Translate

Memaparkan catatan dengan label Islam.renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam.renungan. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Februari 2012

Bila pula Sultan jadi bayangan Allah?


Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Minggu ini saya kembali ke Oxford, United Kingdom setelah beberapa minggu berada di Malaysia. Di samping menyambut kedatangan ‘puteri baru’, banyak juga aktiviti yang sempat saya sertai.

Bahang  pilihan raya semakin kuat sehingga segala perkara berbau politik. Semasa seminar Islam dan Eropah di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), baru-baru ini, pengarahnya Dr Farhan Nizami bersembang dengan kami. Beliau memberi pandangannya tentang Malaysia.

Katanya, betapa beliau tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kelihatan sopan santun itu apabila tiba kepada bab politik, mereka berpolitik habis-habisan. Saya senyum sahaja mendengar ulasannya.

NONEBerkaitan fenomena pilihan raya juga, beberapa hari lalu saya menerima begitu banyak soalan berhubung dengan kenyataan “Raja adalah bayangan Allah di bumi”.

Hadis ini katanya telah diwar-warkan oleh pihak tertentu dalam menjustifikasikan perjuangan tertentu.

Saya dengar ada yang lebih lantang lagi dengan menyebut lafaz asal hadis itu – “al-Sultan adalah bayangan Allah di bumi – bagi merujuk sultan pilihannya. Ada pula yang seakan ingin menyuburkan feudalisme Melayu dengan hadis tersebut.

Saya bergurau dengan sesetengah pihak yang berminat menggunakan hadis itu dengan berkata: “Raja yang menjadi bayangan Allah itu Raja Jordan ke, atau Raja Saudi? Atau Raja Moroko? Oleh kerana terlalu umum, apakah boleh juga digunakan oleh Raja Siam?

thailand airport reopen flights king speech tourism 041208 03Sebenarnya, perkataan yang digunakan dalam hadis ‘al-Sultan, bukan al-Malik (Raja). Jika ia difaham secara bahasa Melayu, mungkin para sultan seperti Sultan Qabos di Oman atau Sultan Brunei tergambar semasa membaca hadis ini.
‘Negara Pasir Berdengung’

Sudah pasti bukan Sultan Damsyik Jani dari ‘Negara Pasir Berdengung’ dalam filem Do Re Mi arahan allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Sebenarnya hadis tersebut mempunyai banyak riwayat. Ada yang palsu, ada yang sangat daif (daif jiddan), ada yang daif dan ada yang hasan, ataupun mungkin boleh mendekati sahih.

Antara lafaz yang palsu atau sekurang-kurang teramat daif (bermaksud):

“Al-Sultan  bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman”. (Hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah/ no 1664.)

Namun secara kesimpulan penilaian hadis, setakat lafaz “al-Sultan bayangan Allah di bumi” adalah sahih disebabkan pelbagai riwayat.

Adapun tambahan selepas lafaz tersebut ada yang hasan, daif, sangat daif dan palsu.

Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut (bermaksud):

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya.”

azlanSaya bimbang menjelang musim berkempen ini akan ada yang menggunakan riwayat yang daif ini untuk melarang orang tinggal di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Kemudian, di negara Arab, hanyalah negara Oman yang boleh tinggal dalamnya sebab masih ada Sultan Qabos. Selainnya sudah tiada sultan. Indonesia pun tidak boleh tinggal dalamnya kerana sudah tiada sultan.

Hanya Brunei yang sesuai. Jangan sampai begitu pula tafsiran kita.

Apakah maksud al-Sultan?

Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa.

Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apa pun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’.

NONEKemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘raja’ dan sebagainya.

Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan putarkan hadis untuk pemainan politik.

Ertinya, secara literal dalam konteks Malaysia, perdana menteri juga zhillu Allah ataupun bayangan Allah di bumi. Demikian Presiden Mesir, Libya dan sebagainya.

Kini kita wajar bertanya apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya.

NONEJika mereka itu berjudi di London ini sehingga tergadai balak dan minyak di negara mereka, apakah itu bayangan Allah? Jika mereka kejam seperti Assad di Syria, atau mereka rasuah dan bermewahan dengan harta rakyat jelata, apakah mereka tetap dimuliakan sebab mereka bayangan Allah?

Bayangan Allah

Jika kita faham makna khalifah, ia bermaksud pengganti ataupun wakil. Apabila kita menyebut manusia khalifah Allah bermaksud manusia mengganti Allah di bumi.

Ketika mentafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30 berhubung manusia sebagai khalifah Allah di bumi, al-Imam al-Baidawi berkata:

“Khalifah itu dari bermaksud (segi bahasa) sesiapa yang menggantikan tempat pihak yang lain atau menjadi penggantinya. Yang dimaksudkan dengan khalifah dalam ayat ini adalah Adam AS kerana beliau merupakan khalifah Allah di bumiNya.

“Demikian sekelian nabi yang Allah utuskan mereka sebagai pengganti (khalifah) bagi memakmurkan bumi, menguruskan manusia, menyempurnakan keperluan mereka dan melaksanakan perintah Allah ke atas mereka.” (Al-Baidawi, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil, 1/64).

Makna yang sama merujuk kepada sultan ataupun penguasa itu bayangan Allah di bumi. Bukan bermaksud kesucian penguasa sehingga tidak boleh dibahas dan dipertikaikan. Sama sekali tidak!

NONESebab betapa ramai manusia ini yang Allah tabalkan menjadi khalifah telah melakukan kerja yang sebaliknya. Apakah kita tetap mempertahankannya atas nama khalifah Allah?

Justeru al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “al-Sultan bayangan Allah di bumi”, beliau berkata:

“Kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”.

Ya! Demikianlah tugasan penguasa!
Kepentingan politik

Dalam masa yang sama kita hendaklah sedar, bahawa berlebihan dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik telah mengorbankan agama itu sendiri. Inilah yang berlaku di Barat yang diistilahkan sebagai secularism ataupun lebih mudah difahami sebagai a movement towards the separation of religion and government.

Walaupun secularism itu mempunyai akar yang lama sejak zaman Greek dan Roman tetapi di Eropah ia subur dan diperjuangkan pada era Enlightenment akibat dari kesedaran rakyat tentang betapa buruk peranan agama dalam politik. Saya akan bahaskan nanti.

Islam memandu politik supaya harmoni dan kudus. Islam bukan alat politik tetapi cahaya yang menerangi jalan politik yang dibina atas maslahah rakyat.

NONESultan ataupun penguasa bayangan Tuhan boleh disalahtafsirkan seperti yang berlaku dalam sejarah politik pelbagai bangsa. Akibatnya, kerakusan penguasa mencengkam rakyat dan dihalalkan atas nama Tuhan.

Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya),  insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.

“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku."(Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Inilah insan yang paling faham maksud sultan itu bayangan Allah di bumi. Jangan kita gadaikan Islam untuk suatu pentafsiran nas yang akhirnya akan menimbulkan syak manusia terhadap Allah dan Rasul-Nya.MK

Sabtu, 31 Disember 2011

Travelogue Kemazhaban Budak London


“Saya hilang keyakinan terhadap Abu Hurairah sebagai perawi hadith” kata Shah.
Saya terdiam.
Nash gelisah.
“Anta baca buku Tijani?” saya bertanya.
“Buku yang mana satu?” Shah menyoal kembali.
Pelajar Tahun 1 Imperial College itu sendiri berkerut dahinya. Gelisah dengan apa yang beliau sendiri percaya. Ragu barangkali.
“Buku Thummahtadaitu. Naskhah terjemahan UIAM dengan tajuk Akhirnya Kutemui Kebenaran tu” saya menjawab.
“Ya” jawab Shah. Perlahan.
“Apa buku yang anta pernah baca tentang Abu Hurairah?” saya menyambung pertanyaan lagi.
“Tak ada” jawabnya.
“Anta rasa adilkah anta meragui Abu Hurairah akibat kenyataan yang datang daripada musuhnya, sebelum anta mengenali Abu Hurairah itu siapa, berdasarkan keterangan insan-insan yang menggauli dan lebih dekat dengannya?” saya menyambung soalan.
Soal fakta satu bab.
Namun yang lebih perlu dijelaskan ialah kaedah mencari fakta. Usul ilmu itu sendiri.
“Letihlah ustaz. Banyak nak kena baca. Tapi buku Tsummahtadaitu tu sedap dibaca” Shah mengeluh.
“Anta pernah dengar tentang novel Ã‰mile, or On Education oleh Jean-Jacques Rousseau?” saya bertanya.
“Tidak” katanya.
“Novel itu mencetuskan fenomena dalam sejarah Eropah Moden. Ia adalah contoh bagaimana fakta disampaikan melalui sastera. Melalui bahasa Romanticism. Bukan sahaja faktanya diterima, malah ia menyuntik fikiran kepada orang Eropah ketika itu bahawa hidup bukan berasaskan kepada logik semata-mata. Unsur emosi juga boleh memandu manusia untuk membuat penilaian dan pertimbangan dalam kehidupan” saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu.
“Maksud ustaz, Thummahtadaitu melakukan benda yang sama ke atas diri saya? Bermain dengan emosi saya?” soal Shah.
“Ya, mencapai akal melalui jendela emosi” saya membuat rumusan.
Buku Akhirnya Kutemui Kebenaran oleh Mohammed Al-Tijani Al-Samawi sangat popular di Malaysia. Ia hanyalah salah sebuah buku yang menyampaikan idea-idea Syiah yang terdapat di perpustakaan, namun amat popular di Malaysia, terutamanya selepas naskhah terhad terjemahan oleh UIAM tersebar dan berpindah daripada satu tangan mahasiswa ke tangan mahasiswa yang lain.
Kekuatan buku pengarang Tunisia bernama Muhammad al-Tijani al-Samawi  ini ialah penyampaian fakta melalui teknik penceritaan. Kisah pengembaraan beliau bersama Mun’im, seorang pelajar Iraq yang ditemuinya di Mesir, telah membawa beliau ke bandar-bandar utama Syiah, menemukan beliau dengan ramai tokoh besar Syiah seperti Ayatullah Abul-Qassim Khoei (al-Khu’i), Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr dan Tabatabaei. Penyampaian fakta  melalui soal jawab sangat pantas menggerakkan diri pembaca untuk menyerap apa yang disampaikan.
Perjalanan hidup beliau membawa corak yang sama berlaku kepada ramai di kalangan anak muda kita yang mencari agama.
Seorang yang datang daripada masyarakat tradisional yang kuat pengaruh Sufi, teruja dengan perbahasan-perbahasan berasaskan dalil semasa mengerjakan Haji di Arab Saudi lalu menjadi ‘Salafi’. Menyanggah pelbagai amalan dan pendapat yang melata di dalam masyarakatnya. Tetapi kemudiannya ‘luka-luka’ yang dicetuskan membekas hingga penemuannya dengan rakan bernama Mun’im semasa berada di Mesir, telah membawa beliau meninggalkan satu tebing, pergi ke tebing yang paling jauh di sudut sana.
Idea-idea tentang Abu Hurairah pengampu Bani Umayyah, secara selektif meriwayatkan maklumat tentang kredibiliti Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu, terjebak di dalam kronisme di era sahabat menggegarkan tiang berilmu dalam beragama setiap yang membaca Akhirnya Kutemui Kebenaran. Masakan tidak, sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ini digambarkan sebagai seorang pendusta, tenggelam dalam hawa nafsu, yang kesemuanya disampaikan dalam pengolahan Travelogue al-Tijani ini.
Tanpa maklumat yang benar tentang siapakah Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, apakah rasionalnya sahabat yang lewat memeluk Islam dan meluangkan masa sedikit bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ini boleh meriwayatkan begitu banyak hadith, berdasarkan keterangan-keterangan Sunni yang bukan sahaja Sunni malah boleh diuji keabsahannya secara empirikal seperti yang terkandung di dalam Siyaar A’laam al-Nubalaa’ oleh al-Imam al-Dzahabi, pembaca Thummahtadaitu meletakkan dirinya dalam kondisi yang berbahaya. Mental yang penat, emosi yang terangsang, seorang anak muda boleh lemas bukan dalam keyakinannya terhadap kebenaran ajaran Syiah, tetapi cukup dengan lemas dalam lautan keraguannya yang timbul daripada pembacaan itu.
PROPAGANDA SYIAH DI LONDON
Entah bagaimana, di tahun 1998, pergerakan Syiah begitu memuncak di United Kingdom.
Pelajar Malaysia yang gila clubbing itu sudah satu bab. Kini mereka yang mahu kepada Islam pula berdepan dengan ancaman. Ada rakan yang melompat daripada ‘orang Tarbiah’ gerakan Islam, kepada anti Sahabat, Syiah, dan akhirnya Nikah Mut’ah!
Risalah Cahaya Kebenaran yang diterbitkan oleh sekumpulan orang Melayu yang Syiah di sekitar London disebarkan secara percuma ke rumah-rumah pelajar Malaysia.
London yang pening dengan Muslim College di Ealing bersama idea-idea ‘Islam Progresif’nya ketika itu, bertambah pening dengan Islamic College for Advanced Studies (ICAS) yang menjadi tempat mewacanakan Syiah di dalam kelompok akademik.
Tanpa asas agama yang kukuh, anak-anak muda yang bersemangat mendalami Islam, terkapai-kapai mencari model kepada sebuah idea tentang masyarakat Islam dan Negara Islam, kecewa dengan paradigma kelompok Sunni yang bergelumang dengan krisis, mendatangi Syiah untuk memenuhi inspirasi.
Dan buku Thummahtadaitu menjadi senjata yang cukup berkesan ketika itu.
PERJUANGAN DI LONDON
“Sebab itulah ana bermati-matian mendesak ustaz agar datang ke London. Jangan tinggalkan kami. Ancaman Syiah di kalangan kami bukan isu kecil” kata Nash yang diam semenjak tadi.
“Bukankah di UK ini ramai ustaz-ustaz yang buat Masters dan PhD?” saya bertanya.
“Apa yang boleh diharapkan daripada mereka kalau aduan kita dipandang remeh. Mereka menganggap ancaman Syiah di kalangan pelajar Malaysia dibesar-besarkan lebih daripada yang sebenarnya” keluh Nash.
“Dan saya salah seorang mangsanya!” sampuk Shah yang masih gelisah.
“Ana tidak sentiasa ada di sisi kalian. Ilmu pun tidak banyak mana. Cuma, antum sebagai pelajar Sains, antum sudah ada logik yang betul dalam mencari kebenaran. Setiap kenyataan memerlukan pembuktian. Bukti datang melalui penelitian terhadap rujukan. Di situlah kerja keras yang antum perlu lakukan” saya berkongsi pendapat.
“Bila masa nak membuatnya?” Shah bertanya. Lebih kepada diri sendiri.
“Habis, anta ingat ana mengaji Syariah dalam kursus intensif seminggu ke? Perjalanannya memang panjang. No pain, no gain!” saya bergurau.
Resah saya memikirkan pelbagai cabaran yang berada di hadapan mata mereka. Belajar Bible sebelum mahir al-Quran, Belajar Syiah sebelum mahir Sunni. Belajar Khilafiyyat sebelum mahir Fiqh, malah belajar mencabut skru-skru agama sebelum mahir beragama.
BERSEDERHANA
“Satu sahaja yang ana pesankan. Apa-apa pun, hatta pada menjadi Sunni sekali pun, hatta Salafi macam Nash ni pun, atau Sufi mahu pun Syiah, hendaklah bersederhana. Semasa jadi Salafi jangan asyik bid’ahkan semua orang. Nanti kita tersentak dengan pelbagai kemusnahan yang kita lakukan, pada masa itulah guilty conscious boleh mengheret kita mencari ‘alternatif’. Sangat ramai Salafi tegar, kemudiannya melompat ke daerah yang dahulu diperanginya. Al-Tijani adalah salah seorangnya! Bukankah salah satu rukun istiqamah ialah ‘jangan melampau’?” saya bercerita.
Memetik kembali tazkirah tafsir Surah Hud yang disampaikan tidak lama dulu. Bahawa beragama, perlu tenang dalam rasional. Jangan emosional mengatasi kewarasan berfikir. Itu yang membalut sikap melampau berkenaan.
“Ini buku apa, ustaz?” tanya Nash kepada sebuah buku di tangan saya.
“Oh, ini buku Khalid al-’Asqalani. Jawapan kepada buku Akhirnya Kutemui Kebenaran oleh al-Tijani itu!” saya menjawab.
“Apa tajuknya?” Shah ingin tahu.
Bal Dhalalta. Bahkan Engkau Sesat!” saya menjawab.
Secara spontan, kami ‘terketawa’. Ada kelucuan di sebalik tajuk buku itu.
London oh London.
Ia lebih daripada sekadar tempatku membasuh pinggan!
Kredit : SaifulIslam

Jumaat, 25 November 2011

Kelebihan Shalat Dua Rakaat Jibrail Dengan Shalat Dua Rakaat Umat Muhammad.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tatkala Allah ta'ala selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang paling bagus, dan menciptakan pula pula baginya enam ratus sayap yang panjangnya sayap itu antara timur dan barat, maka Jibrail memperhatikan dirinya sendiri kemudian berkata: 'Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makluk yang lebih bagus daripada aku?".

"Allah ta'aala menjawab: "Tidak". Maka Jibrail berdiri serta shalat dua rakaaat kerana bersyukur kepada Allah ta'ala dan tiap-tiap rakaat lamanya dua puluh ribu tahun. Setelah selesai shalat, maka Allah ta'aala berfirman: "Hai Jibrail, kamu telah menyembah kepadaKu dengan ibadat yang sungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadatmu; akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia dan yang Aku cintai, namanya 'Muhammad'. Dia mempunyai umat yang lemah lagi selalu berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan shalat dua rakaat yang hanya sebentar saja, mereka dalam keadan lupa dan serba kurang, fikirannya pun melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaKu dan ketinggianKu, sungguh shalat mereka itu lebih Aku sukai daripada shalatmu, kerana mereka mengerjakan shalat dengan perintahKu sedang kamu mengerjakan shalat tanpa perintahKu."

Kata Jibrail: "Yaa Tuhanku, apakah yang Engkau anugerahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?".

"Allah berfirman: Mereka Ku beri syurga Ma'waa/ sebagai tempat tinggal".

Maka Jibrail minta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa itu dan Allah pun mengizinkannya. Kemudian berangkatlah Jibrail dengan menebar seluruh sayapnya dan terbang. Setiap dia menebarkan dua sayapnya, boleh menempuh jarak perjalanan tiga ribu tahun dan ketika menelangkupkan pun dapat menempuh jarak yang sejauh itu. Maka dia pun sudah terbang seperti itu selama tiga ratus tahun lamanya sehingga letih lemahlah dia yang akhirnya turun singgah berteduh dibawah bayangan sebuahpohon dan sujud kepada Allah ta'aala seraya berkata mengucapkan didalam sujudnya: "Yaa Tuhan, apakah saya sudah merempuh didalam jarak setengahnya, atau sepertiganya atau seperempatnya?".

Allah menjawab: "Hai Jibrail, kalaulah engkau terbang tiga ratus ribu tahun, dan meski punlah Aku berikan kepadamu kekuatan seperti kekuatanmu yang sudah ada dan Aku beri pula beberapa sayap sebanyak sayap yang telah engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telahKu berikan kepada umat Muhammad terhadap imbuhan shalat dua rakaaat yang mereka kerjakan". (Misykaatul Anwaari) /GAnti Najib/Rosmah

Isnin, 7 November 2011

Islam Pernah Dianuti Oleh Red Indian Di Amerika.


Jika anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).

Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat

Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.

Gambaran pemakaian serban siku Cherokee

Bercakap
 tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.

Acuan gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres

Yang menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.





Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku AnasaziApacheArawakMakahHohokamHupaHopiMahigan,MohawkNazcaZulu, dan Zuni
Suku Makah yang menutup aurat
Gadis Zuni, 1903

S
elain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.


Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".

Bu
kankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.

Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu. 
Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II(976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary)

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran
 melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam. 

Sultan-sultan
 dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota diTimbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu. 

Lokasi Timbuktu
Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi

Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

 Peta Piri Re'isi
Perbandingan peta Piri Re'isi dengan peta sebenar

Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawaorang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD
: Christopher Columbus, New York 1950]
Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Mungkinkah Laksmana ChengHo Yang Sebarkan Islam Di Amarika

Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. 
Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana. 
Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.

Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.

Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.

Menzies
 melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari
 bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.
Perbandingan armada Zheng He dan Colombus

Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia

Untuk lebih memahami sila lihat video mengenai Islam di Benua Amerika di bawah; Muslims In American History : A Forgotten Legacy
Sumber : 
http://zharifalimin.blogspot.com/2011/10/sejarah-yang-digelapkan-islam-di-benua.html
http://islam.bloggermu.com/2010/12/ternyata-islam-sudah-ada-di-amerika.html

Patutlah tentera amarika(tentera salib) sejak berkurun lama melakukan proses penghapusan etnik cherokee,mungkin kerana puak itu adalah puak yang beragama Islam dan sudah mengamalkan sistem pemerintahan Islam.

dalam media barat puak asli Amarika ini digambarkan sebagai puak asli yang tidak bertamadun dan sebagainya mungkin kerana nak menyembunyikan kehebatan Islam.Wallahua'lam.
apa pendapat anda? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular