Translate

Khamis, 5 November 2009

Rakyat Kelantan Di Khianati : Wang Ehsan Untuk Rakyat...... Wang Royalti Buat Ketua Umno.

Setelah berbahas panjang lebar, maka lebarlah muka ketua-ketua bahagian Umno Kelantan. Selepas rakyat  Terengganu dipinggirkan dengan wang ehsan, sekarang rakyat Kelantan pula di eshankan pula oleh kerajaan pusat  diatas kerakusan pemimpin-pemimpin Umno.

Diharap pemimpin Umno Kelantan usahlah menjadikan modal politik mereka untuk menunjukkan akan kebaikkan kerajaan pusat kerana mengehsankan wang rakyat Kelantan. Apa sebenarnya yang belaku ialah para ketua-ketua Umno bahagian mula mengira laba yang akan mereka perolehi daripada wang rakyat Kelantan tersebut.

Setelah PAS berjaya menawan Terengganu, rakyat Terengganu telah dihukum dengan menukar wang royalti minyak sebanyak 5 % telah ditukar menjadi wang ehsan. Jika tidak silap saya, bayaran terakhir kerajaan PAS Terengganu dapat sebelum ditukarkan menjadi wang ehsan ialah RM 800 juta.

Setelah kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan, barulah pecah tembelang yang kerajaan BN telah berhutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM 600 juta. Bangkai gajah yang selama ini cuba ditutup oleh Umno akhirnya pecah jua.

Barulah rakyat tahu bagaimana betapa borosnya Umno dalam usaha memperkayakan anak beranak dan kroni-kroni mereka. Jika Umno mengatakan yang mereka melakukan pembangunan......... mana buktinya jika dikira dengan hasil royalti yang negeri Terengganu dapat bebillion ringgit hasil dari royalti tersebut.

Setelah wang tersebut ditukar kepada wang ehsan dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), ianya adalah wayang semata-mata. Sebenarnya wang tersebut telah disalurkan kepada ketua-ketua bahagian Umno Terengganu.

Disinilah mereka menggunakan wang rakyat Terengganu seumpama macam wang mak bapak dia orang. Jika ada suara-suara yang mengatakan bahawa PAS Terengganu ingin berbaik-baik dengan Umno...... simpan sahajalah andaian anda itu. Apakah mereka mengira bahawa PAS Terengganu boleh lupa dengan segala perbuatan jahat mereka itu?

Kerana itulah bagi pendapat saya, ada sesetengah penulis membuat andaian seumpama mereka tahu apa ceritanya yang sebenar.. Mereka membuat penafsiran mengikut apa yang perlu mereka menulis untuk merealisasikan sesuatu isu tanpa mendapat kebenarannya..

Kerana itulah PAS menentang keras ucapan Najib di Parlimen berkenaan wang ehsan untuk rakyat Kelantan. Yang hakikat sebenarnya ialah memenuhkan poket dan akaun bank para pemimpin Umno dan yang paling  pasti akan mengembirakan 'Laki Najib'. Kerana tingkat empat telah berjaya beliau takluki daripada barua-barua Khairy.

Semasa permulaan wang ehsan dibahagikan ialah rakyat terpilih(orang Umno la) akan mendapat sebanyak RM 500 seorang. Bagi ketua bahagian pula, habuannya projek bernilai berjuta-juta. Idris Jusuh mendapat projek pembinaan sekolah melalui syarikatnya yang bernilai ratusan juta.

Betapa banyaknya duit dicurahkan (duit rompakan royalti minyak), bermacam-macam krusus diwujudkan untuk rakyat Terengganu. Pergi krusus pun dapat elaun......... pergi krusus dapat elaun. Semua usaha yang dilakukan bukannya untuk menolong rakyat Terengganu, tetapi untuk mengambil hati rakyat Terengganu dalam usaha merampas kembali Terengganu daripada PAS.

Selepas itu bagi rakyat yang terpilih (pengundi muda la) diturunkan menjadi RM 300 dan yang terakhir sebelum PRU 12, diturunkan lagi menjadi RM 200. Sebelum wang tersebut diagihkan, penerima  terpaksa mendengar ceramah politik dari pagi sampai petang dengan hadiah tambahan makan tengah hari percuma.

Kerana wang ehsan tersebut juga yang membuatkan ketua peringkat cawangan mula menimbulkan rasa tidak puas hati mereka kerana mendapat habuan yang sedikit jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang rapat dengan ketua bahagian.

Oleh kerana tidak puas hati dengan pembahagian tersebut pengerusi JKKK (ketua cawangan Umno la), mula mengeluarkan kopun kepada setiap penerima. Satu kopun bernilai RM 5, bayangkan satu kepala RM 5. Kalau seribu kepala dah dapat RM 5,000, belum campur dengan imbuhan sebagai ketua cawangan lagi.

Selepas Terengganu dapat dirampas kembali, langsung rakyat dan ahli Umno tidak lagi mendapat apa-apa habuan dan projek pun dah tak ada. Ini adalah maklumat yang saya dapat melalui kawan baik saya yang menjadi orang kuat Umno. Beliau menyatakan kepada saya, betapa menyesalnya kerana memangkah BN.

Tapi bagi saya, kata-kata beliau bukan boleh diterima kerana bila PRU diadakan, dan mula mendapat sedikit habuan, segala kemarahan selama 5 tahun akan hilang serta merta. Dah memang perangai macam tu, dulu.... kini....... dan selama-lamana.

Saya pasti rakyat Kelantan akan mengalami nasib yang sama seperti mana yang dialami oleh rakyat Terengganu. Nama pun Umno............. yang mana sikapnya tetap tidak akan berubah.......... sebanyak mana pun nasihat yang kita berikan.............. ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


Kerana itulah bila sebut sahaja Umno, saya tidak sesekali akan mempercayai mereka. Inilah hasil sikap pegangan Assobiah merekalah yang telah banyak membawa kerosakkan terhadap bangsa Melayu. Bagi pegangan mereka, melayu itu Islam, Islam itu Melayu.


Bagi penganut agama lain, mereka lebih mengenali Islam daripada PAS lebih dari Umno yang mengaku Islam. Umnolah yang menyempitkan Islam itu sendiri. Jangankan penganut agama lain, orang Islam sendiri pun tidak mengenali Islam jika ianya melalui Umno.


Kerana Umnolah....... penganut agama lain menjauhi diri............... Umnolah yang menakut-nakutkan penganut agama lain seolah-olah Islam itu zalim, tidak adil kepada kaum wanita dan bermacam-macam lagi tuduhan yang dilemparkan oleh orang yang mengaku Islam............. tetapi pemikirannya sempit........... Itulah Umno yang amat-amat disayangi oleh 'Laki Najib' dan 'MahaFiraun'.......... pakar segala ilmu dan juga pakar rojak kuih kacang bagi Umno.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular