Translate

Ahad, 29 Ogos 2010

31 Ogos : Umno Patrotik Atau Hipokrit. (Bhg 2)

Semasa saya masih dibangku sekolah, guru sejarah saya banyak berceritakan tentang sejarah yang tidak ada dalam buku sejarah yang dibekalkan oleh kerajaan. Ini telah menarik minat saya terhadap mata pelajaran sejarah, baik berkaitan negara mahu pun dunia.

Sejarah yang disajikan oleh pihak kerajaan dengan bantuan penjajah British telah menyempitkan minda para pelajar berkaitan sejarah negara sendiri. Buktinya........ anda tanyalah anak-anak anda tentang sejarah Malaysia dan anda akan dapat jawapannya.

Otak anak-anak kita telah disumbat dengan cerita-cerita betapa hebatnya Umno berjuang sehingga merdeka. Tidak salah untuk Umno memperbesar-besarkan nama pemimpin mereka, tetapi jangan pinggirkan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu dan seangkatan mereka. 

Bagi pemikiran Umno, erti kemerdekaan ialah apabila sesebuah negara itu telah dipulangkan kembali kepada rakyat dan Umno/Bn sebagai pemerintah maka itulah kemerdekaan. Apakah sesebuah negara penjajah akan memberi kemerdekaan kepada negara umat Islam dengan begitu mudah?. Begitu mudah sekali bagai mengopek kulit kacang?.

Perdana Menteri British pernah memegang senaskah al-Quran didalam parlimen British sambil berkata," Kita tidak akan dapat menjajah negara umat Islam dengan membakar al-Quran dan masjid-masjid kerana orang yang kurang iman pun akan bangun menentang kita. Apa yang akan kita lakukan ialah dengan menjajah pemikiran umat Islam".

Buktinya boleh kita lihat bagaimana cara pemikiran pemimpin Umno yang lepas dan yang ada sekarang ini. Islam mengajar umatnya dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah tetapi penjajah British meninggalkan  Malaya kepada Umno yang sekular dengan berpandukan Suruhanjaya Reid yang menjadi Perlembagaan Malaysia sebagai kitab rujukan. Jadi, apakah Malaysia benar-benar sudah merdeka?

Kita mengambil beberapa contoh seperti perkataan 'Alam Semulajadi' yang mana ianya melibatkan akidah umat Islam. Tidakkah 'Alam Yang Dijadikan' adalah perkataan yang patut umat Islam sebutkan sebagai mengESAkan Allah s.w.t. 

Semasa kita di sekolah, apa yang dihidangkan dalam bacaan ialah ;' Ali seorang petani, Ah Chong seorang perniaga dan Muthu seorang penoreh getah'. Dari sini pun penjajah telah membahagikan kedudukkan satu-satu bangsa dalam negara. Bandar untuk bangsa Cina kerana mereka peniaga, kampung untuk bangsa Melayu dan estet untuk bangsa India sebagai penoreh. Disebabkan itulah bumiputera sampai sekarang tidak dapat kouta 30 % dalam ekonomi. Dibawah ialah penyata suruhanjaya reid sebagai renungan.



Suruhanjaya reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangkaPerlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayusebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England,Lord William Reid.
Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri.
Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.
Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung denganSingapuraSabah dan Sarawak lalu membentukMalaysia.

[sunting]Ahli Suruhanjaya Reid

[sunting]Cadangan Suruhanjaya Reid

Menurut Laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai seorang Raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri masing-masing manakala bagi negeri yang tidak beraja sepertiPulau Pinang dan Melaka, ia akan bergabung dalam Persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertua (berperanan seperti Gabenor).
Corak pemerintah telah dipersetujui untuk menggunakan corak demokrasi dan ahli Parlimenakan dipilih melalui pilihan raya umum untuk mewakili rakyat dan mengawal pentadbiran kerajaan.

[sunting]Pindaan laporan Suruhanjaya Reid

Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan berkaitan soalbahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supayabahasa Cina dan bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah telah diterima.
Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh orang bukan Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah Melayu untuk bebas menganut agama sendiri.
Lagi satu pindaan dibuat ke atas laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa orang Melayu yang menurut suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang Melayu hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini ditolak sebaliknya dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong. Terdapat beberapa syor lain yang dipinda dan semua pindaan dilakukan selepas perbincangan terperinci di antara semua pihak yang terlibat yang menunjukkan terdapatnya tolak ansur di kalangan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular