Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat
Che Ali masih membisu berhubung kehadiran beliau di Masjid Amru Al-As
di Sentul pada hari Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat.
Ketika
banyak pihak menagih penjelasan daripadanya - yang dianggap sesetengah
pihak menyokong tindakan tiga anggota Datuk T itu - Che Mat masih belum
mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.
Usaha Malaysiakini untuk
mendapat penjelasannya berhubung perkara itu dengan berkunjung ke
pejabatnya di ibu negara hari ini juga gagal apabila beliau tiada di
pejabat.
Seorang
pembantunya memberitahu bahawa bosnya itu menghadiri program di Bandar
Tun Razak sebelum terus berlepas ke Terengganu untuk program lain.
Malaysiakini difahamkan, kemungkinan Che Mat pulang daripada urusan luar pada Jumaat ini.
Usaha menghubunginya melalui SMS dan panggilan telefon juga setakat ini belum berjawab.
Pintu belakang mimbar
Bukan sahaja beliau, pegawai lain di JAWI juga kelihatan berat mulut untuk mengulas perkara itu.
Timbalan
Pengarah JAWI (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab ketika ditemui
Malaysiakini juga enggan mengulas dan meminta perkara itu dirujuk
kepada Che Mat sendiri.
Katanya,
beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana bidang tugasnya
didakwa khusus berkaitan dengan kewangan jabatam tersebut.
Dalam kekecohan Jumaat lalu, penyokong PKR yang ternampak kelibat Che Mat berdekatan mimbar naik angin dan mahukan penjelasan kenapa beliau berada di situ.
Che
Mat bagaimanapun kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar
apabila seorang penyokong PKR menghampirinya untuk menyerahkan buku
bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia
(Abim).
Kehadiran Che Mat juga dipertikan oleh Ketua
Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mengepalai bantahan menolak
sumpah laknat oleh Eskay dan menuntut hukuman qazaf dijalankan. MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki ...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Minta laluan ya............ bila berhujah mesti ada dalil ada nas ada fakta............ jangan pakai langgar je........... 31 tahun duduk da...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Ka’bah adalah kiblat seluruh kaum muslimin dunia yang menjadi simbol kesatuan mereka dibawah ikatan tauhid dan keimanan kepada Allah swt...
1 ulasan:
nak buat mcm mana,Hutang mengikat lidah dia..kan umat malaysia banyak hutang, mcm2 punya punya hutang dari pelbagai spesies2.RAKYAT MESIA BANYAK HUTANG..NE LAH YG UMNO NAK.!HUTANG ISI RUMAH MALAYSI TERKENAL 1WORLD OR 1BUMI...MAMPUILAH KITA tapi sebelum tu kena mampuikan UMNO dulu..kah3.
Catat Ulasan