Translate

Isnin, 30 Disember 2013

Bantu Kepada Yang Sudi

Assalamualaikum dan salam sejahtera  buat semua pembaca.

Nama saya Kassin bin Matshah dan saya tinggal di Pekan Tambun, Ipoh, Perak. Saya adalah rakyat Malaysia yang sudah sekeluarga di mana  anak-anak akan memulakan persekolahan di tahun pada tahun hadapan (2014). Saya hanya bekerja kampung dengan berpendapatan cukup-cukup makan sahaja dan tidaklah sampai ke tahap yang boleh ditakrifkan sebagai fakir miskin.

Saya tidak berpendidikan tinggi kerana saya sekadar mampu melanjutkan pelajaran hingga ke Darjah 6 sahaja. Saya tidak pernah mendapat bantuan daripada pihak kerajaan walau pun saya boleh diketegorikan sebagai layak. Saya ada juga meminta bantuan BR1M tetapi tidak pernah dipanggil hatta untuk temuduga sekali pun. Saya cuba mendapat bantuan daripada baitumal tetapi tidak pernah dilayan dan begitu juga dengan usaha saya untuk mendapatkan pinjaman TEKUN untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan pun tidak pernah dilayan kerana masalah birokrasi.

Rumah yang kami sewa pernah disita kerana tidak mampu membayar perkhidmatan tetapi dengan pertolongan seorang hamba Allah, ianya dapat di selesaikan. Dengan pendapatan yang tidak seberapa ini, kami sekeluarga benar-benar terasa kesannya disebabkan kenaikan demi kenaikan yang sedang kami hadapi sebagai rakyat marhaen. Jika keadaan saya yang serba serbi kekurangan ini, apa pula nasib rakyat yang lebih miskin daripada saya.

Ada kala saya sudah naik malu kepada jiran tetangga yang banyak membantu kerana pendapatan kami tidak dapat menampung keperluan kami seharian. Walau pun mereka faham akan keadaan kami dan mereka sentiasa membantu sehinggakan saya sendiri sudah merasa amat malu. Kepada siapa lagi tempat untuk kami mengadu apabila perkara diadukan kepada pemimpin setempat, mereka hanya memandang sebelah mata sahaja. Yang pasti hanya kepada Allah S.W.T sahaja tempat saya bermunajat dan kami tetap redha apa yang telah tersurat yang tersirat.

Untuk keperluan persekolahan anak kami, masih ada hamba Allah yang datang membantu membayar segala yuran, pakaian dan buku-buku untuk anak kami. Seingat saya di zaman persekolahan saya tidak sampai RM 40 sahaja tetapi sekarang RM 400 pun masih belum mencukupi untuk menyekolahkan seorang anak. Hingga sekarang pun saya masih tidak memiliki talipon yang bagi saya adalah barang mewah. 

Kisah ini pun ditulis oleh seorang kawan yang bersimpati dan beliaulah yang banyak membantu saya dari segi kewangan sehinggakan saya nak jumpa beliau pun saya naik malu dan kisah ini pun atas desakan beliau agar dapat saya meluahkan isi hati saya. Bagi saya, jika saya tika ini susah dan saya pasti ada lagi yang lebih susah berkali-kali ganda dari kesusahan saya. Katanya beliau akan cuba mengutip derma melalui rakan-rakannya dan kepada sesiapa sahaja yang bersimpati dengan hidup saya. Inilah serba ringkas yang dapat saya luahkan dengan bantuan beliau menyusun ayat-ayat yang tertera ini.
_________________________________________________________________________________

Kepada sesiapa sahaja yang sudi membantu untuk meringankan beban hidup En Kassin bolehlah menghulurkan terus bantuan itu melalui akaun beliau di Maybank Islamik .. 5491 8610 0365 3003..  Ingatlah wahai saudara-saudara ku, setiap sedekah yang kamu hulurkan, Allah S.W.T telah berjanji akan membalasnya dengan 10 ganjaran. Semoga kita dapat membantu beliau sekadar kemampuan kerana ia bukan dikira banyak atau sedikit tetapi mestilah dengan penuh keikhlasan. Dan untuk makluman, beliau tidak memiliki talipon.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular