Ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan
berjaya menyekat peluang BN daripada memperolehi majoriti dua pertiga
di DUN Sarawak.
Pakatan yakin
akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk meraih
kemenangan moral ke atas BN, katanya dalam sidang media di hari
terakhir kempen pilihan raya negeri Sarawak hari ini.
Katanya lagi, Pakatan optimis dalam peluangnya memecahkan monopoli kuasa BN di negeri berkenaan.
Namun,
Anwar dilihat berwaspada dan mengakui bahawa ianya satu usaha sukar
apabila ditanya sekiranya Pakatan mampu mengambil alih kerajaan negeri.
Katanya, masalah tidak akan timbul sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara bebas dan adil.
Apa yang membimbangkan adalah perkembangan yang akan berlaku dalam tempoh terakhir kempen ini, katanya lagi,
Kempen
selama 10 hari akan berakhir pada tengah malam ini dan pemilih akan
mula membuang undi sebaik pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi esok. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan