Translate

Memaparkan catatan dengan label PRN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRN. Papar semua catatan

Isnin, 18 April 2011

Menang Dalam Kalah, Satu Tamparan Buat BN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan berikutan pencapaian lesu pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu kata penganalisis.
NONEAFP melaporkan meskipun BN menguasai dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi pembangkang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya negeri itu.

Pilihan raya Sarawak dikatakan petunjuk bagi mengukur kepopularan Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.

Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen.
NONEPada pilihan raya itu, BN menang 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat berjaya mendapat 15 kerusi, manakala seorang calon Bebas berjaya memenangi satu kerusi.

Bagagaimanapun bagi seorang penganalisis politik Khoo Kai Peng, Najib nyata mengalami kemerosotan ketara dari segi undi popular berbanding prestasi BN pada pilihan raya negeri 2006.

"Undi popular BN jatuh lapan peratus kepada 55 peratus. Ini adalah jumlah yang besar memandangkan negeri ini adalah secara tradisionalnya kubu kuat BN,” katanya kepada AFP.
NONEKhoo berkata keputusan itu menunjukkan kerusi parlimen Sarawak dan juga jirannya Sabah juga menghadapi risiko jika BN mahu terus merintah di peringkat pusat.

Terdapat 31 kerusi parlimen di Sarawak dan BN memiliki 29. Di BN memboloti 24 daripada 25 kerusi. Pembangkang hanya mempunyai tiga kerusi di kedua-dua buah negeri itu. MK

Sabtu, 16 April 2011

TPM Kata Jangan Terpedaya Khabar Angin Pakatan Dah Menang, Betul Ke..!!

Muhyiddin meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan laporan di internet yang Pakatan menang dalam pilihan raya di Sarawak. Beliau engatakan dakwaan yang tersebar di internet adalah tidak benar kerana proses pengundian belum selesai. 

"Ada berita-berita khabar angin oleh Pakatan (kononnya) mereka sudah menang, BN di Sarawak sudah tumbang, Pakatan (telah) ambil alih (kerajaan negeri". kata beliau yang dipetik oleh Bernama.

"Ini merupakan satu pembohongan... pengundian belum selesai... undi pun belum dikira", katanya lagi pada sidang akhbanr di Ibu Pejabat Polis kontinjen Sarawak di sini. 

Sebaliknya, kata Muhyiddin, beliau mendapat maklumat bahawa Anwar sudah meninggalkan Sarawak untuk ke London atau Amerika Syarikat.

Bagaimana beliau mendapat maklumat yang tidak pasti kerana menyebut antara dua negara sedangkan beliau sendiri bersembunyi di IPK Sarawak. Kenapa beliau tidak berada di markas BN sendiri dan memilih IPK Sarawak sebagai tempat mengadakan sidang media.

Ketakutan akan kekalahan BN di Sarawak yang membuatkan beliau lebih selesa bersembunyi di IPK daripada berada di markas besar BN. Apakah ini satu tanda yang BN benar-benar akan tewas kerana beliau akan menggunakan pihak polis sebagai benteng dalam menghalang kemenangan Pakatan Rakyat.

Kemaskini jam 1.15 p.m.


1pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 21.71 peratus atau 233,134 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah ini.
12.49am: Keputusan tidak rasmi dari ibupejabat PKR:

Kakus

PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin


PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kawasan majoriti Iban itu, nampaknya undi beralih kepada Pakatan. Tetapi ia adalah keputusan awal tidak rasmi.
12.25pm: Satok (Kuching): Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Satok dengan diiringi penyandang kerusi tersebut, Datuk Abang Johari Abang Openg. Turut mengiringi beliau ialah kira-kira 20 orang, termasuk mereka yang sebelum itu memberitahu ejen PKR supaya "balik kampung".

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengunjungi kawasan majoriti Melayu-Melanau pada sebelah paginya,.

Pada 2006, Abang Johari memenangi kerusi tersebut bagi kali ketujuh dengan majoriti di bawah 3,000 undi.

12.30pm: Ba'Kelalan - Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, yang juga calon bagi kerusi Ba'Kelalan, memberitahu Malaysiakini bahawa proses pengundian bagi kerusi tersebut sedang berjalan lancar.
NONEMenurutnya, semua pusat mengundi di kawasan itu akan ditutup pada jam 1 tengahari. Kerusi itu mempunyai 6,958 pengundi. Keputusan tidak rasmi akan diketahui selepas jam 2 petang.

Pengiraan undi telahpun bermula di pusat mengundi yang telah ditutup.

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi
12.10pm: Bukit Saban - 29 daripada 34 pusat mengundi bagi kerusi Majoriti Iban ini telah ditutup pada jam 12 tengahari

Semua pusat mengundi itu, yang terletak di rumah panjang, ditutup antara jam 11 dan 12 tengahari. Proses pengiraan undi sedang berjalan.

Bukit Saban, sebuah kerusi luar bandar di bawah kawasan parlimen Betong, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya, Robert Lawson Chuat (BN-PBB), Dayrell Walter Entrie (SNAP) dan Edward Jerah (PKR).

Di pusat mengundi di SK Suri, yang hanya mempunyai 265 pengundi, "BN" paling kerap kedengaran di bilik kiraan undi, manakala "PKR" kedengaran sekali-sekala, dan hampir kedengaran 'SNAP".

Peratusan keluar mengundi ialah 79 peratus dengan 210 pengundi.
11.54am: Piasau (Miri) - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin bermesra dengan para pengundi di SJK(C) Chung Hua Lutong yang merupakan salah sebuah pusat pengundian bagi kerusi Miri.

Pusat pengundian itu terletak berhadapan dengan pejabat Petronas, yang mempunyai kakitangan yang ramai di bandar tersebut.

Ketika ditemui, ahli parlimen Miri dari SUPP itu berkata, beliau masih tidak pasti tentang sentimen para pengundi.

"Mungkin ia akan lebih jelas pada sebelah petang ini."
 

DUN Sarawak : Pengundian Berjalan Lancar.



 
Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.

Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.

Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.

Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.

Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.
Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.

Dalam pilihan raya negeri kali ini, secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.

Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi,
 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi

berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.

Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi. 

Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958) 

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30

petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam. 

Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

LAPORAN LANGSUNG

8am: Semua pusat pengundian dibuka.Pengundi mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundian di seluruh negeri. Proses pengundian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti digunakan sebagai pusat pengundian. 

SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus. 

 8.01am: Betong/Sri Aman – Keadaan cuaca baik di Betong dan Sri Aman yang menempatkan majoriti penduduk Iban. Pengundi mula memasuki pusat pengundian sejak jam 7.45 pagi, 15 minit sebelum pusat pengundian dibuka secara rasmi. 

Kawasan yang diperhatikan di sini ialah Saribas, Lingga dan Beting Maro (majoriti Melayu/Melanau), Layar (majoriti Iban yang dipertahankan timbalan ketua menteri Alfred Jabu), Krian, Simanggang, Batang Ai, Engkilili dan Balai Ringin (kesemuanya majoriti Iban).
 
NONE
8.08am: Beting Maro – Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai. Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka. 

Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro dan PAS dikatakan mempunyai peluang tunggal untuk menang di kerusi ini.

Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.

Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nanga dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB. 

Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok.

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.

Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nangka dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB. 

Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok. 

8.15am: Kuching – Hujan renyai-renyai dan awam mendung tidak menghalang pengundi yang kebanyakannya warga emas untuk memasuki pusat pengundian. 

Perhatian di kawasan in ialah DUN Pending dan Padungan di kawasan bandar. Selain itu, kawasan luar bandar di Batu Kawah, Batu Lintang dan Kota Sentosa yang dipertandingkan calon PKR dan DAP.
Lawan mereka di kawasan ini ialah calon SUPP. 

Di kawasan majoriti Melayu di Satok pula, orang kuat PBB, Abang Johari Abang Openg mempertahankan kerusinya dan berdepan seorang calon baru, Ahmad Nazib Johari.
PKR dijangka berpeluang mengurangkan majoriti PBB kali ini. 

8.20am: Saribas – Beberapa orang pekerja parti PKR, termasuk ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menggesa pengundi tidak memasuki pusat operasi BN bagi memeriksa butiran pengundi dan terus memasuki pusat mengundi di SK Datuk Bandar Gebak. 

Beberapa orang pengundi bagaimanapun berkeras untuk memasuki pusat operasi BN itu yang menyediakan minuman air mineral percuma. PKR tidak memasang pondok panas mereka di pusat pengundian ini bagi mematuhi ketetapan SPR. 

Berbeza dengan suasana meriah di semenanjung, aktivis parti mengambil langkah yang lebih lembut – tiada poster atau kain rentang yang dibawa, mahupun slogan yang dilaungkan di sini.

8.35am: Piasau (Miri) – Cuaca baik di Miri, bandar kedua terbesar di Sarawak yang menyaksikan SUPP bertanding bagi mempertahankan tiga kerusi – Piasau, Pujut dan Senadin – kesemuanya di kawasan bandar.
Pemimpin parti itu Dr George Chan membuang undi di SMK St Columba, salah satu pusat pengundian terbesar di DUN Piasau. 

Beliau sempat menyatakan "Saya akan undi BN," sebelum memasuki pusat pengundian berkenaan.
Chan turut bertembung dengan lawannya, Ling Sie Keong dari DAP yang turut melawat pusat pengundian berkenaan. Ling merupakan pengundi berdaftar untuk DUN Lambir, salah satu kawasan di pinggir Miri.

Setelah membuang undi, Chan yang mewakili Piasau sejak 1983 berkata beliau akan menyerahkan kepada penduduk Miri untuk membuat keputusan.

Beliau berdepan dengan sentimen 'anti-Taib' yang kuat merebak di kebanyakan kawasan bandar Sarawak.
Piasai merupakan kerusi majoriti Cina dengan jumlah pengundi bumiputera yang agak besar (65% Cina, 19% Melayu/Melanau dan 13% Iban). 

8.45am: Bawang Assan (Sibu) – Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan MP Bukit Bender Liew Chin Tong bersama calon DAP Alice Lau beramah mesra dengan pengundi di SJK Chua Hua – salah sebuah pusat mengundi di Bawang Assan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Lim berkata, beliau yakin akan dapat menang di peti undi berkenaan dan berharap DAP akan mencapai majoriti yang cukup tinggi. 

Sejurus selepas itu, seorang pengundi wanita berusia 40-an meluru keluar daripada pusat pengundian berkenaan dan berjabat tangan dengan Lim dan juga Lau. 

"Terima kasih banyak-banyak, sekarang tinggalkan kami," kata Wanita itu kepada pemimpin DAP berkenaan. 

Bawang Assan merupakan kawasan majoriti Cina (65%) dan selebihnya Iban (30%) dan Melayu-Melanau (5%).

9.15am: Kota Sentosa (Kuching) - Di salah sebuah pusat pengundian di Kota Sentosa, pengundi mula datang dan menyemak butiran pendaftaran mereka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONE
Sesetengah pengundi memakai T - 1Malaysia dengan logo besar tertera di belakangnya.

Pembangkang sejak pilihan raya kecil di Galas Kelantan, mendakwa pengundi dibayar untuk memakai baju berkenaan. Aduan itu bagaimanapun tidak dilayan SPR.

Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP di Kuching. Bagaimanpun penyandangnya, Chong Chieng Jen mendakwa secara tiba-tiba terdapat tambahan 1,000 pengundi pos di kerusinya itu. Beliau dicabar calon BN Alfred Yap dari SUPP.

9.25am: Saribas (berhampiran Kuching) - hujan mulai reda dan digantikan dengan sinaran matahari.

Gagal daripada mengelakkan orang ramai daripda ke pusat operasi BN yang terletak bersebelah pusat mengundi, pekerja kempen PKR juga menggunakan taktik sama dengan menawarkan minuman percuma kepada pengundi.

Menurut MP PKR - Ampang Zuraida Kamaruddin, pekerja BN memberitahu pengundi bahawa pusat operasi mereka ditubuhkan oleh kerajaan dan pengundi mesti ke sana untuk menyemak butiran mereka sebelum masuk ke pusat mengundi.

"Ini tidak betul. Mengikut undang-undang pilihan raya pondok panas adalah dilarang.”

Katanya aduan telah dibuat kepada pegawai SPR yang berjanji akan bertindak tetapi sehingga kini, pondok panas BN masih beroperasi.

9.26am: Satok (Kuching) - Calon PKR Satok Ahmad Nazib (bawah) 
kelihatan sedikit gugup tetapi kemudian tersenyum lebar ketika ditemui wartawan.
"Saya boleh nampak banyak kegembiraan pada hari pengundian ini. Tiga puluh tahun sudah cukup untuk seorang memerintah," katanya.

Seorang lagi pengundi Muhammad, 35, berkata KM Taib Mahmud di fikirannya ketika dia membuang undi.

"Memang benar kami mahukan perubahan," katanya ketika ditemui.

9.27 am: Bawang Assan (Sibu) - Orang kuat SUPP Wong Soon Koh (berbaju biru) tiba di pusat pengundian SJK Chung Hua bersama isterinya, Pauline Leong, untuk mengundi.
Wong dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertemu dan 
berbual sebentar dekat pintu masuk utama sekolah tersebut.
"Jika anda datang ke Pulau Pinang, saya belanja awak kuey teow gorang," kata Lim. Wong tersenyum sambil berjabat tangan ketua menteri Pulau Pinang itu.

9.39am: Beting Maro - PAS yakin mampu memenangi kerui Beting Maro, kata exco pertanian Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi.

"Kini pengundi di Beting Maro tidak boleh lagi dibeli," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di sebuah pasar di sebelah SK Pusa.

Pusa adalah daerah pengundian kedua terbesar dengan lebih 2,600 pengundi selepas Beladin.

Keyakinannya itu disokong dengan kekurangan usaha tukang kempen PBB tukang kempen, yang tidak seorang pun kelihatan di pusat pengundian. Kain rentang PAS memenuhi kawasan tersebut.

Sementara itu, ketua cawangan PBB di situ memberitahu Malaysiakini buat pertama kalinya, BN mungkin kehilangan Beting Maro.
"Saya rasa PAS akan menang besar. Setiap orang mahukan perubahan. Tidak banyak yang dapat saya lakukan (untuk mengubahnya)," katanya sambil menyuarakan rasa kecewa dengan pemilihan calon BN untuk kerusi tersebut.
 
9.45am: Miri - BN memasang papan iklan pada saat-saat akhir di 
seluruh bandar lewat malam tadi, menggesa pengundi supaya "mengekalkan timbalan ketua menteri di ".

Mereka merujuk kepada Tan Sri Dr George Chan, yang mempertahankan kerusinya di Piasau untuk penggal kelapan. 

9.50am: Bawang Assan (Sibu) - Penyandang kerusi Bawang Assan, Wong Soon Koh mengundi di sini.
Bila ditanya oleh wartawan mengenai peluangnya kali ini, Wong

berkata beliau yakin dapat menewaskan pencabarnya, Alice Lau.

Peratusan keluar mengundi di pusat tersebut adalah menggalakkan, dengan majoritinya golongan warga emas.
Tiong King Sing, 85, yang hampir tidak boleh berjalan dan rabun mata, berkeras untuk datang mengundi.
"Saya memenuhi tanggungjawab saya sebagai warganegara yang bertanggungjawab," katanya.

Disebabkan keadaannya itu, pegawai SPR membenarkan anak saudaranya, memandu membawa Tiong ke dalam perkarangan sekolah. 

9.54am: Pending (Kuching) - Pasukan kempen Dr Sim Kui Hian dilihat sedang berusaha untuk mendapat undi simpati pada saat-saat akhir, berdasarkan kemunculan mendadak poster-poster kecil "Save Kui Hian" di sekitar DUN tersebut.

10.01am: Satok (Kuching): Seorang lelaki naik angin selepas diberitahu yang dia datang ke pusat pengundian yang salah.
Seorang lagi lelaki bertanya kepada ejen pengundian, ketika menyerahkan kad pengenalannya: "Ada cip pada kad pengenalan, jadi kenapa tak imbas saja, daripada membuatnya secara manual?"

9.55am: Melalui Twitter rasminya, PKR menggesa semua ejen pengundian supaya memprotes terhadap pengundi yang memegang kad pengenalan hijau kerana mereka adalah pemastautin tetap yang tidak mempunyai hak untuk mengundi.

 10.02am: Saribas (dekat Kuching) - Seorang anggota polis dan pegawai SPR yang enggan dinamakan, menjelaskan bahawa pusat operasi BN yang terletak bertentangan dengan pusat mengundi di SK Datuk Bandar Debak, yang membantu pengundi memeriksa butiran diri mere, bukan satu kesalahan kerana ia di luar lingkungan jarak 50 meter.

"Ia juga bukan satu 'pondok panas' kerana mereka mempunyai premis mereka sendiri," kata anggota polis tersebut.
Pusat operasi ialah dewan orang ramai. Ia juga menyediakan minuman percuma kepada semua pengundi yang datang memeriksa butiran diri mereka di sana.

Bagaimanapun, tukang kempen PKR pula mendakwa pusat operasi itu mengeluarkan keratan kertas yang tertera logo BN kepada pengundi untuk dibawa masuk ke pusat pengundian, yang menurut mereka adalah dilarang.

10.05am: Sibu - Ketika proses pengundian berjalan lancar, banyak jalan utama di sekitar bandar Sibu mulai sesak dengan kenderaan.

Tetapi ketika pusat pengundian di Bawang Assan sibuk dengan kehadiran ramai pengundi, keadaan pusat pengundian di Dudong di SMK Chung Hua agak sunyi dengan hanya calon DAP Yap Hoi Liong kelihatan merayu undi.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba tidak lama kemudian di pusat pengundian tersebut.
Bila meminta mengenai peluangnya, Yap kata "50-50". Semuanya bergantung kepada peratusan yang mengundi," katanya kepada Malaysiakini.
Di sini, Yap berdepan dengan orang kuat SUPP dan saudara kepada hartawan Rimbunan Hijau, Tiong Raja King, dalam perlawanan satu lawan satu.

Dengan majoriti pengundi Iban di sini dan strategik BN yang berkempen dari rumah ke rumah, maka DAP berdepan dengan tugas berat di kerusi tersebut.

10.40pm: Satok (Kuching) - Di Satok, kerusi yang ditandingi pemimpin PBB Datuk Abang Johari Abang Openg, menentang muka baru dari PKR, Ahmad Nazib Johari, seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Rowena berkata:
"Saya rasa ia baiknya jika ada beberapa wakil rakyat pembangkang, jika tidak kerajaan akan buat apa saja yang mereka mahu.

"Nazib mempunyai idea-idea baru tetapi jika dia menang, dia tidak ada dana untuk membangunkan Satok, jadi undi adalah untuk Abang Johari," katanya.

Katanya, dia juga bimbang untuk mengundi Pakatan kerana dia takut tanah asal di Satok akan diambil seperti yang berlaku di Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, jika kita asyik menukar kerajaan, maka kita tidak ada kesinambungan. Sarawak membangun dengan baik, dan saya tidak rasa pembangkang boleh lakukan yang lebih baik," katanya selepas mengundi di SK Merpati Jepang.

Yang lainnya, ketika ditemui, berkata mereka tidak ada persaingan bagi kerusi tersebut.
"Kami sudah tahu siapa yang akan menang," seorang seorang daripadanya, tetapi enggan mengulas lanjut.

10.48am: Dudong (Sibu) - Calon DAP bagi kerusi Dudong Yap Hoi Liong mengundi di SK Bandaran Sibu No 2.

Bila ditanya siapa yang dia undi, secara berseloroh Yap berkata, "Undi saya adalah rahsia, anda pun tahu. Dengan bertanya demikian, anda sudah melakukan kesalahan pilihan raya."

Beberapa pengundi memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada DAP.

Ketika hendak keluar, Yap terserempak dengan pencabarnya dari SUPP, Tiong Thai King, yang ahli parlimen Lanang.


Ketika ditemui, Tiong enggan bercakap dengan pemberita Malaysiakini

10.56am: Simanggang - DAP membuat laporan kepada polis dan SPR bahawa BN terus mendirikan 'pondok panas' di dalam kawasan pusat pengundian di SK Sri Aman Kampung Muhibbah manakala kain rentang BN juga dipasang dalam lingkungan 50km.

Pemimpin DAP, Teresa Kok yang membuat aduan itu berkata selepas mereka membantah BN bersetuju memindahkan 'pondok panas' mereka di luar kawasan larangan dan menurunkan kain rentang.

Simanggang adalah kerusi majoriti penggundi Iban yang menyaksikan pertandingan antara calon DAP Leon Donald dan calon SUPP Francis Harden. Ia dianggap kerusi kelabu bagi BN yang terletak di p[ekan kecil Sri Aman ini.

11.05am: Beting Maro - Kebanyakan pusat pengundian sibuk sejak awal pagi ini kerana ramai menjangkakan hujan pada sebelah petang.

Tiada kakitangan atau pekerja parti yang kelihatan berkempen. Keadaan dilaporkan tenang dan lancar.

11.25am: Padungan (Kuching) - Kontroversi kecil berlaku di Sekolah Rendah Song Kheng Hai apabila pengundi mendakwa terdapat tandatangan di kertas undi. Mereka bimbang ini akan dianggap sebagai undi rosak.

NONE
Petugas DAP, Johnny Ng berkata isu berkenaan telah diselesaikan dengan pegawai pilihan raya silap menandatangani di kertas undi berkenaan.

"Dia ikut peraturan lama. Peraturan baru sekarang tidak perlu sebarang tandatangan,” kata Ng.

Menurutnya, pegawai berkenaan juga memberi jaminan bahawa sebarang bantahan berhubung perkara itu semasa pengiraan undi akan ditolak.

Sekolah ini adalah pusat pengundian bagi kerusi Padungan yang menyaksikan pertandingan antara penyandangnya Dominique Ng (Bebas), Wong King Wei (DAP) dan Sim Kiang Chion (BN).

11.29am: Satok (Kuching) - Perbalahan berlaku di SK Merpati Jepang apabila ejen-ejen PKR masuk ke pusat pengundian untuk mengadu kepada SPR bahawa ada yang masuk ke pusat tersebut menerusi laluan yang tidak dibenarkan.
Mereka juga bertanya kepada pegawai polis di situ mengapa seorang lelaki yang memakai Kemeja-T BN, dibenarkan masuk ke dalam pusat pengundian.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh timbalan menteri BN, Datuk Fadillah Yusof, yang cuba menarik mereka dari situ, menyebabkan seorang ejen PKR memintanya jangan mengasarinya.
"Berhenti tolak saya, menghormati undang-undang!" kata lelaki itu.

Fadillah kemudiannya menarik pas SPR dari lelaki itu, yang kemudian meminta pihak media mengambil gambar kad tersebut.
Insiden jerit-menjerit berlaku, menyebabkan seorang penyokong BN tampil memberitahu lelaki itu "Awak tidak menghormati YB!"

Dia dihalang oleh orang lain yang memberitahunya: "Ini pusat pengundian, bukan gelanggang bergaduh."

1135am: Beting Maro - Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin PAS berpotensi besar menang di Beting Maro dan dua lagi DUN.

"Kalau tak menang, paling kurang pun undi akan meningkat (pada kita)," katanya ketika ditemui di Kampung Hilir, Pusa. 

Turut ditemui ialah calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mengunjungi SJKC Chung Hua - pusat pengundian terbesar di DUN ini dengan lebih 1,000 pengundi di DUN ini. 

Ketika ditemui pemberita, beliau kelihatan yakin selepas menemui sebahagian penduduk di Beladin – daerah mengundi terbesar dalam Beting Maro. 

"Tidak kisahlah berapa majoriti, asal menang sudah," kata nya yang sering disapa isyarat "peace" (nombor 2).
Abang Ahmad merupakan calon nombor dua di kertas undi. 

Jumaat, 15 April 2011

Anwar : Pakatan Yakin Sekat Majoriti Dua Pertiga BN.


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan berjaya menyekat peluang BN daripada memperolehi majoriti dua pertiga di DUN Sarawak.

Pakatan yakin akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk meraih kemenangan moral ke atas BN, katanya dalam sidang media di hari terakhir kempen pilihan raya negeri Sarawak hari ini.

NONEKatanya lagi, Pakatan optimis dalam peluangnya memecahkan monopoli kuasa BN di negeri berkenaan.

Namun, Anwar dilihat berwaspada dan mengakui bahawa ianya satu usaha sukar apabila ditanya sekiranya Pakatan mampu mengambil alih kerajaan negeri.

Katanya, masalah tidak akan timbul sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara bebas dan adil.

Apa yang membimbangkan adalah perkembangan yang akan berlaku dalam tempoh terakhir kempen ini, katanya lagi,

Kempen selama 10 hari akan berakhir pada tengah malam ini dan pemilih akan mula membuang undi sebaik pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi esok. MK 

Terkini : GAN, Musafirlalu Dan 4U2C Akan Mulakan Serangan Di Saat Akhir.


Setelah melihat media elektronik dan media cetak pencacai semakin agresif menyebarkan fitnah terhadap Pakatan, maka dengan satu persetujuan, Gerakan Anti Najib/Rosmah, Musafirlalu dan 4U2C akan memulakan serangan disaat-saat akhir dalam melakukan serangan secara serentak terdapat BN.

Mengikut maklumat yang pihak kami terima, BN Sarawak semakin gelisah dengan perkembangan terbaru dari rakyat Sarawak dan kajian yang dilakukan oleh badan bebas bahawa BN berkemungkinan tewas dengan majoriti tipis. Tidak mustahil akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini pada saat-saat akhir pengundian.

Berkemungkinan akan berlaku penipuan undi yang akan dilakukan oleh BN dengan bantuan SPR dan pihak berkuasa. Berita terkini daripada kenyataan Najib berkenaan pembabitan langsung beliau yang berkampung di Sarawak dengan alasan beliau adalah Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia lebih-lebih lagi untuk rakyat Sarawak adalah satu signal bahawa BN benar-benar terdesak.

TV 3 suku yang beberapa hari ini memainkan isu Altantuya yang membabitkan temu ramah dengan RPK dilihat cuba menaikkan kembali imej Najib dengan memburuk-buruk Anwar. sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Mahathir pada 1990 terhadap isu tengkolok berlambangkan salib yang dipakai oleh Ku Li pada kempen terakhir berjaya menidakkan kemenangan APU.

Najib merasakan yang RPK dapat membantu BN dengan memburuk-burukkan Anwar agar dapat memulihkan kembali kepercayaan rakyat Sarawak terhadap BN. Jangan kita terkejut jika akan berlaku pengumuman lewat di kerusi-kerusi Sarawak. Taib dan Najib dilihat mula menggunakan kuasa mereka dengan menghalang beberapa pemimpin NGO dari memasuki Sarawak. GAN

Terkini : Malaysiakini Semakin Pulih Tetapi HarakahDaily Pula di Godam.

Lamanweb Malaysiakini telah pulih walaupun serangan penafian perkhidmatan masih berterusan, apabila server barunya mampu menangani serangan tersebut buat masa ini.

Bagaimanapun, Malaysiakini akan terus menggunakan Wordpress dan Google sebagai platform alternatif sekiranya ianya terjejas lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini.

Serangan itu yang bermula pada hari Selasa melumpuhkan 24 server infrastruktur Malaysiakini di pusat data TM dan Jaring. Serangan itu telah juga turut menjejaskan server baru Malaysiakini di Amerika Syarikat dan di tempat lain.

Ekoran trafik yang tinggi, Malaysiakini menggunakan 'lean mode' dengan halaman asas dan muka depan tanpa grafik.

Sementara itu, CEO Malaysiakini, Premesh Chandran berkata pihaknya menerima banyak panggilan telefon dan emel yang menyatakan sokongan mereka.

Pembaca juga, katanya, telah bermurah hati untuk membuat sumbangan kepada Malaysiakini dan "kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka".

Dalam beberapa hari akan datang, Malaysiakini akan menggunakan lebih banyak server untuk menampung peningkatan trafik.

"Kami menjangka lebih satu juta orang akan mengikuti keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini. Kami sedang membuat persedian untuk menampung peningkatan trafik," kata Premesh.

Katanya, beberapa perkhidmatan Malaysiakini masih belum dapat diakses seperti seksyen komen.

"Kami mohon maaf kepada semua pelanggan kami kerana tidak dapat menyuarakan pendapat mereka dalam Malaysiakini melalui seksyen komen. Sebagai langkah sementara, kami membolehkan peminat facebook kami untuk memasukkan komen mereka."

Terkini : BN Semakin Tertekan, Pengerusi BERSIH 2.0 Di larang masuk Sarawak.

Bekas presiden Majlis Peguam dan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga dihalang daripada memasuki Sarawak hari ini.
bersih 21 charged in petaling jaya session court 230109 ambigaBeliau adalah aktivis keempat dalam tempoh 10 hari kempen pilihan raya Sarawak yang tidak dibenarkan masuk. Sebelum ini, aktivis, Steven Ng, Wong Chin Huatdan Haris Ibrahim juga ditahan setiba mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang terus ke Kuala Lumpur.

Terkini : SUPP Hampir Pasti Terkubur Di Tangan DAP.



Kempen pilihan raya negeri Sarawak akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 malam ini, manakala parti-parti politik yang bertanding kini memperhebatkan usaha mereka memancing undi pada saat-saat terakhir.
NONEPergelutan paling sengit dikatakan berlaku di bandar-bandar yang sebelum ini jarang terjadi. Antara yang menjadi tumpuan adalah kerusi-kerusi di - Kuching, Miri dan Sibu - yang sebelum ini kubu kuat SUPP dan dicabar hebat oleh DAP.

Walaupun DAP dilabelkan sebagai 'underdog', namun percaturan kini telah berubah.

Pada hari pertama kempen sahaja, ribua rakyat membanjiri ceramah-ceramah DAP - sama ada mereka ingin tahu ataupun cuba melihat wajah pemimpin utama parti itu dari jarak dekat.

Di Kuching, setiausaha DAP Lim Guan Eng berjaya menarik kehadiran tidak kurang 5,000 orang di sebuat pusat penjaja terbuka di Premier 101 Commercial Centre.
NONESUPP yang terdesak mengatur balas dengan mengadakan ceramah tetapi gagal memikat jumlah hadirin seperti lawan mereka. Justeru, tumpuan diberikan kepada kempen dari rumah ke rumah.

Di Miri, SUPP juga menerima tamparan apabila ceramah DAP yang diadakan hampir setiap malam menyaksikan kehadiran rakayat yang terus meningkat setiap hari.

SUPP, yang diterajui oleh presidennya, Tan Sri Dr George Chan, hanya mampu melihat apabila di kubu kuatnya sendiri, tidak kurang 15,000 orang datang untuk mendengar ceramah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pada hari keempat kempen pilihan raya
NONEWalaupun nama Chan dianggap tidak boleh dipisahkan dengan Miri, namun pada pilihan raya kali ini lagenda itu dikatakan hampir pasti terkubur.

Perkara yang sama juga melanda Sibu, Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang seakan bintang baru yang menjadi pujaan ribuan penyokong pembangkang.

Selain ucapannya yang lantang dan bersemangat, rakyat Sarawak juga pasti tidak akan lupa dengan beberapa lagu yang dibawakannya itu. Antaranya termasuk'No money, no money for you' dan lagu popular Wondergirls 'Nobody nobody but you' bagi menyindir pemimpin BN, khususnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud. MK

Ahad, 10 April 2011

Taib Dalam Bahaya, Terpaksa Semua Hulubalang BN Turun Ke Sarawak




Kajian yang dilakukan oleh para pencacai Umno yang Pakatan tiada peluang di Sarawak hanya untuk menyedapkan hati masing-masing. Sedangkan Taib sebenarnya berada dalam bahaya sehinggakan Najib sendiri tidak yakin dengan kemampuan Taib menghadapi Pakatan.


Najib terpaksa berkampung di Sarawak meninggalkan intan payung sendiri kat Sri Perdana. Najib datang bukan berseorangan malah beliau membawa bersama satu angkatan perang sehinggakan kat Malaysia Barat hanya tinggal timbalan-timbalan menteri sahaja menjalankan tugas.

Malah berita terbaru laman Sarawak Report (laman anti Taib) tidak dapat diekses kerana telah digodam. Dalam masa yang sama, Taib banyak menjawab isu-isu yang dibangkitkan dilaman-laman web. Mungkin kerana tidak ingin bertembung dengan Sarawak Report maka laman itu telah diserang agar suara beliau sahaja yang patut didengar.

Seperti biasa SPR (komponen BN) telah memainkan peranan yang cukup aktif membantu Taib agar dapat mengekalkan kuasanya. Taib merayu agar warga Sarawak terus memberi undi kepada beliau supaya lebih banyak lagi kekayaan akan dikaut oleh beliau, keluarga dan kroni-kroninya.

Bagi warga Sarawak, inilah masa terbaik untuk menghukum BN setelah sembilan penggal memerintah. Apa perubahan yang telah dilakukan oleh BN kepada rakyat Sarawak, melainkan jurang kehidupan semakin ketara. Para pemimpin BN telah menbina empayar masing-masing sedangkan rakyat Sarawak sendiri hidup seperti peminta sedekah di negeri sendiri. 

Setelah sembilan penggal di bawah BN, rakyat Sarawak patut mencuba kelaianan dengar menyingkir Taib dan koncu-koncunya. Saya pasti rakyat Sarawak akan terkejut bagaimana kayanya Taib dan keluarganya setelah menjadi KM Sarawak selama 30 tahun kerana perkara ini akan didedahkan oleh Pakatan jika berjaya memerintah. Ianya akan berlaku sekiranya Taib dapat disingkirkan tetapi jumlah kekayaan Taib tidak akan diketahui andainya rakyat Sarawak masih memberi mandat kepada beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular