Translate

Khamis, 16 September 2010

Tiada Bezanya Apabila Bukan Islam Membakar Al-Quran Dan Yang Mengaku Islam Menolak Al-Quran.



Alex Stewart seorang Ateis dalam klip video yang bertajuk
 'Injil dan al-Quran, mana satu terbakar lebih baik'.

Seluruh dunia mengecam tindakan seorang paderi Kristian dari Florida, Terry Jones yang mengancam untuk membakar 200 naskah al-Quran pada 11 September yang lepas. Walaupun akhirnya rancangan beliau itu telah dibatalkannya, tetapi ianya tetap dilakukan oleh beberapa individu yang lain.
Di Sydney, Australia, seorang peguam mengoyak naskah kitab al-Quran dan Injil sebelum membakarnya menerusi satu video yang disiarkan di laman YouTube. 

Tindakan itu dibuat sehari selepas Terry Jones mengugut untuk membakar kitab suci al-Quran itu di AS mencetuskan protes berdarah dan kutukan antarabangsa.

Malaysia juga tidak ketinggalan bersama-sama menyertai umat Islam diseluruh membantah dan mengutuk tindakan yang tidak jahat mereka itu. Sebagai seorang muslim kita bukan sekadar mempertahankan kitab suci al-Quran, malah kita juga mempertahankan kitab Injil, Taurat dan Zabur kerana ianya termasuk didalam Rukun Iman.   

Walau pun kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran telah banyak diseleweng  oleh paderi dan pendita mereka. Cuma yang membezakannya ialah kita tidak mengetahui ayat mana satu yang betul dan ayat mana yang telah diselewengkan.
Membakar kitab suci al-Quran adalah satu isu yang amat besar bagi umat Islam. Kerana itulah walau sejahil mana pun seseorang yang mengaku Islam bila al-Quran atau pun masjid dibakar, mereka akan bangun menentang. 

Bagaimana pula dengan orang yang mengaku Islam, tetapi mereka terang-terang menolak hukum yang terkandung didalam al-Quran?.
Mereka bukan sahaja menolak hukum malah mempermain-mainkan firman Allah s.w.t.

Kerana sikap pemimpin-pemimpin dan orang-orang yang mengaku sebagai umat Islam inilah  menjadikan al-Quran sebagai satu bahan bacaan sahaja. Sedangkan al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. bagi umat manusia adalah untuk menjadi pedoman dalam kehidupan.

Mereka (pemimpin negara umat Islam) amat marah apabila al-Quran dan Islam dihina oleh bukan Islam, sedangkan mereka sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik. Jangan persalahkan kepada musuh-musuh Islam kerana mereka sememangnya adalah musuh nyata. Selagi para pemimpin negara umat Islam menolak apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., selagi itulah Islam akan terus dihina.

Apakah cukup hanya sekadar berbangga sebagai umat Islam, sedangkan al-Quran hanya dijadikan barang hiasan didinding-dinding rumah. Kerana sikap para pemimpin negara umat Islam yang berpaksikan ideologi sekularisme, sampai sekarang Masjidil al-Aqsa tidak dapat dibebaskan walau pun negara haram Israel dikelilingi negara-negara umat Islam.

Mereka bukan sahaja menolak al-Quran, malah mereka sendiri membunuh dan memenjara sesiapa yang cuba menegakkan hukum Allah s.w.t.  Bagi menyambung ideologi pemerintahan mereka yang bercanggah dengan Islam itu, berpuluh-puluh ribu pejuang Islam disekat, dibuang negeri, dipulau, dipenjara, diseksa dan dibunuh. 

Adalah amat memalukan bagi umat Islam apabila saudara (pemimpin negara umat Islam) mereka sendiri menjadi agen kepada musuh Islam.  Mereka menjadi boneka kepada Amerika dan Zionis sebagai penasihat kepada PM. Dibawah telunjuk Amerika, rakyat sendiri ditahan tanpa bicara (ISA) dengan tuduhan tanpa bukti.

Semuanya dilakukan secara terang-terangan kononnya untuk memerangi keganasan dalam usaha mengambil hati AS dan sekutu-sekutunya. Oleh itu, jika kita ingin melihat Islam disegani dan didaulatkan dibumi One Malaysia ini, kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah. Adalah menjadi kewajiban kepada kita sebagai seorang muslim menolak pemerintah sekarang pada PRU nanti. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular