Sekarang ini isu kesanggupan Haji Hadi untuk bertanding di parlimen Pekan mendapat tempat dimedia massa. Berbagai ulasan diberikan tentang perkara ini dan seperti biasa bagi pihak Umno/Bn ia sebagai 'Gimik Politik' pihak pembangkang dengan alasan parlimen Pekan adalah kubu kuat Umno. Apatah lagi penyandangnya ialah Haji Najib, Perdana Menteri Malaysia dan beliau juga anak kepada bekas Perdana Menteri ke 2.
Apakah mereka lupa yang Haji Najib sudah dikalahkan calon PAS pada 1999 sebelum beliau diselamatkan oleh SPR dengan majoriti tipis tidak sampai 300 undi. Walau pun ketika itu Haji Najib belum menjadi Perdana Menteri, tetapi beliau adalah salah seorang naib presiden Umno. Mungkin juga mereka lupa yang calon PAS tidak seperti calon Umno kerana calon PAS tidak semestinya anak tempatan dan mereka berani bertanding dimana-mana tempat pun jika parti mengarahkan.
Jika benar populariti Haji Najib cukup tinggi sekarang ini, kenapa beliau tidak berani bertanding di Permatang Pauh. Haji Najib akan dianggap betul-betul anak jantan andainya beliau sanggup berhadapan dengan Haji Anwar dan secara tidak langsung beliau boleh menguburkan cita-cita Ketua Pembangkang untuk ke Putrajaya.
Seperti biasa, Haji Najib bukannya seorang politikus yang licik kerana dari dulu sampai sekarang beliau hanya bergantung kepada nama besar bapanya. Apatah lagi sekarang ini kita melihat tiada dalam sejarah Umno begitu takut untuk menghadapi PRU. Jika dulu PRU disambut seperti hari kebesaran kerana pemikiran kaum tua yang masih dijajah pemikiran mereka berbeza dengan kaum muda hinggakan jika pokok kelapa pun dijadikan calon BN, BN tetap akan menang dengan penuh bergaya.
Jika Umno/BN ingin menyelamatkan pemerintahan mereka, Haji Najib mesti bertanding melawan Haji Anwar di Permatang Pauh. Ada berani ker.......
2 ulasan:
sepatutnya anwarla yg mula2 cabar najib di pekan..sbb dia sgt2 nak jd perdana menteri..tapi alih2 tok guru presiden juga yg hebat berani..itulah bru gaya perdana menteri..lawan musuh paling besar...ada akaikan..anwar tukrla dgn tok guru pi lawan najib ada beranike wat statement...
dah cantik dah najib lawan anwar-rafizi lawan nadzri-Nurul lawan mashitah azizah lawan rosmahn HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
Catat Ulasan