Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya didunia, sebaris dengan kekayaan Sultan Brunei. Kita mengetahui bagaimana kemewahan hidup yang dikecapi oleh rakyat Brunei walaupun mereka berada didalam pemerintahan Raja Mutlak. Kemiskinan di Brunei adalah sifar dengan berbagai ke istimewa yang tidak dimiliki oleh rakyat didunia ini. Kemakmuran dengan merakyatkan lebih dari segala-galanya.
Tiada LHDN, tiada roadtax dengan harga minyak yang murah rakyat Brunei dikatakan amat beruntung kerana memiliki seorang Raja yang amat prihatin terhadap rakyatnya. Semua rakyat Brunei tanpa mengira bangsa dan ideologi menikmati segala kekayaan negara walaupun negara itu mengamalkan sistem monarki mutlak.
Yang menjadikan Sultan Brunei hebat ialah baginda cukup mendengar pandangan para ulama yang sentiasa tanpa merasa takut untuk mengatakan yang bathil. Baginda cukup meminati bidang agama dan telah mengarahkan agar Hukum Syariah wajib dilaksanakan di negara Brunei tanpa membuang terus perlembagaan penjajah British. Malah rakyat Brunei diberi pilihan oleh baginda untuk mengambil hukum mana yang mereka rasakan ia baik untuk mereka. Inilah negara Islam yang diberkati oleh Allah s.w.t. kerana kekayaan yang diberikan kepada Sultan Brunei tidak sesekali mengaburi mata baginda.
Tidak dinafikan yang baginda mempunyai hobi mengumpul belasan ribu kereta-kereta mewah sehinggakan satu bangunan dibangunkan hanya untuk menyimpan koleksi kereta-kereta mewah baginda. Walaupun minat baginda bercita tinggi tetapi baginda tidak pernah meminggir rakyatnya sendiri. Tidak pernah saya mendengar ada rakyat Brunei hidup dalam keadaan papa kedana. Di Brunei banyak Tabung-Tabung. Dana-Dana, Yayasan-Yayasan ditubuhkan untuk membantu rakyatnya yang memerlukan bantuan.
Sultan Mizan Bersama Keluarga
Tidak dinafikan akan jasa-jasa TGHH mentarbiahkan Sultan Mirzan Dan Kerabatnya. Apabila umara dan ulama bersama, negeri akan diberkati oleh para malaikat yang sentiasa mendoakan mereka.
Sekiranya penubuhan Tanah Melayu tidak diiktiraf oleh Sultan Terengganu dan Kelantan, mungkin Sultan Mirzan adalah Sultan terkaya di dunia mengikut rizab minyak yang dimiliki oleh kerajaan Terengganu. Kelantan lebih beruntung kerana memiliki Sultan yang paling zudud di kalangan Sultan-Sultan yang berada di Malaysia. Terengganu dana Kelantan pasti akan menjadi kotaraya yang hebat seiring dengan sekolah-sekolah pondok moden. Para pentadbir tidak perlu runsing tentang perbelajaan kerana kerajaan yang baik akan sentiasa menyalurkan segala kewangan yang diperlukan.
Rakyat Terengganu dan Kelantan akan mendapat pendidikan percuma setinggi mana pembelajaran yang mereka mahukan kerana mereka dapat belajar dengan tenang tanpa memikirkan masalah kewangan kerana segala-galanya akan ditanggung tanpa perlu membuat bayaran balik. Bila berada di luar negara seperti Jordan, Mesir, Mekah, Madinah atau negara barat seperti UK, AS atau mana negara, rakyat tidak perlu khuatir kerana kerajaan Kelantan dan Terengganu sudah menyediakan kediaman yang amat selesa dengan pegawai-pegawai yang berdedikasi. Mahasiswa-maha siswi inilah yang akan mencorakkan kembali negara dengan ilmu yang mereka miliki.
Bukankah Sultan itu Raja untuk rakyatnya. Inilah contoh terbaik seorang Sultan menjadi Iman dan bukannya makmun.
Pernah adakah dalam sejarah yang Sultan turut sama ke lubang kubur untuk menyempurnai jenazah rakyatnya?
Percayalah yang rakyat Kelantan amat bertuah mempunyai seorang Raja yang berjiwa rakyat.
Realitinya, bolehkah Sultan Brunei berada dikedudukannya sekarang ini sekiranya baginda menandatangani kemasukkan Brunei kedalam Malaysia. Kita boleh kata yang nasib Sultan Brunei sebaris dengan Sultan-Sultan yang sudah menandatangani perjanjian kemasukan Brunei kedalam Malaysia. Mungkin Sultan-Sultan 9 negeri yang berasa didalam persekutuan tanah melayu akan menyesal tidak sudah tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur kerana yang kara-raya di Malaysia hanyalah para pemimpin Umno, keluarga , kroni-kroni dan para pencacai mereka.
Bagi Umno, Sultan tiada apa pun dapati mereka melainkan boneka semata. Apabila mereka cukup kuat Sultan/Raja dihina sehinanya sehinggakan saya sendiri sedih akan perkara ini. Tidak saya nafikan ada sultan-sultan tidak menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka sebagai 'Ketua Agama Islam Negeri' tetapi mereka sendiri mencemarinya dengan pesta-pesta arak, berjudi tidak mengira siang malam. Bila kalah, call sahaja tauke Cina kaya agar menghantar wang yang diminta. Sehinggakan di Pahang cukup sinonim dengan nama seorang tauke balak Cina dengan gelaran 'Tengku Wong'. Betapa hebatnya penangan arak dan judi apabila ia sudah menguasai diri, gelaran kerabat pun Cina Boleh dapat. Saya sebenarnya banyak lagi tahu tentang skandal-skandal Raja-Raja Melayu tetapi biarlah ia dirahsiakan untuk kebaikan anak-anak cucu kerabat.
Sultan yang hebat
Sultan yang tidak meninggalkan rakyatnya dalam kesusahan.
Sultan yang inginkan tertegaknya Daulah Islamiah di Negara Brunei.
Tentang pemilikan 3 atau 5 batu nautika dijadikan isu, adakan negara Brunei pun akan mengamali nasib yang sama seperti negeri-negeri yang berada di Malaysia. Kenapa Brunei boleh meneroka minyak sehingga kelaut dalam adalah kerana mereka adalah sebuah negara dan bukan negeri seperti Kelantan dan Terengganu. Jika Terengganu dan Kelantan mengikut jejak negara Brunei maka jadilah Kelantan/Terengganu sebuah negara yang berdaulat mengikut piagam PBB iaitu Negara Kelantan dan Negara Terengganu.
Darul Salam, Darul Iman dan Darul Naim adalah juga digelar sebagai Negara Islam dan bukannya negara sekular yang cuba didakwa oleh pemimpin Umno yang Malaysia adalah Negara Islam Darul Kasino. Alangkah indahnya apabila umat Islam dinaungi oleh seorang Sultan yang zuhud yang sanggup bersusah payah turun keliang lahat untuk penyempurnai jenazah rakyatnya. Semoga Allah s.w.t. memberkati Sultan Muhammad dari doa=doa rakyatnya sendiri./Musafirlalu
5 ulasan:
RAMAI MANUSIA YANG BUTA SEJARAH DAN BUTA PEMBANGUNAN. RAMAI YANG MASIH TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG DIRASAI SEKARANG. DALAM KEPALA OTAK BERSERABUT DENGAN PELBAGAI PRASANGKA YANG MENJURUS KEPADA FITNAH. MASING-MASING HEBAT DALAM PELBAGAI BIDANG. HENDAK MENGAJAR PEMIMPIN JADI PEMIMPIN, MENGAJAR PAKAR EKONOMI JADI PAKAR EKONOMI, MENGAJAR BAGAIMANA NAK BANGUNKAN NEGARA. HANYA KERANA TIDAK SETUJU DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SUDAH ADA YANG SANGGUP UNTUK MEMECAH BELAH NEGARA MALAYSIA. NEGERI-NEGERI DIGAMBARKAN TIDAK PERLUKAN MALAYSIA...ITU GAMAK BUNYINYA. INILAH GOLONGAN YANG AKAN MENGHANCURKAN NEGARA MALAYSIA. NEGARA YANG AMAN DIANGGAP SEBAGAI NEGARA YANG TIDAK SELAMAT. BERCAKAP MUDAH...ORANG YANG EGO DAN PERASAN SAHAJA MENGANGGAP SEMUA ORANG SALAH DAN TIDAK ADA SATU PUN TINDAKAN ORANG LAIN YANG BETUL. PERPADA-PADALAH JIKA MENGATA HAL ORANG. HEBAT SANGAT KAH KITA INI. AWAS..APABILA BERI PANDANGAN DAN CADANGAN JANGAN SAMPAI JATUH KEPADA TOHMOHAN DAN FITNAH SEMATA-MATA.
Siapa yang buta sejarah sebenarnya, isunya bukannya penulis membuat fitnah tetapi realitinya ialah apa yang pemimpin sekarang lakukan terhadap saudara seagama sendiri. Kelantan dan Terengganu adalah majoriti Melayu/Islam tetapi apa yang pemimpin Umno lakukan. Mereka membolot kekayaan hasil bumi yang menjadi milik negeri-negeri tersebut dan sejarah tidak pernah menipu yang Terengganu dan Kelantan telah melaksanakan hukum Islam sebelum kedatangan penjajah.
Jika hendak beri komen kaji dulu sejarahnya dan bagaimana tanah-tanah rakyat yang telah diberi hakmilik telah dirampas oleh bangsa Melayu yang mengaku bahawa merekalah yang menjaga kepentingan bangsanya sendiri. Siapakah Melayu itu jika bukan Umno. Penulis tidak bermaksud agar Terengganu dan Kelantan keluar daripada persekutuan Tanah Melayu kerana memperkecilkan wilayah-wilayah Islam adalah kerja-kerja jahat penjajah yang tidak ingin melihat Islam bernaung dibawah satu negara yang berKhalifah. Maka Umno adalah penyambung kepada gerak kerja penjajah kerana pemimpin Umno memang dididik secara barat dengan menganut ajaran sekularisme.
Ramai orang PAS buta Sejarah macam timbilan dia Mat Sabu Syiah...Kelantan ,Terenggau dan Kedah adalah jajahan Siam macam Melayu Pattani. Siam akan menuntut kembali negeri ini....Kelantan ada Emas dan balak ke mana Hasil bumi ini...100% PAS yang sapu...Cina Perak yang Kaya..orang Kelantan, macam tu juga....Melaka di bawah UMNO tanpa hasil bumi pun boleh maju...Harapkan lebai Totok PAS memerintah makin mundur negara...lihat Kedah apa dah jadi...Hutan tebang sampai gondol kroni juga yang kaya....
Kota bharu di bwah LEBAI PAS MANA ADA DISCO KARAOKE MACAM MELAKA YG D KUASAI OLEH UMNO JAHANAM!!!!P MAMPUS LA PENCACAI UMNO!!!BIALH NEGARA MAKIN MUNDUR JNJI AKHIRAT KITA XMUNDUR!!!!MAMPUS UMNO!!!!!!!
Melaka maju ke? Xpernah smpi melaka agaknya nko ni. geli aku dgr org ckp melaka maju. Ptuii
Catat Ulasan