Translate

Rabu, 28 Oktober 2009

Hari Ini Polis Menjadi Raja Di Perak.........

Pihak berkuasa hari ini menunjukkan kerakusannya pada dunia, betapa undang-undang diketepikan semata-mata menjadi hamba kepada kerajaan haram kudeta. Yang pasti, kuasa rakyatlah yang telah menumbangkan kerajaan-kerajaan yang zalim diseluruh dunia.

Segala keangkuhan yang telah ditunjukkan oleh kerajaan yang memperhambakan rakyatnya, tidak akan kekal. Kerana itulah apabila kesabaran rakyat telah sampai kepada kemuncaknya, demontrasi jalanan akan bertukar kepada revolusi.

Ini telah ditunjukkan oleh rakyat Filipina semasa era kekuasaan Marcos dimana kesabaran rakyat telah sampai dikemuncaknya, beliau terpaksa meninggalkan negaranya dan hidup didalam buangan di Hawaii. Sehingga beliau meninggal dunia dalam buangan.

Di Indonesia pula kekejaman yang dilakukan oleh rejim Suharto telah membangkitkan reformasi rakyat yang bersatu hati menyingkirkannya. Sedangkan dalam era pemerintahannya, segala kekuatan persenjataan yang dikawalnya tidak dapat menahan gelombang rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan kerakusan Suharto, keluarga dan kroni-kroninya.

Dalam era pemerintahannya, hukuman mati akan dikenakan jika beliau dan keluarganya dikritik, khazanah negara umpama miliknya. Rakyat diperhambakan, kekayaan negara dimilik keluargakan, Indonesia itu adalah Suharto dan Suharto adalah Indonesia.

Parti-parti politik ditekan, musuh-musuh politiknya dipenjarakan dan gerakan-gerakan Islam cuba dihapuskan. Bagaimana peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Tanjung Periuk, pasti tidak akan dilupakan sebagaimana semasa era rejim Mahathir melakukan pembunuhan beramai-ramai di Memali, Baling Kedah.

Apabila Suharto digulingkan, Malaysia dibawah pemerintahan rejim Mahathir mula rasa tergugut apabila melihat sebuah demi sebuah negara telah tumbang ditangan rakyatnya sendiri. Mereka mengira segala agensi kerajaan yang mereka kawal dapat membantu mereka mencengkam kebangkitan rakyat.

Untuk meneruskan servival hayat politik mereka, maka akta zalim ISA digunakan sewenang-wenangnya diatas nama untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara. Tanpa memikirkan kesan yang akan dialami oleh rakyat marhean, penguatkuasa undang-undang diperkudakan.

Sebagaimana mereka lakukan kepada rakyat Perak, mungkin kesabaran masih ada pada diri rakyat. Kerana itulah mereka sewenang-wenangnya mempermainkan undang-undang yang telah dikawal oleh mereka. Mereka menjangkakan yang rakyat malaysia tidak seberani rakyat Filipina dan Indonesia, kerana itulah mereka melakukan sesuka hati mereka.

Yang pasti, kerajaan yang zalim tidak akan kekal selama-lamanya kerana sejarah telah memperlihatkannya. Rakyat Malaysia masih mempercayai demokrasi, walau pun ianya hanya nama semata-mata. Semua agensi  kerajaan seperti SPR, PDRM, SPRM, Kehakiman dan lain-lain masih dibawah kawalan mereka.

Mereka boleh berbangga dengan kuasa yang ada pada mereka, sedangkan rakyat hanya menghitung hari sahaja untuk menyingkirkan mereka-mereka yang semakin angkuh dengan sisa-sisa kuasa yang masih ada. Ianya telah diuji pada PRU 12, dan rakyat akan menyingkirkan mereka pada PRU 13 nanti............ Insyaallah.

1 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Salam ziarah dari Pak Karamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular