Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 18 September 2010

Sultan Kelantan Terharu Dengan Sokongan Rakyat.


Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra
D.K., S.P.M.K.

Pejabat Sultan Kelantan hari ini menzahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberi oleh seluruh rakyat ke atas pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru. 

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata banyak ucapan tahniah diterima bagi menyatakan rasa gembira dan taat setia kepada Sultan Kelantan serta yakin baginda dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Bagi pihak pejabat Sultan, saya terharu dan berterima kasih di atas sokongan dan taat setia rakyat kepada Tuanku Sultan," katanya melalui satu kenyataan ringkas kepada Bernama di sini, hari ini.
Abdul Halim berkata beliau, yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Perdana hari ini setelah menerima rawatan akibat keletihan sejak dua hari lalu, membolehkan beliau menguruskan beberapa program lawatan tetamu baginda Sultan ke Kelantan. 

"Kita doakan Tuanku selamat sejahtera dan dapat terus memerintah dan menjaga kebajikan rakyat dengan sempurna," katanya.
 (BH)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular