Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menafikan beliau kecewa dengan
tumbangnya dua calon ulama dalam pemilihan timbalan presiden PAS hari
ini.
"Saya tak pernah kecewa. Itu pandangan saya. Kalau majoriti kata
perlu gandingan (ulama dan profesional) itu, itu percubaan yang cukup baik,"
katanya kepada pemberita.
Haron antara yang paling ke depan dan terbuka
meminta anggota PAS memilih golongan ulama untuk mengisi jawatan tertinggi dalam
parti itu.
Sementara itu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad pula menolak
dakwaan bahawa kumpulan pro-Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
menguasai parti itu.
"Tak betul, itu telahan media saja.... Media juga
yang kata pertandingan kali ini sengit. Bagi saya tak ada apa-apa pun,"
katanya.
Idris kalah dalam pertandingan enam perjuru untuk kerusi naib
presiden. Bagaimanapun beliau menerima kekalahan itu dengan lapang
dada.
"Saya banyak tugas lain lagi dalam PAS ini. Kita cuma mahu pahala
saja," katanya lagi. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan