Translate

Selasa, 26 Januari 2010

Siapa kata Aduka Taruna Anak Jantan...........


Shahrul Reezwan Antara Yang Mereka Yang Menghina Almarhum Sultan Johor

 
 Earl Ku Wei Hoong


Pierre Lim
 Untuk makluman gambar dan tulisan digambar adalah sumber dari blog BPN bukan dari blog MUSAFIRLALU


Ingat nak tulis juga akan rasa simpati terhadap AT sebagai sesama blogger, tetapi terpaksalah berubah fikiran apabila terbaca tulisannya yang terbaru. Kenapa beliau dan sesetengah blog yang menyokong beliau bertindak menyerang DPPJ dan DPPWP, berkenaan tulisan beliau itu.

Apa yang dilakukan oleh DPPJ kerana tulisan menghina beliau itu telah disalah anggap oleh kebanyakkan orang dan lebih-lebih lagi dari bloger-blogger BPN dengan menyebut beliau ialah blogger PAS. Jika AT dari PAS pun, perbuatannya patut dibantah sebagai seorang yang mengaku Islam

Sedangkan beliau sendiri telah mengaku tiada kena mengena walau sebesar zarah pun dengan parti PAS. Jadi yang menjadi persoalannya, kenapa ada juga yang 'tumpang sekaki' cuba mempersoalkan kemana perginya DPPJ dan DPPWP bila ada lagi blog yang menghina Almarhum Sultan Johor.



Sememangnya ada beberapa orang penulis termasuk dari bangsa Cina yang turut sama menghina Almarhum Sultan Johor dalam Facebook mereka. Jadi tidak timbul DPPJ dan DPPWP mengeluarkan kenyataan menyelar tulisan beliau itu. Mungkin juga DPPJ dan DPPWJ tidak akan melakukan perkara tersebut jika PAS tidak dikaitkan dengan AT.

Kerana itulah saya berani menulis yang beliau seorang yang tidak boleh dinasihat. Kerana isu ini, beliau dikatakan semakin angkuh dan sombong mungkin juga apabila beliau melihat begitu ramai yang melayari blognya. 

Sebagai seorang yang mengaku Islam, beliau sepatutnya merasa malu dengan tulisannya itu kerana Islam secara terang melarang kita menghina orang yang sudah meninggal sepertimana Rasulullah bersabda yang bermaksud, 
"Janganlah kamu memaki atau mengutuk orang yang telah mati kerana sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan". (Sahih Bukhari).

Jadi, anda nilaikanlah sendiri bagaimana sikapnya apabila membaca tulisan terbarunya seperti dibawah ini. Kenapa mempersoalkan makian daripada orang lain sedangkan setiap tulisannya pun mesti disertai dengan makian.

Beliau boleh menghentam seberapa banyak yang beliau mampu terhadap pimpinan PAS atau pun sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengannya kerana beliau bukannya ahli PAS. Apa yang dinasihatkan oleh ramai orang ialah cara bahasanya yang keterlaluan sebagai seorang muslim.

Begitu juga dengan PAS Reformnya itu, jika beliau atau pun kawan-kawannya sudah mengaku secara terang lagi bersuluh yang mereka bukannya ahli PAS, kenapa menggunakan  nama dan lambang parti PAS. Apa hak mereka, sedang mereka bukan ahli PAS walaupun mereka menyatakan menyokong PAS. Penyokong dan ahli adalah perkara yang berbeza.

Seperti sebuah rumah tangga, boleh beliau memasuki rumah tersebut dan membuat onar sedangkan mereka bukan ahli keluarga. Jika ingin menjadi ahli keluarga mereka, masuklah meminang dan pasti kamu boleh keluar masuk kedalam rumah tersebut. Baik rumah PAS, PKR ke, DAP ke mahu pun Umno.

Jadi janganlah kamu melakukan perkara yang mengaitkan parti PAS kerana kamu, blogger PAS telah dituduh. Sepatutnya kamu merasa malu (tetapi saya percaya orang seperti kamu semamangnya tidak tahu malu) kerana mencabar DPPJ dan DPPWP. 

Apa keperluannya untuk mereka meyahut cabaran kamu dan juga yang 'tumpang sekaki'. Jika orang mengatakan kamu anak jantan kerana menarik balik artikel tersebut dan menyerah diri. 

Bagi saya kamu bukannya anak jantan, jika kamu anak jantan kamu tidak akan sesekali menarik artikel tersebut dan tidak akan menyerah diri kepada pihak polis. Biar pihak polis sendiri yang datang menangkap kamu disebabkan dalam permohom maaf kamu itu, kamu dengan jelas tetap mempertahankan ideologi kamu.

Tindakkan-tindakkan yang kamu lakukan itu menunjukkan yang kamu sebenarnya seorang yang pengecut. Tetapi apabila isu yang kamu tonjolkan itu ada pro dan kontranya, kamu cuba pula membabitkan pihak ketiga dengan cubaan menunjukkan kejantangan kamu semula. 

Oleh itu parti PAS tiada kena mengena dengan segala tindakkan dan tulisan AT, baik dari depan mahu pun dari belakang seperti tuduhan yang dilemparkan oleh blogger-blogger BPN. Anda baca dan nilailah sendiri tulisannya yang terbaru seperti terpapar dibawah ini.

=====================================

Sultan Johor is Dead. Bravo!

Sebelum lu orang bantai gua untuk round ke lapan belas, gua nak bg tahu lu orang yang tajuk tu bukan gua punya ha. Haha. Gua nak tengok apa tindakan Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) dan Pemuda PAS Johor akan isu ini. Gua baru baca kat blog bro edyesdotcom.

Lagi Blog Hina Almarhum Sultan Johor + Hina Allah Sekali!!

Siapa yang tere english english spiking, boleh baca di guttermalaysia.

http://guttermalaysia.blogspot.com/2010/01/sultan-of-johor-is-dead-bravo.html

Ok geng lu orang boleh serang blog guttermalaysia pulak. Lu orang tak bosan ke maki gua ribu riban kali nih? Wakakakaka. itu pun kalau lu orang spiking maa. Kalau tak, lu orang lepak jer la kat blog gua nih.

Bila semua dah selamat kelak, gua akan buat analisis yang seterusnya tentang hal ini. Gua pelik nih. Komen maki gua sampai dekat 700. Apa kata lu orang kasi glemer blog guttermalaysia tu pulak? Ada berani? Haha.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular