Translate

Memaparkan catatan dengan label Yahudi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yahudi. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Oktober 2011

Malaysia Menghina Perjuangan Rakyat Palestin.


Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.


Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.


"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.

"Jadi kementerian luar negeri, kementerian dalam negeri harus beri kenyataan kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.



"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz lagi yang turut menuntut penjelasan  Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung dakwaan tersebut.

Bekas juara muay thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Difahamkan, rakaman program pada Jun itu baru saja dikeudarakan oleh stesen TV berkenaan baru-baru ini.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.

Jumaat, 19 Mac 2010

Umno-BN Mahu Gantung Anwar Dedah Kaitan Najib Dengan Yahudi- Zionis

Rancangan jahat Umno dan Barisan Nasional untuk menyekat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus menyelongkar dan membongkar segala penyelewengan dan kezaliman mereka tidak akan melunturkan semangat untuk terus bangkit dan membenamkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
Berikutan pendedahan Anwar semalam di dalam Parlimen berhubung hubungkait rapat antara konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan gagasan 1Israel, kedua-duanya diilhamkan oleh syarikat perunding imej dan komunikasi Yahudi-Zionis, APCO Worldwide, Umno-BN kini mahu mengheret Ketua Pembangkang itu ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata hari ini Kabinet akan bermesyuarat esok dan beliau akan membangkitkan isu kerana menganggap tindakan Anwar itu "keterlaluan".
"Jawatankuasa khas itu kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan perlu diambil ke atas ketua pembangkang kerana meluahkan kenyataan palsu di dalam Dewan, khusus berhubung perkara yang tidak benar mengenai PM,” kata Nazri.
Tambah Nazri sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau akan digantung daripada sidang Parlimen.
Mengulas perkembangan ini Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata Anwar bukan sahaja telah mendedahkan 1Malaysia sebagai ilham APCO yang juga telah memperkenalkan 1Israel kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak pada 1999, malah beliau juga telah membongkar banyak isu lain di Parlimen termasuk isu pembunuhan Altantuya, rasuah RM540 juta kalap selam Scorpene, rasuah RM400 juta jet pejuang Sukhoi serta skandal rasuah PKFZ.
"Kenapa nak seret Datuk Seri Anwar hanya berhubung isu APCO sahaja. Beliau hanya menimbulkan persoalan kenapa Najib mengambil APCO sebagai konsultan jika sudah mengetahui latarbelakang syarikat itu yang ada kaitan dengan Zionis Israel. Saya cabar seret beliau juga atas dakwaan mengenai Altantuya, Scoprpene, Sukhoi, PKFZ dan lain-lain kebobrokan Umno dan BN. Saya nak tengok mereka berani atau tidak," kata Johari ketika dihubungi Suara Keadilan.
Johari berkata beliau telah mendapat jawapan bertulis daripada Parlimen bahawa kerajaan tidak menolak mereka mengambil khidmat APCO bagi tujuan memperbaiki komunikasi dan imej kerajaan.
"Ini bermakna kerajaan mengaku mengambil khidmat APCO. Dengan pengakuan ini kerajaan juga mengaku mengupah sebuah syarikat yang ramai lembaga pengarah dan panel penasihatnya  adalah dari negara Zionis Israel itu. Ini juga bermakna Umno-BN bersekongkol dengan sebuah syarikat yang telah menindas dan membunuh puluhan ribu rakyat Palestin serta merampas tanah Palestin dan Baitul Muqaddis.
"Pendedahan Anwar itu telah membuat Najub melenting kerana sekarang rakyat sudah tahu tembelang dan penipuan Umno-BN selama ini yang mendabik dada sebagai jaguh Islam tetapi tidur sebantal dengan Yahudi-Zionis," tegas beliau lagi.
Beliau menambah Umno-BN mahu menyeret Anwar ke jawatankuasa Parlimen itu supaya Ketua Pembangkang itu tidak mampu lagi membuat banyak lagi pendedahan mengenai penyelewengan Umno-BN selama lebih 50 tahun di Parlimen.
"Sudah terlambat bagi mereka. Mereka boleh buat apa sahaja sekarang dengan sedikit kuasa yang ada pada tangan mereka tetapi rakyat sudah membuat keputusan.
"Mereka boleh beli 10-15 Ahli Parlimen sekalipun dan menggunakan institusi negara untuk terus berkuasa tetapi mereka tidak mampu menyekat kebangkitan rakyat yang kini kita boleh rasakan menyemarak diseluruh negara.
"Rakyat sudah muktamad dalam keputusan mereka apabila Najib sabitkan Anwar dengan Konspirasi II terhadap beliau. Rakyat menunggu dengan penuh kesabaran untuk menumbangkan Umno-BN untuk selama-lamanya," kata Johari lagi. 
Bekas Ahli Parlimen Kemaman Abdul Rahman Yusof berkata adalah tidak wajar kerajaan meletakkan kepentingan sebuah syarikat asing lebih mengatasi anggota Parlimen yang dipilih rakyat yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang oleh wakil-wakil rakyat.
"Nazri tidak kata fakta yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang salah tetapi hanya berkata ianya keterlaluan, saya nak tanya keterlaluan dari segi apa?
"Adakah Najib cuba melindungi APCO daripada kemuliaaan Dewan yang memberi kebebesan bersuara kepada anggotanya apatah lagi 
Ketua Pembangkang yang berucap bagi pihak rakyat Malaysia?" kata Abdul Rahman yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu.
Beliau mendesak supaya kerajaan mendeahkan perjanjian dengan APCO dari segi perkongsian maklumat penting negara termasuk aspek keselamatan.

Khamis, 13 Ogos 2009

Bangsa Yahudi.

Apabila merujuk kepada negara haram Israel yang wujud di bumi Palestin sekarang ini, benarkah ia adalah Bani Israel yang telah dihalau oleh Nabi Musa a.s.? Kelebihan yang Allah s.w.t. berikan kepada bangsa Yahudi ialah satu bangsa yang bijak. Negara Jerman semasa era Hitler dikatakan telah membunuh berjuta-juta bangsa Yahudi, tapi kenapa? Kenapa Hitler terlalu marahkan kepada bangsa Yahudi, sehinggakan beliau membunuh bangsa Yahudi. Tidakkah teknologi Jerman pada masa itu mendahului negara-negara lain. Jerman adalah negara pertama yang mencipta komputer dan persenjataan Jerman pada masa itu adalah paling canggih. Merujuk kepada sejarah, bangsa Jerman adalah bangsa Arya. Hitler terlalu mengagong-agongkan bangsanya iaitu bangsa Arya dan Hitler juga menyatakan bahawa bangsa Arya adalah bangsa yang dipilih oleh tuhan sebagai bangsa yang paling mulia. Selain daripada bangsa Arya adalah bangsa yang lebih hina daripada babi. Mengikut setengah ahli sejarah, bangsa Arya adalah salah satu kaum daripada bani Israel yang telah dihalau oleh Nabi Musa a.s. kerana keingkaran dan kedegilannya terhadap Allah s.w.t. Kerana itulah, Hitler membunuh bangsa Yahudi pada masa itu, mungkin kerana pada pandangannya bangsa Yahudi yang ada bukan bangsa Yahudi tulin dari segi nasabnya. Atau lebih jelas bangsa yang sudah bercampur-aduk. Oleh kerana kepandaian yang telah dianugerahkan kepada bangsa Yahudi, Jerman telah mendahului dari segi teknologinya sampai ke hari ini. Kita tidak boleh menafikan tentang apa yang Jerman ada sekarang ini. Apabila Jerman kalah didalam peperangan Dunia ke 2, para saintis telah dibawa ke Rusia yang kemudiannya menjadi USSR kerana negara Jerman telah dibahagikan kepada dua, iaitu Jerman Barat yang berkiblatkan kepada Amerika Syarikat dan Barat. Manakala Jerman Timur berkiblatkan kepada USSR atau negara komunis. Kerana saintis-saintis inilah yang membuatkan USSR menjadi kuasa besar dunia. Apabila Jerman Barat dan Jerman Timur bersatu kembali ia mula menjadi antara negara penentu di PBB. Persekutuan Jerman mula menjadi kuasa besar selepas menjadi negara yang bebas daripada kongkongan Amerika Syarikat dan Rusia. Oleh kerana bangsa Yahudi terkenal dengan sikap perkaumannya yang terlalu tebal dalam sejarah dunia, maka kita tidak boleh menolak andaian yang Hitler dan bangsa Ayra adalah salah satu kaum dari Bani Israel. Sikap yang ada pada Hitler bersamaan dengan bangsa Yahudi itu sendiri. Apabila Tun Dr. Mahathir menggesa agar kita memulau barangan buatan Amerika kerana Amerika yang banyak menyalurkan bantuan kewangan dan persenjataan kepada Israel. Kemudian Israel membunuh rakyat Palestin dengan bantuan daripada Amerika. Apakah beliau cuba menunjuk jaguh kepada rakyat Malaysia yang beliau adalah seorang yang peka kepada penderitaan rakyat Palestin tetapi sebenarnya beliau hanyalah cuba menipu rakyat Malaysia. Beliau berani menghentam Israel pun semasa beliau sudah hampir bersara sebagai Perdana Menteri. Sikap beliau sama sahaja dengan bekas-bekas Presiden Amerika yang hanya berani menyatakan tentangannya terhadap Israel selepas bersara. Sebelum bersara mereka hanyalah sebagai boneka Yahudi. Apakah Tun Dr. Mahathir sedar atau pun tidak yang product Israel telah lama memasuki didalam pasaran Malaysia. Kerana saya pernah bekerja dengan syarikat Hyundai yang mendapat projek daripada Petronas untuk membina kilang penapisan gas phasa lll di Kerteh, Terengganu. Saya banyak terjumpa dengan product-product 'Made In Israel'. Dan saya pernah menunjukkan bukti tersebut kepada kawan-kawan saya. Mungkin juga pihak Petronas tidak mengetahuinya ataupun tidak mengambil peduli. Janji projek tersebut berjalan lancar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular