22 Mac 2004 , tarikh keramat tidak mungkin dilupai segenap rakyat
Palestin. Subuh itu, suasana hening diiringi suara Azan di bandar Gaza.
Hamba ALLAH SWT yang datang berduyun-duyun untuk menunaikan solat juga
tidak ada bezanya.
Tetapi sejurus berakhirnya solat Subuh... bandar Gaza tiba-tiba
dikejutkan deruman helikopter. Sheikh Ahmed Yassin yang muncul dari
masjid ditembak dengan tiga bedilan roket dari helikopter Apache tentera
Israel.
Bandar Gaza bergegar kerana sebutir peluru berpandu meluncur tepat ke
arah pemimpin agung Hamas (Al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyah) yang
dicintai seluruh rakyat Palestin itu. Beliau syahid!
Suasana menjadi kelam kabut. Orang lari bertempiran. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Impian Sheikh Ahmed syahid tercapai. Jasadnya hancur bersama kerusi
roda yang setia menemaninya sekian lama. Hampir seluruh tubuh hancur
kecuali kepalanya.
Tindakan Israel itu amat kejam kerana pemimpin Palestin itu hanya
seorang tua yang lumpuh lagi lemah. Pergerakannya hanya menggunakan
kerusi roda selain mengalami pelbagai lagi keuzuran.
Namun, buat Israel, beliau dilihat sebagai ancaman kepada rejim Zionis
itu dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun. Asap tebal memenuhi
ruang angkasa Gaza.
Syeikh Ahmed dengan tenang menjawab, “Biarkanlah. Aku juga sedang menunggu.”
Hari itu gugurlah seorang pejuang yang mengorbankan seluruh hidupnya
untuk Islam. Seorang pejuang yang tidak membuatkan jihad itu terhenti
walau sesaat. Jihad hingga ke titisan darah terakhir yang membuatkan
rejim Zionis tidak senang duduk.
Peribadi mulia
Beliau terkenal sebagai peribadi yang mencintai dan menyayangi sesama
muslim. Baginya hati yang bersih asas kepada penerusan perjuangan yang
tulen. Berbekalkan sifat itu beliau disayangi anak muda Palestin.
Bagi Sheikh Ahmed, seluruh kehidupannya adalah untuk pembebasan bumi
Palestin. Beliau berdakwah dan menyampaikan kuliah pengajian, sekali gus
menyedarkan anak muda Palestin untuk bangkit menentang kekejaman rejim
Zionis yang merampas tanah air mereka secara zalim.
Dengan berteraskan tarbiah (didikan) imaniyah beliau melahirkan pemuda
Islam yang layak untuk memikul tugas sebagai seorang mujahid. Beliaulah
ikon mukmin yang telah menyemarakkan semangat mereka untuk melakukan
penentangan terhadap Israel terkutuk itu secara bersemuka.
Hidup mereka tiada ketakutan terhadap manusia atau sesiapa sahaja
kerana mereka adalah generasi yang berimejkan takut hanya kepada ALLAH
SWT. Dalam keadaan lumpuh dan berkerusi roda, ia tidak menghalang
dirinya untuk bergerak.
Beliau juga bersifat zuhud dan rumah didiami amat daif. Antara
kata-katanya, "Aku lebih memilih untuk memiliki rumah mewah di Syurga.”
Sheikh Ahmad Yassin menerima ujian semenjak awal kehidupannya, apabila
keluarganya diusir dari kampung halaman mereka di Kufr Yunus ke Gaza
pada 1948. Di Gaza, beliau melibatkan diri dengan perjuangan pembebasan
Palestin.
Ketika beliau sedang menuntut di Mesir, beliau ditangkap dan dibuang
dari universitinya kerana penglibatannya dengan gerakan Ikhwanul
Muslimin di Mesir. Itu semua tidak menjadi alasan buatnya untuk
meninggalkan gerakan jihad dan dakwah demi membebaskan bumi Palestin
yang dijajah oleh rejim Zionis.
Di Gaza pula, dari dulu sehinggalah zaman Intifadah 1987, beliau sering keluar masuk penjara kerana usaha jihadnya.
Lebih menyedihkan, keadaan lumpuhnya menjadi semakin parah ketika
beliau berada di dalam penjara. Kesihatannya semakin teruk hingga
menyebabkan mata sebelahnya buta dan telinganya kirinya hampir pekak.
Zionis dikutuk suara antarabangsa kerana bodoh sanggup berlawan dan
menggadai jutaan wang dan maruah hanya ingin membunuh pejuang Hamas yang
tua dan lumpuh, yang hanya duduk di atas kerusi roda.
Rejim itu sebenarnya dayus dan amat hina di sisi mata masyakat dunia
kerana sanggup membunuh jutaan nyawa yang tidak bersalah, kanak-kanak
dan wanita. Rumah, sekolah dan hospital dibedil.
Di saat ini, berapa banyakkah nyawa terkorban dan tangisan anak kecil
yang kehilangan ibu dan ayah angkara Zionis Israel? Ayuh bangunlah!
Berjihadlah untuk pembebasan rakyat Palestin.Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan