Percayalah bahawa sabda Rasulullah s.a.w. tentang runtuhnya Kaabah sudah mula berlaku dihadapan mata kita dimana ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin ramai berbangga dengan pembangunan yang dilakukan disekitar Kota Mekah. Pemerintah Bani Saud membina bangunan bertingkat dipinggir Kaabah dengan alasan untuk memudahkan umat Islam thawaf sebenarnya telah menjauhkan umat Islam dari mendekati Kaabah. Mereka melakukannya sikit demi sedikit tanpa disedari dimana akhirnya umat Islam langsung tidak dibenarkan menyentuh Kaabah dan ia bertetapan dengan sanda Rasulullah s.a.w. agar umat Islam perbanyakkan thawaf di Baitullah sebelum kita dihalang melakukannya. Seperti petikan artikel dibawah ini....
Banyak riwayat yang menguatkan tentang akan runtuhnya Kaabah di akhir
zaman. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu bahawa Rasulullah
shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Kaabah akan diruntuhkan oleh
seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah”.
Diriwayatkan
dari Ali bin Abi Talib ra, bahawa Rasulullah shallallahu'alaihi wa
sallam bersabda: "Perbanyaklah melakukan thawaf di Baitullah semampu
kalian sebelum kalian dihalangi untuk melakukannya, seolah-olah aku
melihatnya sedang melakukan hal tersebut. Tanda-tandanya: berkepala dan
bertelinga kecil, dia menghancurkan Kaabah dengan beliungnya”.
Diriwayatkan
dari Ibnu Abbas radhiallahu'anhu bahawa Rasulullah shallallahu'alaihi
wa sallam bersabda, "Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya
bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu”.
Diriwayatkan
daripada Sa'id bin Sam'an ra, bahawa dia mendengar Abu Hurairah
radhiallahu'anhu bercerita kepada Abu Qatadah ra, bahawa sesungguhnya
Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Seorang lelaki (Imam
Mahdi) akan dibai'at di antara sudut (tempat Hajar Aswad) dan Maqam
Ibrahim dan Kaabah tidak akan dirosakkan kehormatannya melainkan oleh
orang Arab sendiri, dan bila mereka telah merosakkan kehormatan Kaabah,
maka itulah saatnya kehancuran bangsa Arab, kemudian datang orang-orang
Habasyah meruntuhkan Kaabah yang selepas itu tidak pernah dibina kembali
selama-lamanya dan merekalah yang menggali harta yang terpendam di
dalamnya".
Hadis di atas tidak bertentangan dengan hadis yang
diriwayatkan oleh Aisyah ra, bahawa Nabi shallallahu'alaihi wa sallam
bersabda: "Sebuah pasukan hendak menyerang Kaabah, hingga ketika mereka
berada di sebuah padang pasir, semua pasukan ditenggelamkan Allah
Subhanahu wa Ta'ala ke dalam bumi".
Ibnu Hajar dalam bukunya
"Fath al-Bari" dalam bab: runtuhnya Kaabah, berkata: "Hadis-hadis di
atas menjelaskan akan berlakunya serangan terhadap Kaabah. Penyerang
pertama dimusnahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebelum mereka sampai
ke Kaabah dan penyerangan kedua dibiarkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala, sepertinya penyerang yang dimusnahkan berlaku lebih awal."
Dan
jangan sampai timbul pertanyaan: Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala
telah menggagalkan serangan tentera bergajah terhadap Kaabah padahal
saat itu Kaabah belum menjadi kiblatnya umat Islam, maka mana mungkin
Allah Subhanahu wa Ta'ala membiarkan bangsa Habasyah memusnahkan setelah
Kaabah menjadi kiblatnya umat Islam?
Soalan ini tidak akan
muncul andai dijelaskan bahawa peristiwa runtuhnya Kaabah akan berlaku
nanti di akhir zaman menjelang kiamat. Di waktu itu tidak ada seorang
pun di permukaan bumi yang mengucapkan, "Allah! Allah", seperti yang
disebutkan dalam sahih Muslim: "Kiamat tidak akan terjadi hingga tidak
ada lagi orang yang mengucapkan, "Allah ! Allah." [ Sumber: Sejarah Kota
Mekah oleh Syaikh Syaifurrahman Mubarakfury]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan