SEMUANYA bermula dari si bangsat SPR yang celaka dan penipu. Jika SPR
beramanah dan tahu takut kepada Allah, negara kita sekarang akan
dipimpin oleh pemimpin yang adil, amanah dan takut kepada Allah.
Malangnya, hasil-hasil kerja si SPR, terutamanya Pengerusinya yang
celaka dan laknat itu, maka kita lihat di hadapan kita si zalim terus
menggunakan kukunya.
Bukan salah SPR semata-mata, mereka yang telah rela mengundi kerajaan
yang sekarang ini sedang menzalimi rakyat tidak kira tua dan muda, OKU
mahu pun ibu tunggal, kamu juga bersubahat dengan rejim yang zalim
sekarang. Tiada ubahnya kamu dengan mereka, dengan SPR yang celaka itu,
kamu pengundi serupa sahaja cuma bezanya kamu bodoh dan mereka cerdik.
Mereka cerdik dapat habuan hasil dari kebodohan kamu yang memangkah.
Ya, ini keputusan mahkamah. Tiada kaitan dengan politik? Apakah kamu
fikir jika PR perintah kita akan memiliki mahkamah atau Tuan Hakim yang
sama seperti sekarang? Apalah gunanya menjadi kerajaan jika tidak dapat
merangka undang-undang yang adil. Sebab itu politik besar kaitannya
dengan sistem kehakiman. Jika PR yang menjadi kerajaan sekarang, adakah
kamu fikir si pembunuh Altantuya akan terlepas seperti sekarang?
Bahkan, binatang berupa manusia yang mengarahkan Altantuya itu dibunuh
akan turut dihukum. Malangnya, ada di antara kita yang tidak mahu
melihat keadilan berlaku.
Mereka tidak suka kepada keadilan dilaksanakan di negara ini. Mereka
hanya nampak fulus BRIM yang akan dibawa hingga mampus. Mereka tidak
peduli harga barang-barang naik, harga minyak naik, berhutang PTPTPN dan
berbagai lagi tidak termasuk cukai GST yang akan memburu mereka.
Itulah masyarakat kita terutamanya kaum Melayu. Justeru itulah, SPR
berani mempersendakan demokrasi di negara ini kerana rakyat kita masih
ramai yang bengap./WFauzdin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan