Kekalnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS tanpa bertanding bagi
tempoh 2011-2013 mencetuskan beberapa tafsiran menarik antaranya berkaitan isu
perpaduan dengan Umno.
Hakikat bahawa ahli parlimen Marang itu menang tanpa
dicabar untuk menerajui PAS bagi tempoh tiga tahun akan datang menunjukkan
kepimpinan beliau mendapat sokongan padu anggota akar umbi parti
itu.
Namun, menarik juga untuk ditafsirkan bahawa sokongan padu kepada
beliau, selain kerana gaya kepimpinan ulamanya, boleh jadi juga kerana anggota
parti akar umbi ini turut mendokong pandangan Abdul Hadi yang ada pihak melihat
sebagai cenderung kepada perpaduan dengan Umno.
Bolehkah dianggap bahawa
mesej perpaduan ini sudah semakin dekat di hati anggota akar umbi PAS
sebagaimana dekatnya mesej serupa di hati anggota dan pemimpin Umno, berlatar
belakangkan masa depan Melayu dan umat Islam serta kepentingan utama
negara?
Kecenderungan Abdul Hadi kepada perpaduan yang
disebutkannya pada Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Jun
2009 tentunya masih segar dalam ingatan penyokongnya ketika mengambil keputusan
menentukan beliau menang tanpa bertanding.
Apapun bentuk perpaduan yang
dimaksudkan oleh Abdul Hadi, sama ada berupa kerajaan perpaduan atau perpaduan
dalam erti kata memperbaiki pinggan yang retak supaya tidak sumbing apatah lagi
terbelah, bukanlah persoalannya kerana banyak anggota PAS dan anggota serta
pemimpin Umno juga melihatnya secara positif.
Berhenti berbalah
Malah Ketua Penerangan
Umno Datuk Ahmad Maslan sudah bersingsing lengan dengan tekad untuk membawa PAS
ke dalam BN demi perpaduan orang Melayu dan supaya orang Melayu berhenti
berbalah sesama sendiri.
Seorang anggota PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul
Hamid berkata perpaduan itu jika diusahakan bersungguh-sungguh oleh kedua-dua
pihak pasti boleh menjadi kenyataan kerana PAS sendiri pun pernah bersama Umno
dalam BN dan memang boleh bekerjasama.
"Bekerjasamalah, bentuklah
perpaduan yang boleh menjamin kepentingan bangsa tanpa meminggirkan kepentingan
bangsa lain. BN merupakan landasan perpaduan nasional yang sangat baik dan sudah
teruji," kata pula anggota Umno, Mohamed Yusuf, yang melihat sokongan kepada
Abdul Hadi itu sebagai sokongan kepada usaha perpaduan Melayu.
Dilihat daripada dalam parti pula, penganalisis politik Dr
Sivamurugan Pandian berkata keputusan parti mengkekalkan Abdul Hadi dianggap
sebagai keputusan sebulat suara dan ingin mengekalkan kepimpinan ulama menerajui
parti Islam itu.
"Saya juga melihat bahawa pengalaman Abdul Hadi antara
faktor beliau dikekalkan sebagai presiden parti walaupun sebelum ini kawasan
Bukit Bintang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa bagi merebut jawatan
itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menyentuh soal
pencalonan PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan Husam, pensyarah sains
politik Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata ia mungkin lebih bermotifkan
protes.
'Kumpulan Erdogan'
Katanya tentu ada
anggota PAS kawasan itu yang mahukan pucuk pimpinan yang baru dengan mencalonkan
seseorang daripada apa yang diistilah sebagai 'kumpulan Erdogan' mengambil alih
teraju parti.
"Saya percaya akar umbi tidak memilih kumpulan ini dan
percaya akar umbi mahukan Abdul Hadi supaya matlamat PAS yang sebenarnya itu
tidak terhakis selain untuk mengelakkan perpecahan dalaman PAS sendiri,"
katanya.
Penganalisis politik, Abdul Ghapa Harun pula berpendapat
pemilihan Abdul Hadi oleh akar umbi disebabkan kekurangan anggota parti yang
mempunyai ketokohan dan kematangan seperti presiden PAS itu.
"Kalau
tengok daripada segi kepimpinan, belum ada tokoh yang boleh mengambil lih
kedudukan presiden dan tidak ada pemimpin yang mampu menyatukan umpulan-kumpulan
dalam parti.
"Walau apapun tanggapan orang kepada Abdul Hadi, buat masa
ini, khidmat beliau masih ditagih anggota parti," kata Abdul Ghapa yang juga
pensyarah kanan usat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti
Kebangsaan Malaysia UKM).
Beliau berkata jika sekalipun Abdul Hadi
dicabar, lawannya itu mempunyai eluang tipis untuk menang kerana anggota PAS
masih beranggapan bahawa sebuah arti Islam perlu ada imej 'tok
guru'.
Katanya hala tuju PAS di bawah kepimpinan Abdul Hadi selepas ini
tidak akan anyak berubah dan tetap akan memfokuskan kepada perjuangan bersifat
agama.
- Bernama
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Tan Sri Robert Kuok terus mempertahankan kedudukkan sebagai rakyat Malaysia terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak US$ 12 bilion. T...
-
Memang aku cukup geram dengan blog Alhusseyn, bukan selalu tetapi kadang-kadang kalau tulisan dia tidak kena dengan selera aku. Memang kami ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki s...
-
(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah) TANAH MERAH : “Wang berkenaan adalah jaminan atau bukt...
-
KUALA LUMPUR: Syarikat Pengeluar Minyak milik negara Malaysia, Petronas menyerlahkan lagi kekesalannya, dan kali ini dinyatakan pada ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan