Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 5 Jun 2009

Manik Urai dan Hayat Umno

Selepas Bn tidak bertanding Di Dun Penanti dan selepas itu berlaku kekosongan Dun Manik Urai diatas pemergian penyandangnya keRahmatullah.Umno cepet-cepat mengumumkan akan bertanding di Dun Manik Urai selepas dikritik hebat oleh ahli akar umbi dan pihak lawan kerana memberi laluan mudah kepada PKR.Walaupun ada desas-desus yang Umno menaja calon bebas walaupun disangkal oleh calon-calon bebas.Salah seorangnya adalah bekas pembantu Tun Abdullah Badawi yang awal-awal lagi telah ditolak kertas percalonannya diatas sebab-sebab teknikal. Walaupun Bn tidak bertanding tetapi kalau dah sebut ahli politik,pasti Bn tidak senang duduk kerana telah ditempelak oleh parti pembangkang.Kerana inilah satu sejarah yang mana buat pertama kalinya Bn tidak meletakkan calon didalam pilihanraya kecil.Berbagai alasan diberikan oleh Bn dan Umno khususnya yang menyatakan pilihanraya kecil ini akan membazirkan wang rakyat.Sekarang Umno pandai pula menyebut isu pembaziran wang rakyat bila menyertai pilihanraya kecil.Tidakkah ini satu lawak bodoh yang dikeluarkan oleh para pemimpin Bn dan Umno.Sedangkan wang adalah ibarat isi dengan kuku buat Umno yang sememangnya tidak boleh dipisahkan dalam parti Umno sampai bila-bila.Dan ada lagi alasan yang diberikan adalah kerana PKR menyatakan Dun Penanti adalah kubu kuat mereka.Adakah Umno sedang dan memang cuba memperbodohkan rakyat.Dalam aspek ini,saya memuji parti Pas yang sentiasa meletakkan calonnya walaupun ia adalah kubu kuat Umno.Dan Pas juga mengetahui yang mereka pasti akan hilang wang pertaruhan jika meletakkan juga calon mereka untuk bertanding.Bagi Pas menang atau kalah sudah menjadi darah daging buat mereka.Kerana itulah Pas tidak akan membenarkan Bn menang mudah didalam satu-satu pilihanraya kecil.Itulah parti yang layak digelar anak jantan.Bagaimana pula dengan Dun Manik Urai yang telah dimenangi selama 5 penggal oleh parti Pas.Manik Urai boleh dikatakan kubu kuat Pas.Berani pula Umno mengumumkan akan bertanding dengan alasan Pas hanyalah memenangi dengan majoriti 1000 undi lebih sahaja.Satu alasan yang betul-betul dangkal dalam menipulasikan rakyat selepas merasa malu kerana tidak bertanding di Penanti. Kalau dikaji dan diselidik secara teliti,Umno boleh dikotagerikan sebagai parti yang yang jangka hayatnya sudah hampir keperhujungan.Umno ingat ia adalah parti yang akan kekal selama-lamanya,sebagaimana yang kita lihat slogan mereka dengan kata-kata: Umno....Kini,dulu dan selama-lamanya.Sepatutnya Umno mengambil iktibar daripada parti Kongres diIndia,LDP diJepun,Golkar diIndonesia dan banyak lagi parti-parti didunia yang apabila terlalu lama memerintah maka mereka tidak percaya yang parti mereka boleh tumbang.Ini adalah kerana mereka merasakan segala jentera kerajaan seperti polis,tentera,spr,sprm dan badan kehakiman adalah dibawah telunjuk mereka.Apabila hidup mereka penuh dengan kekuasaan dan kekayaan maka mereka lupa akan kekuatan rakyat.Kita boleh lihat apa yang berlaku kepada parti Golkar diIndunesia yang diterajui oleh Suharto dan keluarganya.Hinggakan dunia mengistilahkan yang kerajaan itu Suharto dan Suharto itu adalah kerajaan.Rakyat Indonesia langsung tidak boleh mengkritik beliau dan keluarga beliau.Sesiapa sahaja yang mengkritik beliau dan keluarga beliau maka hukuman mati akan menunggu.Lihatlah betapa besarnya kekuasaan beliau memerintah Indonesia.Apabila kesabaran rakyat telah hilang maka rakyat keluar beramai-ramai sehinggakan tentera yang menjadi nadi pemerintahan beliau pun berpaling tadah.Ini kerana mereka melihat berjuta-juta rakyat keluar untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka diatas apa yang telah beliau,keluarga dan kroni-kroni mereka lalukan dengan merompak khazanah negara.
Apa yang berlaku diMalaysia pun saling tak tumpas dengan apa yang berlaku diIndonesia.Usahlah Umno mendabik dada kerana merekalah Malaysia menjadi salah satu negara membangun yang menjadi contoh negara-negara lain.Sekarang ini rakyat malaysia bukan seperti zaman dulu.Sekarang rakyat telah celek IT.Segala lapuran daripada media massa kerajaan tidak lagi dipercayai.Kerana itulah rakyat lebih suka membaca internet dan laman-laman blog yang bagaikan cendawan tumbuhnya.Rakyat sudah tahu apa yang baik dan buruk untuk mereka.Kempen-kempen pembangunan yang kerajaan laung-laungkan sudah lapuk.Ia ibarat anjing menyalak bukit sahaja bagi rakyat sekarang ini.Kerana itulah Umno dab Bn sudah hilang modal untuk berhadapan dengan rakyat yang sekarang ini tidak boleh lagi digula-gulakan.Umno dan Bn terpaksa mencari jalan atau cara yang sesuai dengan zaman yang serba canggih.Slogan 1Malaysia,Rakyat diutamakan mungkin baru bagi rakyat menilainya kerana ia baru dipatenkan oleh DS Najib.Tertapi apa yang berlaku selepas beberapa bulan ia dipatenkan,rakyat mula muak kerana apa sahaja slogan yang diperbaharukan oleh pemimpin yang baru mengambil alih pemerintah,semuanya menguntungkan mereka,anakbini mereka,saudara-mara mereka dan kroni-kroni mereka sahaja.Dimanakah slogan Rakyat Didahulukan apabila timbul Kes-kes seperti AhLong,Stadium runtuh,projek Mee Segera( Bila ada PRK sahaja ) ,pasaraya runtuh,kedai tiada pelan dibina pula diatas rezab jalan dan macam-macam lagi.Bolehkah rakyat percaya semua itu yang nyata memperkayakan diri sendiri dan kroni-kroni mereka.Bagi Umno sekarang ini telah mengali lubang kubur sendiri dan hanya menunggu masa sahaja untuk dikapankan.............Maka hilanglah makna HIDUP UMNO.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular