Jamaah Islah Malaysia (Jim) mengesyorkan supaya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil kesempatan krisis keyakinan terhadapnya ekoran penangkapan Datuk Dr Asri Zainul Abidin untuk meneliti semula enakmen-enakmen pentadbirannya.
Langkah ini perlu supaya ia tidak mengekang pengembangan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam, kata Presidennya, Zaid Kamarudin.
Zaid turut sama menyertai kekesalan umat Islam di negara ini ekoran cara penangkapan Asri itu oleh pegawainya dengan bantuan polis.
Pada hari Ahad, 1 November 2009, negara dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan bantuan Polis di sebuah rumah banglo di Hulu Kelang.
Penangkapan dilakukan atas dakwaan bahawa Dr Asri tidak mempunyai tauliah ketika beliau menyampaikan kuliah agama kepada lebih kurang 300 orang di rumah berkenaan.
Dr Asri bukan sahaja seorang ilmuan Islam dengan kelulusan ijazah doktor falsafah dalam pengajian Al-Qur'an dan sunnah, beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis dan merupakan pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia.
Berikutan penangkapan tersebut, pelbagai pihak telah mempertikaikan cara penangkapan dilakukan. Menurut laporan-laporan media, beliau ditahan pada jam 12.10 tengah malam dan dibawa ke Balai Polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 1.10 pagi.
Beliau kemudian diarah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.00 pagi keesokkannya untuk dituduh.
Namun setelah disemak peguam beliau, didapati bahawa tiada pendakwaan telah difailkan di mahkamah.
Beliau akhirnya dibebaskan pada kira-kira jam 12.30 tengahari dengan jaminan JAIS tanpa sebarang pendakwaan tetapi boleh dipanggil oleh JAIS pada bila-bila masa untuk siasatan lanjut.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Dr Asri di minta ke mahkamah bukan untuk didakwa tetapi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan.
Menurutnya lagi, Dr Asri akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Katanya, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada Jais.
Ekoran itu, kata Zaid dalam kenyataannya, Jim mempersoalkan kaedah penangkapan yang dilakukan.
"Mengapakah beliau ditahan secara mengejut dan mengaibkan seperti penjenayah besar sedangkan beliau boleh dipanggil dengan cara yang lebih profesional dan hormat untuk bertemu Jais atau mana-mana pihak berkuasa?" soal Zaid.
Pengarah Jais sendiri menyatakan bahawa Dr. Asri telah lama dipantau.
"Mengapakah pula tiada pertuduhan atau pendakwaan difailkan di mahkamah sedangkan tangkapan telah dibuat pada hari sebelumnya? Apakah motif di sebalik penahanan begini?" soalnya lagi.
JIM melihat bahawa adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam apabila berselisih untuk mereka kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah.
Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa : 59)
Apatah lagi sekiranya perkara yang diperselisihkan itu adalah perkara yang boleh diselesaikan secara musyawarah dan tidak perlu dibawa ke mahkamah, kata Zaid.
Jim berpendapat bahawa sewajarnya Jais lebih berhemah dalam membuat penangkapan dan pertuduhan terhadap sesiapa juga tidak kira rakyat biasa atau seorang bekas Mufti kerana dikuatiri tindakan mereka boleh mengakibatkan salah tafsir atau boleh mencacatkan sistem keadilan Islam itu sendiri.
Dalam melaksanakan tindakan, sandaran Al-Qur�an dan sunnah harus dijadikan panduan selain mengambil pendekatan kaedah-kaedah fiqh seperti Al-Aslu bara�atu zimmah iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah, tambah Zaid.
Di samping itu, katanya, keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi harus dilihat dilaksanakan dalam proses dan prosidur berkaitannya.
"Jim berharap Jais akan bersikap amanah, jujur dan profesional dalam melaksanakan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Dr Asri. Pemeliharaan keadilan dan hak asasi serta karamah insan haruslah menjadi pegangan," katanya.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
PAS menyeru semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menghormati hak dan kebebasan pasukan anggota keselamatan khususnya membabit...
-
SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak dekat Terusan Suez di Mesir. Kairo - Lebih kaya dari pendiri Microsoft, bilionair Bill...
-
Apabila KJ mula berkokok setelah sekian lama berdiam diri kerana telah dipinggirkan oleh ahli Umno sendiri.Itulah bila rasa diri terlalu b...
-
SERUAN PEMIMPIN AGAMA BATIL MENUJU KE LEMBAH NERAKA Di dalam Qur'an, Allah menjelaskan bahawa di sana terdapat para pemimpin k...
-
Apa yang TGNA katakan tentang kerajaan perpaduan adalah betul kerana beliau telah merasa betapa peritnya apabila Pas diperlakukan oleh kera...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP)...
-
Setelah 4 hari tidak dapat berblog dan membaca berita-berita terkini kerana berada diluar liputan, sekarang baru boleh membuka internet. Tid...
-
BONUS...SESUAI KE UNTUK PENJAWAT YANG MENSABOTAJ KERAJAAN? (blog.....pilihan-anda.blogspot) Ada kalangan kakitangan kerajaan yang bersikap m...
-
Adalah amat malang bagi parti yang baru bergelar Parti Islam Umno begitu takut dengan hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika Sari Dew...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan