Translate

Rabu, 27 Januari 2010

Keputusan Permohonan Tengku Muhammad Fakhry Jumaat

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini menetapkan Jumaat ini untuk membuat keputusan sama ada keputusan Pemangku Raja Kelantan yang membatalkan keahlian Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, daripada Majlis Perajaan Negeri boleh diadili.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata beliau perlu membuat keputusan berhubung isu itu terlebih dulu sebelum boleh memberikan kebenaran terhadap semakan kehakiman yang dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry untuk membatalkan keputusan abangnya itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular