Translate

Ahad, 22 November 2020

BILA PAS PALING TERUK DISERANG

 بىم الله الرحمن الرحيم

السلام عليکم ورحمةالله

Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat bawahan dan berjawatan merasa tidak selesa dengan serangan terhadap PAS. Apatah lagi bila keluar ucapan dari veteran UMNO yang mula mempertikaikan tidak perlu UMNO bersama dengan PAS.

Oleh kerana kenyataan tersebut di lontarkan oleh veteran dan MP BN yang paling lama menjadi ahli parlimen paling lama dalam sejarah mengatasi Atuk iaitu hampir 50 tahun. Tindakan MP berdarah raja mula di jadikan modal oleh para macai yang nyata dan tersembunyi untuk menambah perasa yang sudah hilang modal untuk menyerang PAS yang bagi mereka lebih jahat dari bapak ayam mereka yang bertaraf kafir harbi.

Kegagalan mereka untuk menjatuhkan kredibiliti menteri dan timbalan menteri lebai yang dilantik PN dari segenap penjuru memakan diri mereka sendiri ketika kerajaan PH 22 bulan sahaja di puncak kuasa. Dengan slogan memerangi rasuah habis-habisan mula memakan diri bila seorang demi seorang di tahan SPRM di hampir semua kementerian.

Para menteri-menteri kabinet mula kepanasan dan ada yang mula cuba berubah arah demi diri dan keluarga. Jika belum menjadi kerajaan Ratib UG sudah menjadi kewajiban dan sekarang mereka mula dengan Ratib We Have The Number oleh mantan PM tetapi tiada sambutan kerana dosanya meruntuhkan kerajaan PH. 

Ratib We Have The Number tidak terhenti di situ bila PM Menanti mengumpulkan media massa dalam dan luar negara pada PC sehari sebelum PRN Sabah. Negara bagaikan dilanggar garuda dengan menunjukkan watikah dari istana negara yang beliau diperkenankan untuk mengadap YDP Agong sebagai bukti Ratib We Have The Number adalah benar. 

Malah beliau memberi teka teki bila buat wartawan dengan mengatakan majoriti yang besar dan tidak boleh digugat. Malah beliau mendahului titah diraja tentang TSMY yang dilantik sendiri oleh DYP Agong sebagai PM ke 8 di bawah gabungan parti-parti seteru PH dengan dengan nama kerajaan PN. Tanpa rasa malu beliau telah dengan berani mengisytiharkan TSMY sebagai PM telah tumbang.

Ramai merasa terkejut tetapi bagi saya sebagai pemerhati politik beranggapan beliau mempunyai masalah mental kuasa yang perlu di rujuk kepada pakar  psikologi. Saya ada menulis tentang perkara ini selepas satu PC yang telah di atur secara untuk terancang untuk dunia tahu beliaulah PM Malaysia ke 9 yang sah. Saya menyatakan bahawa beliau hanya mempunyai 38 MP sahaja, semuanya dari PKR.

Alasan saya ialah semasa beliau membuat PC tentang sokongan yang di perbesarkan, semua pimpinan PH terkejut di mana Mat Sabu berkata beliau tidak dimaklumkan sebagai Presiden PAN. DAP melalui SUAnya LGE meminta Anwar menunjukkan bukti dahulu jumlah MP sebelum DAP menyokong beliau sebagai PM. Alasannya majlis Presiden PH langsung tidak mengetahui rancangan Anwar untuk PH memerintah semula.

Akhirnya cubaan Anwar untuk memujuk YDP Agong gagal kerana tiada SD di serahkan melainkan SD dari MP PKR. Malah beliau sempat di nasihat agar tidak mempermainkan perlembagaan Malaysia dalam keadaan negara dan dunia sedang melawan pandemik covid 19. 

Sikap orang gila kuasa ni bukan senang di rawat dan dindi berikberi kaunseling, beliau  mula strategi mantan gurunya Atuk Madey "Pecah dan perintah" dengan menawarkan jawatan TPM kepada presiden UMNO dan semua kes-kes yang pemimpin UMNO hadapi akan digugurkan.

Beliau juga telah memalsukan tanda tangan SD MP dari UMNO beserta nama pemimpin tersebut tetapi seorang demi seorang tampil menafikan dan 7 laporan polis telah dibuat terhadap beliau dimana beberapa lagi laporan polis bakal di lakukan oleh pihak yang di fitnah oleh Anwar and the gangs.

Tindakan dan krisis tidak terhenti dengan kegagalan perancangan Anwar and the gangs kerana tindakan Bossku, Ku Li, Shafie Apdal, Atuk Madey termasuk Anwar sedang merancang agenda untuk menjatuhkan TSMY dimana hanya PAS dan PBS tidak disebut kerana mereka tahu apa jawapan PAS.

Maka PAS mula diserang oleh kawan dan lawan demi memburukkan nama PAS yang di anggap sekutu kuat TSMY. Kegagalan mereka menjatuhkan imej menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan walaupun PAS paling sedikit jawatan dalam kabinet.

Saya boleh membuat kesimpulan tentang blok yang cuba menjatuhkan TSMY dengan cara memburukkan segala tindakan beliau dan ugutan untuk menolak Bajet 2021 jika kehendak mereka untuk meminda beberapa perkara dalam bajet tersebut tidak dilayan. Baris DAP sudah mengatakan tidak akan menyokong bajet tersebut.

Pemintaan YDP Agong agar memberi sokongan terhadap Bajet yang bakal dibentangkan demi memerangi pandemik covid-19 mendapat respon yang positif dari semua parti politik dalam istilah gencatan politik. Semuanya janji kosong sebagai mana janji bulan bintang oleh PH jika mereka di beri mandat tetapi ia dipusing 360 darjah oleh PH selepas mendapat mandat rakyat.

Percayalah selantang mana kata-kata beberapa pemimpin UMNO  terhadap PAS sedikit pun tidak melatah kerana PAS bukan parti termakan budi. PAS bukan parti picisan walaupun mereka berhujah KuLi cukup kenal parti lebai kerana beliau paling senior tetapi benarkah beliau cukup mengenali PAS. Kenapa beliau tidak pernah cerita yang UMNO hampir karam jika Tun Razak gagal memujuk PAS membantu UMNO pada PRU tahun 60 an. 

Apa nasihat Tun Razak kepada pemimpin UMNO jika UMNO sudah tidak relevan lagi buat rakyat, parti mana yang beliau suruh ahli UMNO pilih. Jika betul beliau seorang pemimpin UMNO yang baik kenapa beliau tidak menyebut banyak perkara yang baik PAS lakukan untuk UMNO tetapi apa balasan yang PAS dapat, semua nya dibalas dengan pengkhianatan.

PAS sudah lama berjuang, kalah dan menang adalah adat bertanding. PAS boleh bergabung dan PAS boleh berseorangan tetapi pantang bagi PAS tikam rakan dari belakang. Sejarah telah membuktikan sejak pilihanraya Pertama 1955 PAS tidak pernah melakukan khianat terhadap kawan. 

Mungkin ramai yang tidak memahami kenapa PAS sanggup bertanding di banyak kerusi walaupun mereka tahu PAS pasti hilang wang deposit tetapi PAS tetap bertanding. Sudah lebih 60 tahun PAS bertanding, parti Pak Lebai tetap utuh malah inilah parti yang dulu penjajah British tidak mengharamkan kerana mereka tidak menyangka PAS bertambah kuat. 

Andai kata penjajah British dapat melihat masa depan, sudah pasti PAS diharamkan kerana parti Pak lebai ini di anggap tidak akan memudaratkan UMNO. Bagi pencacai PH dan musuh Islam kamu boleh nafikan atau hujah kami tapi sebelum kamu bantai tanya semua parti politik dan pimpinan mereka tentang PAS, pasti mereka tidak akan menafikan walaupun pahit untuk mereka ucapkan.

Saya bukan barua PAS atau mana parti tetapi apa yang saya tulis berdasarkan kepada sejarah dan pemerhati selama puluhan tahun. Percayalah selagi wujudnya PAS musuh Islam akan berfikir panjang kerana PAS adalah benteng umat Islam dan negara. Tanyalah mantan Presiden Singapura mendiang LKY tentang PAS dan beruntunglah orang yang bernaung di bawah parti PAS. 

Duit PAS dalam poket ahli PAS yang bersungguh sungguh beristiqamah. Fikirlah dengan mata hati kamu kenapa parti kampung atau pak lebai dan parti yang paling miskin tetapi amat digeruni oleh musuh-musuhnya. Kenapa yaa...

Semoga yang membaca lebih mengetahui dari yang menulis... Wallahu a'alam.

Untuk makluman semua saya Non Partisan tetapi saya menghormati semua kaum yang tinggal di negara yang tercinta ini.

MUSAFIRLALU

4 ulasan:

zul muhammad berkata...

nasib badan

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha
teringat nakhaie

duit n buxxx
tak leh caya

Tanpa Nama berkata...

dulu pas bedai ph kaw-kaw. la ni rasa la balik apa yang kita kata.hukum alam yang telah diqadar kpd PASPISPUS

Tanpa Nama berkata...

PAS dahulu zaman TGNZ : Memperjuangkan Kedaulatan & perkembangan Islam.
PAS skrg, lepas PRU15 : Mengutamakan duit n buXXX.

PAS semakin celaka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular