Translate

Ahad, 16 Januari 2011

Srikandi 7 Yang Masih Dara, Semua Media Di Kencingnya..... Kwek..... Kwek..... Kwek

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj186CH96TKNTE75nTz1Id-5_JXLID4T3j5lZt7RNmQr9vL5S1iW1JZ2EQF7YSWzEd7SKhIU1jRlRAUD4ptMNs384YQjs0HVL_qA5ranX8IeqdYyH3t0xlCaUmhzvMM5GaebWij7js6mBY/s1600/baginda.jpg
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda.
Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri.

"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agama menulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang 'liat'. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan," Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula 'ditugaskan' kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis 'surat Azizan' kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?"
Sumber-Kelab Greenboc

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Media tidak kena kencing dengan pendedahan yang benar oleh Ummi. Yang terkencing anwar dan kapal sink kerana pendedahan ini akan menampakkan pembohongan mereka berdua. Syabas Ummi. They who laugh last laugh the best Kah, Kah, Kah.

Tanpa Nama berkata...

Sedih melihat PAS yang semakin hari semakin sangapkan kuasa. mane agame yang dicanang-canang selama ini? lihat apa dah jadi dengan pulau pinang?? kalau hidup masih jauh dengan sunnah, jangan harap nak tegakkan syiar islam.. p/s jgn lupe bgn tahajud pagi karang..

Tanpa Nama berkata...

Sebagai org islam mrilah kita pakat istikharah supaya diberi panduan dlm hidup ini

dajal berkata...

macam takda otak bila bercakap dan menulis..sokong pihak yang disukai...
pada mata kebanyakan orang anwar dah bersalah dah walau mahkamah bagai nak gila buat prosiding nak mengenakannya...
pasal anwar ada janggut..dikaitkan pulak dengan parti PAS...tak betul le..tak islam le..umno islam sangat ke..
bila dikemukakan bukti..pun tak percaya...mata tu di butakan dari melihat dan otak dibekukan untuk berfikir dan menilai...
yang islam hanya tahu mengucap tapi tak tau istilah sebenar..tu yang pintu hati dan otak berkarat dan sukar menerima kebenaran...

Tanpa Nama berkata...

Cara komunikasi melalui penulisan dan berkata-kata melambangkan tahap IQ seseorang itu....Fitnah itu dosa...Mengkeji sesama manusia itu dosa( ingatlah manusia adalah ciptaan ALLAH yang mulia)....muhasabah dan beristigifarlah

Tanpa Nama berkata...

kalau dah kena kencing kenapa tak basuh. Basuh betul betul, saman ummi,Sudah berbuih Ummi suruh org saman dia; tp sekor kera pun tak saman, Yg tinggal hanya keldai keldai pakatan yg tanggung beban "fitnah?" yg mengembik di tengah padang pasir. Nak buat apa. SAMAM LAH BODOHHHH...
Masaalahnya nak saman macm, sebab semua yg ummi cakap ada bukti....

sejahtera39 berkata...

norazman abdullah@baginda tu anda dah selidik siapa dia ni?bolh percayale kepada orang yang murtad. ummi sudah beberapakali bersumpah laknat mengatakan beliau tidak pernah mengenali dan melakukan perbuatan terkutuk itu dengan simurtad itu.!!

tokgaru berkata...

Pas dah kurang popular kepada orang melayu sendiri. Pas lebih popular kepada orang cina sejak berkawan dengan DAP.

Orang melayu lari daripada Pas kerana Nik Aziz sendiri tak mengaku dia sorang bangsa melayu.

Abis tu cam naaa...

Tanpa Nama berkata...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)
CUBA PAHAM BETUL2 AYAT INI..KALAU TAK PAHAM CARI GURU

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah berbalah kerana si Anuwar ini. Kini sudah jelas siapa yang benar dan salah. Kenapa dia takut nak bagi DNA kat mahkamah?..kenapa?..pasti ada sesuatu yg dia nak cover tu. Ummi offer dia saman dia tak berani nak saman. Sudah2 lah Anuwar...tidak ke mana perginya nak tegakkan benang yang basah. Bertaubatlah..Malaysia tidak memerlukan pemimpin macam dia. Tiada jaminan Malaysia akan selamat jika dia menjadi pemimpin. Kembalilah ke pangkal jalan, kesian anak dan isteri. meraung roh mak bapak dalam kubur tengok apa yang dah dibuat. Tiada gunanya lagi. Kau berjuang untuk sesuatu yang sia-sia.

Tanpa Nama berkata...

untuk membuktikan anwar dianiaya bagilah dna dan pergi bersumpah atau saman ummi hafilda. habislah cerita.

kenapa anwar takut nak buat salah satu ini.

sebab dia sendiri tahu dia BERSALAH.

Tanpa Nama berkata...

fernando bolehlah kata macam2 dalam mahkamah sebab semua peguam cari duit itu bisnes dia, cara dia cari makan, pembunuh pun kadang2 boleh terlepas dengan poosing peguam.

macam sekarang lah, poosingh membelit-belit dulu dalam dia kata dr mahathir simpan peliwat dalam serajaan tengok sekarang dia sedang memusing-mising bagaimana nak selamatkan peliwat. psl apa??? duit dan politik.

kamu semua dalam pas/pkr dapat apa poosingh kaya raya..berapa juta selama tiga tahun ini anwar bayar kepada poosingh..

satu minggu pun jadilah liwatkan kes..kalau adik dia mati dia pilah biar peguam lain teruskan perbicaraan ni minta tangguh tapi ada 12 peguam selekeh lah.

ummi hafilda sekarang bercakap dengan bukti sekali kalau balaci-balaci anwar kata umno buat aniaya atau konspirasi samanlah ummi hafilda.

balaci2 semua pun sama penakut macam anwar.

buaya berkata...

salam ziarah

selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k

Tanpa Nama berkata...

ntah apa2 la puak2 hijau putih dan biru merah ni.goblok betul la..sanggup di bontot kan oleh roket..puak2 roket ni suka membontotkan pak2 kambing sebab bapak kambing ni 2 alam. jantan betina dia bantai. yang baginda ni pun lagi le laknat...kaki main. lepas tu bercerita 1 dunia yang dia main betina itu ini...gelap mata tengok duit....esok2 kalau roket suruh dia mengaku ada bersetubuh dengan isteri penyangak 2 alam tu..dia pun boleh mengaku punya. barua betul. tengok muka si bagindas ni , cincang bagi ayam makan pun , ayam tak nak makan..laknat betul la..si 2 alam ni pun orang mintak dia lafaz sumpah pun dia tak mau....haramjadah betul. itu babi poosing lagi kamlan....tak padan dengan tak boleh jalan , memutar belit aje kerja dia...ini lah dajal sebetulnya.....

Tanpa Nama berkata...

Isunya ialah DNA..jika benar AnWAR tidak besalah sbb apa takut berikan sampel DNA??.rakyat hanya mahu melihat kebenaran bukan alasan..

Tanpa Nama berkata...

Jangan duk ceita yang tak elok la, aku sebenarnya dah meluat teramat sangat dengan kes seks anwar nih, bilalah mahkamah nak jatuhkan hukum. biar dia dikekalkan dalam penjara..selagi dia bebas, dah jadi liabiliti dah dalam PR...buat malu saja...
dan lagi satu, aku memang dah tau kalau mereka ini asalnya dari parti UMN***, memang kepala hotak dan pemikiran mereka memang kebaratan dan kesosialan....Walau dah keluar parti UMN** dan join parti lain, golongan ini (mereka yang dah jadi pemimpin UMN**) mesti busuk kerana perangai mereka dari dulu macam itu..
1) Harta Kekayaaan
2) Kuasa
3) Seks
4) Fitnah memfitnah

Tanpa Nama berkata...

xda sape pun akan percaya anwar pernah melakukan liwat..TETAPI..pernahkah anda smua terfikir anwar juga adalah manusia biasa..tidak mustahil jika dia pernah buat benda keji tu..bukti dh ada..sebab tu dia cukup takut bdepan dgn ummi hafilda,semua bukti kukuh..masih ingat lg sblm dia dipecat sbg TPM,katanya "sy berdiri teguh di belakang Tun,"..tp lpas kna pecat,dimakinya Tun M,katanya mamak anjing dan segala bagai..pemimpin begitu ke yg kita perlu sanjung???cuba tgk link ni..anda akan tahu semua ini hnya lakonan terbaik dr anwar..
http://www.youtube.com/user/srikandi6699#p/u/1/jzTH_giYJDE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular