Translate

Jumaat, 8 Januari 2010

Tidak Sangka Blog MUSAFIRLALU Dalam Top 100.






Saya tidak menyangka blog Musafirlalu telah tersenarai antara 100 teratas dalam ranking yang dijalankan oleh Perakex dengan menduduki senarai ke 90. Tetapi didalam ranking oleh Alexa pula menduduki tangga ke 45,150. Walau pun jatuh 4 anak tangga, tetapi mengikut ranking Alexa pula ianya telah meningkat sebanyak 712 anak tangga daripada menduduki tangga ke 45,862. Terima kasih buat sahabat-sahabat dan pembaca yang telah melayari blog ini.

Daripada menulis secara suka-suka, ianya menjadi rutin harian dalam terus aktif menulis isu-isu semasa dan politik di Malaysia. Tetapi ianya menjadi pelahan dalam sebulan dua selepas kesihatan kurang mengizinkan yang memaksa saya berehat daripada menulis kerana terpaksa menerima rawatan Dr. Pakar sampai sekarang.

Kerana itulah adakalanya saya mengambil atikel daripada sumber akhbar-akhbar dan blog-blog agar pembaca setia terus mendapat berita semasa ketiadaan saya. Oleh itu saya mengucapkan ribuan terima kasih buat semua pembaca setia, para sahabat dari sama pihak mahu pun dari pihak lawan di atas segala sokongan anda semua.

2 ulasan:

kaiban berkata...

salam shabat..semoga ALLAH memberikan nikmat2 kesihatan kpd shabt.Yg penting pengisiannya walaupun tinggi kedudukan seperti adukateruna tp pengisian dan kata2 yg byk menyakitkan hati dan perasaan org tak gunanya jugakkan,buatlah krn mencari keredaan disamping menulis dan copy/paste dr blog shabat2 dpt membina ilmu dan pengalaman hidup kita...apa2 pun salam perjuangan demi krn ALLAH utk generasi akan datang

musafirlalu berkata...

Terima kasih buat saudara Kaiban diatas segala tunjuk ajar dan nasihat...... semoga saudara di berkatan daripada Allah s.w.t.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular