Pakatan Rakyat dilihat berpeluang besar untuk menguasai lebih banyak
kerusi ekoran keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan tiga parti
komponen itu mendahului di beberapa pusat mengundi.
Pakatan Rakyat yang optimis apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
berkata jumlah keluar mengundi setakat ini “lebih tinggi daripada
biasa”, dipercayai mereka mampu untuk menggantikan kerajaan
negeri sedia ada.
Bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak Tan Sri George Chan
Hong Nam berkata jumlah keluar mengundi yang mengejutkan itu akan
mengekalkan penguasaan kerajaan BN.
Beliau menjelaskan jumlah pengundi yang keluar awal perkara biasa dan kebanyakannya adalah penyokong BN.
“Lebih dari 30 peratus sudah keluar mengundi. Ada kawasan yang
agak sukar kerana ia kebanyakan pengundi Cina. Tapi peratus mengundi
sekarang bagus.
“Ia sesuatu yang bagus bagi Parti Bersatu Rakyat Sarawak
(SUPP) kerana biasanya pengundi yang berumur akan mengundi pada waktu
pagi sementara yang muda pada tengahari. Ini petanda yang baik,”
katanya.
Chan, yang juga Presiden SUPP berkata, beliau akan mempertahankan
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau tapi berkata ia persaingan
yang sengit menentang calon DAP Ling Sie Kiong.
SPR pada tengah hari tadi berkata kira-kira 800 dari 1,749 pusat mengundi sudah ditutup.
Pada pukul 2 petang tadi, PKR dilaporkan mendapat keputusan yang
positif sekurang-kurang enam kerusi - Ba’Kelalan, Tebedu, Layar,
Krian, Kakus and Tamin.
Di Ba’ Kelalan, pertandingan yang sengit Pengerusi PKR Sarawak
dan disebut-sebut bakal ketua menteri - Baru Bian dilaporkan menang
dengan keputusan tipis mengatasi anak saudaranya dari Parti Demokratik
Progresif Sarawak (SPDB) Willie Liau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan