Translate

Selasa, 3 Januari 2012

Ikhwanul Muslimin Tak Iktiraf Israel.

DUA wanita berjalan berhampiran tulisan slogan pilihan raya bagi Parti Kebebasan dan Keadilan Ikhwanul Muslimin di timur laut Kaherah, semalam.
DUA wanita berjalan berhampiran tulisan slogan pilihan raya bagi Parti Kebebasan dan Keadilan Ikhwanul Muslimin di timur laut Kaherah, semalam.
Cadang bawa perjanjian damai Israel, Mesir kepada satu pungutan suara



KAHERAH: Ikhwanul Muslimin mengesahkan pihaknya tidak akan mengiktiraf Israel di bawah sebarang keadaan, tindakan untuk membatalkan perjanjian damai yang boleh mewakili peluang strategik bagi MB ketika mereka cuba mendapatkan pengiktirafan antarabangsa. Ikhwanul Muslimin yang menang besar dalam pilihan raya pertama bagi Parlimen Mesir, mengumumkan bahawa ia tidak akan mengiktiraf Israel dan bercadang untuk membawa perjanjian damai Israel, Mesir kepada satu pungutan suara.
“Kami tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa juga keadaan, kami bercakap mengenai perjanjian penjajahan dan musuh jenayah,” kata Timbalan Ketua Ikhwanul Muslimin Dr Rashad Bayoumi.
Penyokong Parti Keadilan dan Kebebasan Ikhwanul Muslimin Mesir menyertai satu perarakan dalam menyokong lawatan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, ke Kaherah pada 26 Disember lalu. 


“Tiada syarat terhadap pengiktirafan Israel. Ini bukan satu pilihan, tetapi apa juga keadaannya kami tidak akan mengiktiraf Israel langsung, Israel adalah musuh, penjajah dan satu entiti jenayah,” kata Bayoumi dilaporkan memberitahu akhbar Al-Hayat yang berpejabat di London. 


Kenyataan ini adalah bertentangan dengan laporan sebelumnya oleh diplomat Barat, yang menyatakan bahawa pemimpin pergerakan itu memberitahu mereka bahawa Ikhwan Muslimin tidak akan membahayakan hubungan Mesir dengan Israel. 


Namun, Bayoumi menolak sebarang kemungkinan bahawa beliau dan mana-mana ahli pergerakannya akan bersetuju untuk bertemu dengan Israel. Beliau berkata bahawa Ikhwanul Muslimin akan menangguhkan sebarang perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh Mesir ketika tempoh ‘sementara’ itu, tetapi menambah bahawa sebaik saja kerajaan baru dilantik, perjanjian damai dengan Israel tidak akan diteruskan semula dan penduduk diminta memutuskannya. 


“Ikhwanul Muslimin dipanggil untuk menghormati perjanjian antarabangsa tetapi kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perjanjian damai dengan entiti Zionis. Ia adalah hak bagi mana-mana parti untuk mempertimbangkan semula perjanjian itu dan penduduk Mesir tidak akan meluahkan pandangan mereka mengenainya. Kami tidak pernah meluluskan keamanan dan kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini,” katanya. – Agensi 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular