Setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf Datuk Seri Chua Soi Lek kekal dengan jawatan Timbalan Presiden MCA. Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan kedudukkannya sebagai Timbalan Presiden yang sebelum ini memegang jawatan naib presiden MCA.
Beliau hanya sempat memegang jawatan Timbalan Presiden hanya 19 hari sahaja. Beliau juga mempertikaikan akan campur tangan ROS dan menyatakan yang beliau ada hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Liow yang dilantik memegang jawatan nombor dua tersebut pada 15 Okt. lalu, dianggap melawan Presiden MCA selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.
Kemudian Datuk Seri Ong Tee Keat memecat empat anggota CC yang dilantik kerana dikatakan sebagai orang Liow. Ketua wanita MCA Datin Paduka Bhew Mei Fun dan ketua pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong adalah orang kuat Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Ketua pemuda MCA dikatakan cuba menjatuhkan presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat. Dan yang terbaru, perletakkan jawatan lima anggota CC telah benar-benar membuatkan MCA berpecah. Mungkin inilah krisis paling teruk pernah melanda MCA sejak penubuhannya.
Mengikut kepada krisis-krisis yang pernah MCA lalui, tidak pernah belaku desakan diadakan EGM selepas baru sahaja MCA mengadakan EGM. Pecat memecat dan peletakan jawatan demi jawatan, membuatkan kaum Cina mula mengalih sokongan mereka.
Ini disebabkan apa yang belaku adalah kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi semata-mata. Apa yang belaku, membuatkan kaum Cina mula hilang kepercayaan terhadap parti terbesar kaum Cina itu. Pecah.............. pecah............. jangan tak pecah........... Pecat........... pecat............... jangan tak pecat. Selepas ini Gerakan pula.....................
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
“Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah”. Demikian tutur Menteri Besar Ter...
-
Marilah kita panjatkan doa kita agar kesihatan pemimpin kita sihat............ kalau boleh pakat-pakatlah buat solat hajat buat TGNA. Bab t...
-
Keadaan Sharudin yang terlantar di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Taiping sambil ditemani isteri dan ahli keluarga. BAGAN SERAI - Ketua...
-
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis 1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. ...
-
Berjalan bersama-sama Datuk Sabri dengan dikelilingi penyokong Umno dan telah dilanyak-lanyak dengan teruknya oleh penyokong PAS. Beliau ...
-
Ini adalah jawapan peribadi saya sebagai penulis blog mengikut pandangan saya sendiri. Berkenaan isu yang dibangkit tentang Dr. Mohd Asri, s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan