Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat
Che Ali masih membisu berhubung kehadiran beliau di Masjid Amru Al-As
di Sentul pada hari Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat.
Ketika
banyak pihak menagih penjelasan daripadanya - yang dianggap sesetengah
pihak menyokong tindakan tiga anggota Datuk T itu - Che Mat masih belum
mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.
Usaha Malaysiakini untuk
mendapat penjelasannya berhubung perkara itu dengan berkunjung ke
pejabatnya di ibu negara hari ini juga gagal apabila beliau tiada di
pejabat.
Seorang
pembantunya memberitahu bahawa bosnya itu menghadiri program di Bandar
Tun Razak sebelum terus berlepas ke Terengganu untuk program lain.
Malaysiakini difahamkan, kemungkinan Che Mat pulang daripada urusan luar pada Jumaat ini.
Usaha menghubunginya melalui SMS dan panggilan telefon juga setakat ini belum berjawab.
Pintu belakang mimbar
Bukan sahaja beliau, pegawai lain di JAWI juga kelihatan berat mulut untuk mengulas perkara itu.
Timbalan
Pengarah JAWI (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab ketika ditemui
Malaysiakini juga enggan mengulas dan meminta perkara itu dirujuk
kepada Che Mat sendiri.
Katanya,
beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana bidang tugasnya
didakwa khusus berkaitan dengan kewangan jabatam tersebut.
Dalam kekecohan Jumaat lalu, penyokong PKR yang ternampak kelibat Che Mat berdekatan mimbar naik angin dan mahukan penjelasan kenapa beliau berada di situ.
Che
Mat bagaimanapun kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar
apabila seorang penyokong PKR menghampirinya untuk menyerahkan buku
bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia
(Abim).
Kehadiran Che Mat juga dipertikan oleh Ketua
Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mengepalai bantahan menolak
sumpah laknat oleh Eskay dan menuntut hukuman qazaf dijalankan. MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan aja...
-
Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian empat kepala babi hutan diletakkan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya pagi se...
-
SPRM (Skuad Penjaga Rosmah Mansor) Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan ...
-
Apabila pembunuh umat Islam diberi perhargaan oleh pemimpin umat Islam yang zalim. Adakah tidak cukup bantuan kewanga...
-
Sebanyak 5,000 tilam yang digunakan bagi penginapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan ...
-
Anggaran 400 orang telah ditahan termasuk dua orang sahabat saya iaitu Fakrul Razi dan Pahrol Rizal dikali dengan 200, bermakna yang mengh...
-
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila membuat kejutan dengan merayu komuniti Cina di negara ini agar mempercay...
-
Pejabat Sultan Kelantan menjelaskan doktor pakar peribadi Sultan Kelantan, Kolonel Dr Amir Ramli, tidak berhak mengeluarkan kenyataan atau a...
1 ulasan:
nak buat mcm mana,Hutang mengikat lidah dia..kan umat malaysia banyak hutang, mcm2 punya punya hutang dari pelbagai spesies2.RAKYAT MESIA BANYAK HUTANG..NE LAH YG UMNO NAK.!HUTANG ISI RUMAH MALAYSI TERKENAL 1WORLD OR 1BUMI...MAMPUILAH KITA tapi sebelum tu kena mampuikan UMNO dulu..kah3.
Catat Ulasan