Translate

Isnin, 2 Mei 2011

Kesyahidan Osama: Satu Di Bunuh Seribu Akan Lahir.


Osama (kiri) bersama al-Zawahri ketika ditemubual akhbar Dawn dari Pakistan pada 10 November 2001

Amerika Syarikat (AS) percaya bahawa seorang anak lelaki Osama bin Laden, antara empat yang turut terbunuh dalam operasi di Islamabad yang meragut nyawa pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda itu.

Kesemua lima orang termasuk Osama maut dalam serangan di ibu negara Pakistan itu.

Tentera Pakistan kemudian mengepung kawasan rumah di mana Osama terbunuh, demikian menurut pegawai-pegawai pentadbiran Obama hari ini.

Laporan Reuters menyebut daripada empat yang turut terbunuh itu, seorang adalah wanita.

Daripada tiga lelaki dewasa, seorang merupakan anak Osama.

“Selain Osama bin Laden, tiga lelaki dewasa turut terbunuh dalam operasi ini,” kata seorang pegawai AS yang enggan namanya didedahkan.

Dua lelaki terbabit bertindak sebagai penghantar utusan dan yang ketiga pula merupakan anak lelaki Osama.

“Seorang wanita terbunuh apabila dia digunakan sebagai perisai oleh seorang lelaki penempur.

“Dua lagi wanita turut cedera,” kata pegawai itu.

Operasi mengepung Osama ini berlarutan kira-kira 40 minit. - Reuters

Doktor dan pakar bedah kelahiran Mesir Ayman al-Zawahri, orang kedua rangkaian Al-Qaeda dijangka akan menggantikan Osama bin Laden ekoran kematiannya dalam serangan pasukan Amerika Syarikat di Islamabad, Pakistan.
 
Ayman menjadi nadi bagi pergerakan Osama dan juga rangkaian Al-Qaeda dan seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika Syarikat dan sekutunya menerusi mesej-mesej video.

Dalam kenyataan terbaru yang dipantau SITE Intelligence Group bulan lalu, Ayman menggesa umat Islam menentang tentera Nato dan Amerika Syarikat ekoran serangan ke atas Libya yang masih berterusan.

Lahir dalam keluarga kelas atasan yang terdiri daripada sarjana dan doktor di Kaherah, Ayman yang kini berusia lewat 50 merupakan individu kedua selepas Osama diletakkan dalam senarai orang paling dikehendaki FBI.

Kedua-dua Osama dan Ayman membolosi tentera Amerika Syarikat yang menggulingkan kerajaan Taliban di Afghanistan pada akhir 2001 ekoran serangan 11 September.

Bagaimanapun Osama terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan tentera Amerika Syarikat semalam dan jenazahnya telah diperoleh, kata Presiden Barack Obama.

Bagaimanapun tiada sebarang butiran mengenai kedudukan Ayman.

Ayman, pemimpin yang berkaca mata dengan rambut kelabu, mendapat perhatian pada November 2008 apabila Obama yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat sebagai “house Negro”, istilah yang digunakan oleh pemimpin Amerika Muslim berkulit hitam pada 1960-an, Malcolm X untuk menggambarkan hamba kulit hitam yang setia kepada golongan berkulit putih.

Kemudian dalam kenyataan video pada September 2009, Ayman kembali menyerang Obama dengan menyifatkan kepimpinannya tidak jauh berbeza daripada George W. Bush.

Seperti Osama, Ayman dipercayai berlindung di kawasan sempadan Afghanistan-Pakistan.

Rakaman video kedua-dua mereka bersama disiarkan oleh stesen TV Al-Jazeera pada 10 September 2003.

Ia menunjukkan kedua-dua mereka berjalan di kawasan pergunungan dan melaungkan jihad dan memuji mereka yang melakukan serangan 11 September.

Penganalisis menggambarkan Ayman sebagai ketua pengurusan Al-Qaeda dan mentor rapat Osama.

“Ayman seperti otak dan badan bagi Osama,” kata peguam Montasser al-Zayat dari Kaherah yang pernah mewakili Ayman. - Reuters


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular