urusan setiap Dewan Undangan Negeri

Jika beliau ada kuasa, pasti beliau akan menghidupkan semula adun-adun yang telah meninggal dunia agar Pilihanraya kecil tidak akan berlaku. Jika nak mengampu biarlah berpada-pada, tidak letih ke tangan dibulan Ramadhan ini kerana asyik mengibas je.

Orang-orang seperti inilah yang membuatkan nama Malaysia akan tercalar dek kerana ingin menunjukkan yang beliaulah paling berkuasa, mengatasi kuasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Amat malang bagi Malaysia mempunyai seorang yang betul-betul menjadi liabiliti.

Tidakkah beliau merasa malu kepada negara-negara yang lebih terbelakang daripada Malaysia seperti Indonesia, Kemboja, Filipina, Bosnia dan banyak lagi kalau hendak disebutkannya.Dalam usaha untuk menyelamatkan Umno-Bn yang sudah semakin tenat, maka bermacam-macam cara dilakukan agar pilihanraya kecil tidak akan diadakan.

Andainya beliau mempunyai kuasa untuk menghalang Pilihanraya Umum yang berlaku setiap 5 tahun sekali, pasti beliau akan mengagalkannya. Orang lain mengampu juga, tetapi tidaklah seteruk Pengerusi SPR sekarang ini.

Beliau sepatutnya dipenjarakan, kerana menghina Dewan dan secara tidak langsung beliau juga telah menghina Raja-raja Melayu sebagai teras kepada sesuatu Dewan melainkan negeri yang tiada mempunyai Sultan. Walau pun tidak mempunyai Sultan tetapi ianya adalah di bawah Dipertuan Agong yang telah melantik wakilnya iaiatu Yang Dipertua Negeri.

Manalah Umno dapat barua-barua seperti ini, yang pasti bagi Umno untuk memcari baruanya bukan suatu perkara yang sukar. Tetapi yang seekor ini, lebih kuah daripada nasi dalam usaha menyelamatkan parti yang sedang dihinggapi oleh bermacam-macam penyakit.

Umno-Bn pasti akan mengikut jejak langkah kawannya di Jepun iaitu LDP............ Syabas Umno...... Syabas kepada para-para pengampu yang telah disambung semula kontraknya.......... kerana terlalu kuat mengampulah kontrak mereka disambung semula............. maka mengigit jarilah bagi orang nombor dua untuk menjadi orang nombor satu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular