Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 8 November 2009

Mencari Dalang Di Sebalik Kekalutan Di Dalam PAS...

Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripada blogger yang mengaku sebagai blogger PAS. Perkara ini pernah yang tulis pada beberapa bulan yang lepas.

Saya ada mengingatkan agar berhati-hati dengan berita yang akan dipaparkan kerana ianya akan dimainkan semula oleh para blogger upahan ini. Mereka akan merealisasikan sesuatu isu yang kecil menjadi besar. Mereka akan duduk semeja, makan sepinggang dan berbual seperti mereka ini terlalu komentat dengan perjuangan PAS.

Apa yang telah saya ingatkan dulu sudah nampak tembelangnya. Apabila mereka berjumpa dengan kita, mereka akan mengutuk segala perbuatan pemimpin Umno dan sekutu-sekutunya. Cara mereka bercakap, bagaikan semua didalam poketnya. Hakikatnya merekalah dalang yang melaga-lagakan diantara blogger sesama blogger agar belaku permusuhan, hentam menghentam, maki memaki dan sebagainya.

Mungkin kita pun tidak akan menyangka akan sikapnya apabila melihat akan perwatakannya yang baik, manis, warak dan berbagai-bagai kebaikkan akan dipertontonkan kepada kita agar kita mempercayainya sebagai seorang ahli PAS.

Isyaallah........... kita akan dedahkan nama dan blog mereka semua.........
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular