APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 11 Oktober 2009
Bagan Pinang : kesesakan Di Pusat Pengundi Bayan Pinang............
Hari ini 9,060 pengundi di Bagan Pinang akan menentukan wakil rakyat mereka yang baru. Wartawan bertugas yang membuat tinjauan awal ke beberapa lokasi tempat mengundi awal pagi tadi mendapati suasana tempat mengundi terkawal dan berjalan lancar. Suasana mendung dan hujan renyai sesekali, menjadikan suasana agak sejuk dan becak.
Di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan dalam UPU Bagan Pinang kelihatan bergerak lancar dengan bantuan anggota polis trafik. Seawal jam 7.30 pagi, para petugas kedua-dua parti bertanding telah mengambil tempat masing-masing untuk merayu undi.
Kehadiran petugas yang ramai memeriahkan lagi proses merayu undi. Pelbagai cara digunakan bagi memancing undi. Pelbagai gelagat para perayu undi kedua-dua belah parti menjadikan suasana hangat sekali sekala.
Kelihatan penyokong Umno menggunakan sorakan dan mengata untuk menaikkan semangat disamping menyanyikan lagu patriotik. Sementara penyokong PAS pula yang tidak mahu terikut-ikut dengan permainan BN mengalunkan selawat dan zikir.
UPU Bagan Pinang adalah UPU yang paling ramai pengundi iaitu seramai 2,412 pengundi di empat saluran. Ini menjadikan tempat mengundi ini adalah paling sibuk.
Sementara itu, tinjauan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson bagi pengundi UPU Taman Eastern agak tenang dan lalu-lintas berjalan lancar.
Begitu juga di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson bagi UPU Si Rusa. Tinjauan awal pagi sehingga jam 9.30 pagi menyaksikan suasana kempen dan mengundi berjalan dalam keadaan yang terkawal dan tenang. Suasana mendung dan hujan renyai nampaknya membantu meredakan sedikit kehangatan hari mengundi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Selamat bertugas buat blogger Pakatan Rakyat yang akan berkampung di Bagan Pinang dalam pilihn raya kecil Dun tersebut. Semoga blogger Pakat...
-
Pakatan Rakyat yakin pengundi N31 tidak sewenang-wenangnya memilih calon Adun Bagan Pinang berdasarkan kriteria anak tempatan semata-mata, s...
-
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Rais Yatim mengingatkan Datuk Zaid Ibrahim supaya tidak bersikap lupa diri setelah mengecap keja...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Ahmad Lutfi Othman Panik. Gelabah. Meracau-racau. Mungkin itu istilah sesuai dapat dirumuskan tentang situasi Umno-BN berdepan tsunami po...
-
Lihat kulit majalah kartun ini dengan teliti. Bendera apakah yang dipegang oleh karakter yang memakai tanda nama PM ketika sedang bersemang...
-
Polis telah menangkap seorang lagi pemuda dipercayai diupah oleh Umno bagi menimbulkan kekecohan di sekitar kawasan pengundian Teluk Kemang ...
-
10.16 am : Polis dikecam. Kami sekarang berehat setelah berlaku pergelutan yang melampau sehingga jubah YB Siva dirampas dan YB Siva sudah a...
-
Tidak habis-habis dengan kerajaan perpaduan yang sedang dimainkan oleh utusan melayu.Bermacam-macam ulasan diberikan tentang kekalahan Hus...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan