DAP merampas kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil hari ini.
Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.
Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.
Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga dalam pertandingan tiga penjuru. (BH)
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis 1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. ...
-
“Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah”. Demikian tutur Menteri Besar Ter...
-
Keadaan Sharudin yang terlantar di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Taiping sambil ditemani isteri dan ahli keluarga. BAGAN SERAI - Ketua...
-
Marilah kita panjatkan doa kita agar kesihatan pemimpin kita sihat............ kalau boleh pakat-pakatlah buat solat hajat buat TGNA. Bab t...
-
Berjalan bersama-sama Datuk Sabri dengan dikelilingi penyokong Umno dan telah dilanyak-lanyak dengan teruknya oleh penyokong PAS. Beliau ...
-
Ini adalah jawapan peribadi saya sebagai penulis blog mengikut pandangan saya sendiri. Berkenaan isu yang dibangkit tentang Dr. Mohd Asri, s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan