Translate

Isnin, 9 Julai 2012

Airmata Rakyat Kelantan: Antara Lebuhraya Rakyat Dengan Jambatan Sultan Yahya Petra.


Apabila kerajaan Kelantan yang diwakili oleh PAS mengumumkan akan membina Lebuh raya Rakyat sepanjang 73 kilometer dengan belanja sebanyak RM1.8 bilion dari Kuala Krai ke Kota Bahru, berbagai cemuhan dan perhinaan dilakukan oleh kerajaan pusat dibawah pemerintahan Umno. Para media pencacai dan pemimpin Umno/BN mula mencanangkan keseluruh negara yang projek itu hanyalah gimik politik PAS untuk meraih simpati rakyat Kelantan.

Projek Lebuh raya Kuala Krai ke Kota Bahru sebenarnya bukanlah janji PAS tetapi ia adalah janji kerajaan pusat pada Rancangan Malaysia (RMK) ke 5 lagi dan ia terus dijanjikan lagi pada Rancangan Malaysia (RMK) ke 9 semasa pentadbiran Pak Lah demi meraih undi rakyat Kelantan. Tidakkah ia menunjukkan yang projek bernilai RM 1.8 bilion ini adalah gimik politik Umno dan ianya bukan dari PAS.

Apatah lagi dengan rayuan kerajaan Kelantan yang diterajui oleh TG Nik Aziz agar rakyat Kelantan sama-sama untuk membantu pembinaanya dengan menyumbang apa sahaja yang termampu oleh mereka kerana itulah ia dinamakan Lebuh raya Rakyat yang tidak akan dikenakan tol. Kesungguhan kerajaan Kelantan dalam menjayakan projek ini benar-benar menyakitkan hati para pemimpin Umno Kelantan yang dianggap sebagai pengkhianatan kepada rakyat Kelantan sendiri kerana beberapa menteri kabinet Malaysia datangnya dari Kelantan.

Dalam isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Kelantan telah dinafikan malah menteri-menteri dari Umno Kelantan sendiri menentang pemberian royalti kepada rakyat Kelantan walau pun ia mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari Sultan Muhammad V. Setiap titik air mata rakyat Kelantan yang dizalimi oleh pemimpin Umno Kelantan pasti akan mendapat pembelaan di akhirat nanti. 
Najib dan datuknya yang berjasa besar dalam penubuhan pusat perjudian Genting

Sepertimana yang dihadapi oleh kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2000, royalti minyak sebanyak 5% dari hasil yang dikeluarkan dari bumi Terengganu telah disekat dan digantikan dengan 'Wang Ehsan' yang mana wang royalti itu disalurkan kepada setiap ketua-ketua bahagian Umno. Jadilah mereka sebagai penyamun tarbus yang membahagikan kekayaan itu sesama mereka.

Apakah Umno lupa tentang sejarah bagaimana Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri merasa terkejut dengan kekalahan Umno/Perikatan di Terengganu pada pilihan raya 1959 dan Kelantan selepas itu. Kerana terlalu marah dan sedih dengan kekalahan Umno, beliau menyifatkan rakyat Kelantan dan Terengganu sebagai manusia yang tidak mengenang budi kepada kerajaan Perikatan yang kononnya telah banyak membuat jasa kepada rakyat di kedua-dua buah negeri itu. Sebagaimana anaknya Najib yang penuh celupar mengelarkan peneroka yang tidak bersetuju dengannya sebagai 'Haramjadah'. Maka samalah perangai bapak dengan anak yang menjadi boneka kepada penjajah haramjadah.

Ekoran kekalahan Umno dan Perikatan di Kelantan itu beberapa projek raksasa untuk negeri itu telah dibatalkan secara mengejut. Antaranya projek pembinaan jambatan yang menyeberangi Sungai Kelantan dari Seberang Pasir Mas, Salor ke Pasir Mas. Tetapi jambatan yang menghubungkan Kampung Sirih dan Pekan Pasir (Kota Bahru-Pasir Mas/Tumpat) berjaya dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan pada awal tahun 60an.

Jambatan yang mendekatkan penduduk sekitar Pasir Pekan, Tumpat dan Kutan dengan Kota Bahru ini diberi nama Jambatan Sultan Yahya Petra. Sebelum pembinaan jambatan itu siap ramai di kalangan pemimpin Umno Kelantan mempersendakan keinginan dan keazaman Kerajaan PAS Kelantan untuk membina jambatan yang menghubungkan Kampung Sirih (Kota Bahru) dan Pasir Pekan (Tumpat/Pasir Mas) itu.


Antara jasa bapak Najib Haramjadah

Ada cerita yang mengatakan bahawa beberapa orang pemimpin Umno termasuk Wanita Umno bernazar akan 'bertelanjang dan berbogel' di atas jambatan itu kalau Kerajaan PAS mampu menyiapkannya. Soalnya sekarang, adakah mereka (mungkin dah meninggal) telah menunaikan nazar mereka atau belum. Ini semuanya menunjukkan sikap bongkak dan takbur serta tidak sanggup dan tidak bersedia menerima kekalahan yang semua hal. Mungkin dalam isu Lebuh raya Rakyat pun ada pemimpin Umno bernazar yang projek akan gagal dan mungkin Rosmah pun bernazar akan berlari telanjang sejauh 73 kilometer jika ianya berjaya disiapkan.

Mungkin bernazar adalah salah satu sikap pemimpin Umno Kelantan baik kaum jantan mahu pun kaum betinanya. Sebagaimana pemimpin kanan Umno Kelantan (HS) yang bernazar akan bersunat sekali lagi jika PAS berjaya mengambil alih tampak pemerintahan Kelantan yang ketika itu Mat Yaakob menjadi MB pada pilihan raya 1990. Tiada siapa tahu perencanaan Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa, pada pilihan raya 1990 PAS menang besar meninggalkan Umno/BN dengan berbekalkan 2 batu nisan. 

Demi keangkuhan yang ada pada para pemimpin Umno, mereka sanggup mengenepikan segala 'Qadha Qadar' Allah s.w.t.. Mereka merasakan yang mereka akan terus memerintah dulu kini dan selama-lamanya tanpa memikirkan doa-doa rakyat marhaen yang mereka zalimi. Mereka mengambil sabda Rasulullah s.a.w. dengan 'Bekerjalah kamu (mengumpul harta) seumpama mereka akan hidup seribu tahun lagi tetapi mereka meninggalkan satu lagi pesanan Rasulullah s.a.w. 'Beribadatlah seumpama kamu akan mati esok harinya'.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular