Salah satu daripada serangan-serangan tidak berperikemanusiaan Rusia terhadap penduduk awam ialah dengan meracun Sungai Argun yang merupakan sumber air kepada beberapa buah kampung di Chechen. Ramai wanita dan juga kanak-kanak yang minum air dari sungai tersebut mati, manakala beratus-ratus yang lain menderita sakit dalam tempoh yang panjang. Chechnya kehilangan tiga perempat populasinya dalam masa dua tahun sahaja. Sekarang ini pun, orang-orang Chechen masih cuba untuk terus hidup di dalam negara-negara jiran dalam keadaan yang amat menyedihkan.
Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Chechen oleh pihak Rusia, yang mana masih kekal di dalam ruang lingkup mentaliti komunis lama, menyerupai tindakan Firaun yang dilakukan berabad-abad yang lampau. Pada zaman tersebut, Firaun juga turut menyerang golongan yang lemah dan yang tidak bersenjata (dalam kes ini, mereka ialah kaum Bani Israel), dan dengan kejam membunuh mereka semua. Allah telah menceritakan tentang kekejaman Firaun di dalam ayat-ayat yang berikut:
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu sewaktu Dia menye lamatkan kamu dari (Firaun dan) para pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak lelakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu, dan pada yang demikian itu ada ujian yang besar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah juga) sewaktu Tuhanmu memberitahu: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih". (Ibrahim, 6-7)
Sesungguhnya Firaun telah melakukan sewenang-wenang nya di muka bumi dan menjadikan penduduknya ber pecah-belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan hidup. Sesungghnya Firaun termasuk dari kalangan orang-orang yang me lakukan kerosakan. (Al-Qashash, 4)
Kempen genocide yang dilancarkan oleh Rusia bagi menentang rakyat Chechnya yang tidak bersenjata telah dilaporkan di dalam berita-berita asing, namun Barat tidak melakukan apa-apa melainkan mengecam serangan-serangan tersebut.
Mentaliti yang membenarkan berlakunya pembunuhan kanak-kanak, membelah perut wanita-wanita mengandung, memusnahkan rumah-rumah penduduk dengan menggunakan kereta kebal, dan berbagai-bagai lagi kedahsyatan, telah lari jauh dari sebarang sensitiviti moral, perasaan perikamunusiaan, belas kasihan, cinta atau simpati. Ramai di kalangan mereka yang tidak mengetahui sebab-musabab kepada kekejaman yang dilakukan, tetapi oleh kerana ada sifat jahat yang dibawa oleh ateisme, mereka dengan mudah melakukan pelbagai jenis tindakan syaitan. Apa yang diharapkan dari Rusia ialah mereka mesti meninggalkan mentaliti hitam tersebut, yang merupakan saki-baki dari Kesatuan Soviet, yang memandu mereka kepada penggubalan polisi-polisi ke atas Chechen, kepada suatu perubahan yang membawa kepada penggubalan polisi yang lebih bersifat sederhana yang seterusnya akan membawa keamanan dan keselamatan, baik kepada Rusia mahupun orang-orang Chechen.
Askar-askar Rusia secara umumnya menjadikan penduduk awam sebagai sasaran, mengebom pasar-pasar, klinik-klinik ibu mengandung dan konvoi-konvoi pelarian... |
Bersambung.........
Harun Yahya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan