Kontroversi: Khairy Perlu 'Cakap Benar' Tentang Mat Bangla Yang Di Jadikan 'Ahli Patriot' Semasa Berdemo Sebelum Persoal Isu Hospital Tung Shin
Terkadang, gelihati juga rasanya bila membaca komen Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (foto) di laman Twitternyaberhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.
Khairy antara lain berkata, terdapat keterangan dokumentasi yang menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam Hospital Tung Shin dan dia merasakan bahawa kerajaan mesti mengakuinya. "Saya fikir adalah lebih baik untuk bercakap benar ... mohon maaf dan siasat kejadian itu,"katanya.
Soalnya sekarang, jika benar pun apa yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta demontrasi itu maka Khairy sebagai Pemimpin Sayap Kanan parti yang mendokong kerajaan yang memerintah tidak wajar mengeluarkan kenyataan dan komen sedemikian rupa.
Bukankah ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pegawai polis dan termasuk juga Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tong Lai baru-baru ini. Semalam sekumpulan doktor telah menolak kenyataan Liow bahawa tiada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital terbabit ketika polis mengasak penyokong Bersih 2.0 Sabtu lepas.
Pembohongannya itu akhirnya memakan diri apabila pelbagai imej dan video di dalam internet menunjukkan gas pemedih mata telah ditembak ke kawasan hospital. Masalahnya sekarang, kenapa Khairy seolah-olah mula resah dengan pendedahan yang telah dibuat itu dan akhirnya menyalahkan kerajaan supaya bercakap benar dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Ini bermakna Khairy telah senada dengan pihak yang mempertikaikan kenyataan kerajaan sebelum ini. Apakah beliau kini sudah beralih arah?
Bukti, mesej yang ditulis oleh Khairy di laman Twitternya semalam
Bukti, inilah sebahagian dari "Mat Bangla" yang digunakan oleh Khairy
untuk bersama dalam demontrasi di Bukit Bintang baru-baru ini
Bukti jelas menunjukkan beberapa gambar dan imej yang menunjukkan "Mat Bangla" memakai baju Patriot dan khabarnya mereka juga mendapat habuan tertentu daripada Pemuda UMNO pimpinan Khairy. Justeru, Khairy perlu bercakap benar apakah beliau menggunakan "Mat Bangla" untuk sama-sama turun berdemo?. Ke mana perginya anak-anak muda UMNO yang sepatutnya berjuang bersama beliau pada hari tersebut. Bukankah Khairy juga telah menipu rakyat dalam usaha menunjukkan kononnya Patriot mendapat sokongan daripada ramai anak-anak muda].
Kredit: PahangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan