Translate

Selasa, 4 Januari 2011

Bohsia Tiga Beradik Di Pekan Tambun Ipoh.

Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang amat memalukan. Kerana ingin melepaskan gian ketagihan dadah, sibapa tunggal sanggup membiarkan rakannya bersekedudukan dengan anak perempuannya seperti suami isteri.
Kerana ingin dirinya ditanggung dengan bekalan dadah setiap hari oleh rakan baiknya, sibapa sanggup membiarkan rakannya melepaskan hawa nafsu keatas anak perempuannya yang juga seorang penagih 'Ais' ataupun dipanggil 'Batu' dikalangan penagih.

Baru-baru ini salah seorang anak perempuannya telah melahirkan anak luar nikah dan sibapa tanpa merasa malu memberitahu rakan-rakannya yang beliau telah mendapat title 'Datuk' sedangkan beliau tiada bermenantu.

Sibapa sanggup memperdagangkan batang tubuh anak perempuannya semata-mata kerana rakannya menanggung bekalan dadah kepada beliau dan juga kepada anak perempuannya setiap hari. Dimanakah perginya JKKK Kg. Melayu Rizab dalam menangani kes ini.

Ini bukan melibatkan soal moral, tetapi ianya melibatkan fardu kifayah yang mana dosa itu ditanggung oleh seluruh penduduk kampung tersebut. Jika ianya hanya melibatkan dosa sibapa dan keluarganya sahaja, lantaklah mereka nak lepas gian dan bersekedudukan sampai mati. 

Kemana pergi ketua kampung yang mungkin juga pengerusi JKKK kampung tersebut? Adakah sedang mengira elaun RM 800 dan memperbanyakkan mesyuarat setiap bulan kerana setiap kali mesyuarat dapat lagi elaun RM 50 sehari.

Adalah amat malang bagi penduduk Kg. Melayu Rizab yang setiap saat terpaksa menanggung dosa perbuatan keluarga tersebut dalam keadaan ketua kampung sendiri mengetahui akan aktiviti keluarga tersebut. Inilah sikap yang ditanamkan oleh Umno kepada ahli-ahlinya iaitu tiada halal tiada haram dan yang ada ialah HALAM sahaja.

Apa yang membimbangkan ialah pelakuan seorang lagi anak perempuannya yang masih lagi bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tambun tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda akan mengikuti jejak kakak-kakaknya. Ini kerana bagi anaknya yang masih bersekolah rendah perbuatan kakak-kakaknya tidak salah kerana sibapa tidak menengah dan JKKK pula mengHALAMkan.

Kes ini cukup mudah diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana ketua kampung tersebut memang mengetahuinya tetapi hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga mungkin kerana elaun dari RM 450 telah dinaikkan kepada RM 800. 

Inilah sikap Umno yang akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal demi menjaga periuk nasi. Kerana itulah kita tidak hairan jika perbuatan terkutuk ini tidak diambil tindakkan kerana yang duduk kat atas sana pun lebih kurang perangainya malah lebih hebar lagi.

Diharap pihak yang berwajib tidak membiarkan perbuatan ini berterusan dengan berjumpa ketua kampung tersebut kerana beliau lebih mengetahui daripada saya. Saya juga mengharapkan agar  Guru Besar dan PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Tambun memainkan peranan kerana budak-budak itu bukannya tahu hukum hakam.

Bagi pandangan budak yang belum mengerti, jika sibapa tidak menengah perbuatan kakak-kakaknya, ini bermakna apa yang dilakukan oleh kakaknya tidak salah dari segi hukum dan undang-undang. Dengan ini saya menyarankan agar Guru Besar dan PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Tambun melakukan apa yang patut dilakukan demi menyelamatkan pemikiran anak-anak yang masih belum mengerti itu.

4 ulasan:

Na'im Nikmat berkata...

Tunggulah laknat ALLAH

ronipasla berkata...

Salam.Saya dari Tambun. Tak tahu pula ada kes macam ni di Tambun. Tapi bab Ketua Kampung tu memang banyak orang pun x suka. Termasuklah saya. Kalau ada YB baru muka nak ada.

Tanpa Nama berkata...

tunggu laknat Allah.. ha tunggu lah.. sapa duduk kawasan tu semua dapat ubat sekali nanti.. ingat org yg tak buat maksiat boleh lepas ke..Mana amal makruf nahi mungkar korang.. sekali Allah bagi bala.. Allah dulukan org yg meninggalkan amal makruf nahi mungkar tu..

Tanpa Nama berkata...

hang pi la habaq kat ketua kg tuu..ini pun fardu kifayah jugak utk hang bertindak...kalu setakat melalak dlm blog...ketua kg tu mgkin tak tahu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular