Translate

Ahad, 26 Disember 2010

Siapakah Menteri Yang Di Tuduh Merogol Amah??????

 
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. 
Jangan dok terang pasal 72 % rakyat Malaysia terima konsep 1 Malaysia....... Betul ke atau 72 % tu orang Umno sahaja yaitu mewakili 2.16 juta sahaja rakyat Malaysia.

Siapakah menteri era Pak Lah yang dituduh  merogol amah warga Indonesia? Wikileaks telah mendedahkan tanpa menyebut nama menteri tersebut yang dikatakan masih lagi berjawatan menteri.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku. 

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.
Apakata kita tanya pakar fitnah yang kononnya banyak simpan rahsia dalam peti besi atau peti besi kat rumah beliau sememangnya kosong. Mungkin beliau hanya ada modal kes Adun Selinsing sahaja dan cuba menutup kes menteri tersebut dengan membesar-besarkan kes zina Ustaz Saipul. Atau beliau hanya kerani duduk dalam kain si Mamat Saidi.
Atau tanya Rocky Bru siapa sebenarnya Menteri tersebut dan usah bermain teka teki.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular