Translate

Rabu, 10 Mac 2010

Zul Kulim Oh Zul Kulim.....

[zulkifli+nordin.jpeg]
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang didesak mengosongkan kerusi Parlimen itu menasihatkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas sebab:

Gagal mempertahankan dasar parti yang kononnya berikrar akan mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.


Gagal memimpin PKR sehingga menyebabkan PKR hilang sebuah kerajaan negeri, empat ahli Parlimen, tiga ADUN dan ramai pemimpin peringkat negeri, cabang dan akar umbi.


"Kalau benar Wan Azizah memegang prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR.


Zul Kulim ni boleh dikategorikan sebagai orang/ahli politik yang paling pandai dan bijak di Malaysia. Hanya beliau sahaja yang betul dalam segala hal, baik politik mahu pun agama. Dah puas perperang dengan lelaki, sekarang ini beliau mencari perempuan pula sebagai lawannya.


Apabila beliau memperkatakan tentang PKR gagal  mempertahankan dasar parti, maka kenyataan beliau bolehlah dikatakan sebagai kenyataan ahli politik yang bodoh sombong. Ini disebabkan PKR adalah parti berbilang bangsa dan agama.

Apakah beliau ini masih lagi tidur atau pun sudah hilang akal apabila melihat perjuangan PKR yang selaras dengan perlembagaan dan menyatakan bahawa PKR telah lari daripada dasar perjuangannya. Sedangkan dalam perlembagaan, Islam diletakkan sebagai agama rasmi negara dan tidak lebih daripada itu.

Sebagai seorang yang bergelar peguam, beliau sepatutnya lebih arif berkaitan isu Islam dalam perlembagaan. Ini menampakkan betapa bodohnya beliau bila berada di alam politik Malaysia. Islam yang berada di Malaysia ialah Islam yang diperintah dan bukan Islam yang memerintah.

Berkenaan dengan tuduhan beliau yang mengatakan bahawa presiden PKR telah gagal memimpin, ini satulah kebodohan beliau yang amat nyata. Jika PKR gagal, masakan beliau dapat menjadi ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Kerana kegagalanlah menjadikan PKR memiliki kerusi pembangkang terbanyak di parlimen yang mana sebelum ini PKR hanya memiliki satu kerusi sahaja di Permatang Pauh. Beliau menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang beliau sememangnya bodoh....... bodoh......... bodoh dan terus bodoh kerana  bebal dalam ilmu kira-kira.

Jika beliau mempunyai prinsip dan maruah, beliaulah yang sepatutnya meletak jawatan dan bukannya menyuruk Wan Azizah meletak jawatan. Tetapi apakan daya, orang seperti Zul Kulim adalah orang yang  bermaruah, kerana beliau menang kerusi parlimen disebabakan kekuatan beliau sendiri.

Gerak kerja yang dilakukan semasa pilihan raya yang lepas, semuanya adalah gerak kerja beliau sendiri. Beliau menang kerana pengaruh yang besar dimilikinya. Kemenangan beliau adalah daripada titik peluh beliau sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak.

Duit untuk pilihan raya pun semuanya daripada poket beliau sendiri. jadi, jangan pandai-pandai nak suruh beliau berundur. PKR menang besar dalam pilihan raya yang lepas pun kerana mengunakan nama ZUL Kulim. Jika tidak, jangan harap PKR berada dalam kedudukan seperti sekarang ini.

Kerana itulah pemimpin PKR yang ada maruah diri patut melepaskan jawatan yang ada. Jika pemimpin PKR ada prinsip dan tanggungjawab, mereka patut melepaskan jawatan dan tidak akan menunggu walau sesaat pun.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular