Translate

Selasa, 31 Disember 2013

Betulkah Rakyat Malaysia Bodoh....!!!!!!


Nazri kata rakyat bodoh dan Shabery pula kata rakyat hanya membuang masa dalam isu perhimpunan Turun. Sungguh celupar mulut dua menteri yang mengaku bijak ni dan kerana itulah kawasan yang mereka wakili tak maju-maju sampai sekarang. Umum mengetahui di mana Umno kuat di situlah paling ramai orang Melayu hidup dalam kemiskinan kerana senang untuk mereka mengula-gulakan rakyat setiap kali diadakan pilihan raya.

  • Bodohkah rakyat apabila mereka menentang kenaikan harga minyak.
  • Bodohkah rakyat apabila mereka menentang kenaikan harga gula.
  • Bodohkah rakyat apabila mereka menentang kenaikan harga ayam.
  • Bodohkah rakyat apabila mereka menentang kenaikan tarif elektrik.
  • Bodohkah rakyat apabila mereka menentang kenaikan kos sara hidup.
Adakah speaker parlimen akan membenarkan isu-isu tergempar yang dibawa oleh ahli parlimen pembangkang walau pun ia melibatkan kepentingan rakyat dan dalam sejarah negara berapa kali usul yang di ketengahkan telah diberi laluan oleh speaker. Adakah Shabery buta atau sengaja memekakkan telinga dengan saranan beliau agar isu-isu ini dibawa ke parlimen dan bukannya dibawa melalui jalanan. Sedar atau tidak, jika rakyat diberi pilihan mereka memang tidak mahu menyuarakan tentangan mereka melalui demontrasi kerana ia memang memenatkan dan membuang masa sahaja tetapi apa pilihan yang rakyat ada jika melalui parlimen pun mereka secara sinis menolaknya.
  • Cerdikkah rakyat apabila mereka berbangga dengan cara pemimpin berbelanja.
  • Cerdikkah rakyat apabila isteri pemimpin berbelanja menggunakan wang rakyat.
  • Cerdikkah rakyat apabila kerja-kerja menteri diambil alih oleh Rosmah.
  • Cerdikkah rakyat apabila menanggung kos hotel berpuluh-puluh ribu sehari setiap kali Rosmah ke luar negara.
  • Cerdikkah rakyat apabila Rosmah menggunakan jet milik kerajaan untuk keluar negara.
  • Cerdikkah rakyat apabila mereka terpaksa menanggung kos kediaman PM/TPM RM540,000 sebulan.
  • Cerdikkah rakyat apabila mereka terpaksa menanggung kos baik pulih kediaman PM/TPM RM60,000 sebulan.
  • Cerdikkah rakyat apabila mereka terpaksa membayar bil air PM/TPM 32,760 sebulan.
  • Cerdikkah rakyat apabila mereka terpaksa menanggung bil elektrik PM/TPM RM171,120 sebulan.
Jika yang menentang akan kenaikan kos sara hidup dikatakan bodoh dan yang menyokong dikatakan cerdik, maka anda nilai sendirilah akan cara anda berfikir. Adakah Najib akan mengumumkan 11 perkara yang berkaitan pembelanjaan para pegawai tinggi kerajaan jika rakyat tidak menggasak?. Atau mungkin Najib baru tersedar dari tidur akan kekeringan dana dalam pembendaharaan. Mungkin juga Najib mula menunjuk-menunjuk kepada rakyat akan prihatin beliau terhadap kesulitan yang rakyat alami.

Cukup dan hentikan segala sandiwara yang dihidangkan setiap hari kepada rakyat kerana zaman ini adalah zaman maklumat di hujung jari. Mungkin bagi Nazri yang cukup terkenal akan sikap pengampunya dan talam dua mukanya sejak zaman Mahathir lagi. Bagi beliau siapa yang menjadi Perdana Menteri maka pemimpin itulah yang akan dikipasnya walau pun terpaksa berperang dengan mantan PM (yang memberi jawatan kepadanya) tetapi demi menjaga periuk nasi dan kes-kes yang melibatkan keluarganya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya rakyat tidak bodoh ttp diperbodohkan oleh pemimpin..yg 47% tu je yg bodoh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular