Translate

Ahad, 5 September 2010

Keringnya Tasik Galilee Dan Turunnya Nabi Isa. Berapakah Paras Air Tasek Galilee Sekarang.

Apakah kaitannya Tasik Galilei dan kedatangan turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi?


Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. 

Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering'..(Riwayat Imam Muslim dalam Sahih Muslim)





Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. 

Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. 

Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Pada hari ini ketika saya menulis tentang ini, Tasik Galilei sudah mencapai tahap YANG SANGAT KRITIKAL.

Sila lihat video berita ini untuk mengetahui tentang krisis kekeringan air di Tasik Galilei:

http://www.youtube.com/watch?v=XZNlg2uOiPY

http://www.youtube.com/watch?v=UvYJefTW29A&feature=player_embedded

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular