Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 26 April 2011

Fitnah Media Umno: Apakah Azmin Ali Tidak Pernah Belajar?


Sepatutnya Azmin Ali lebih peka dengan apa yang berlaku dan beliau seperti tidak belajar apa yang dilakukan oleh media pencacai yang sentiasa mencari peluang untuk melaga-lagakan pimpinan PR. Sebagai pemimpin tertinggi PKR, beliau sepatutnya merujuk dahulu kepada Mustafa Ali berkaitan dengan kenyataannya dan bukan terus menyerang tanpa melakukan usul periksa.

Buat Pas Reform dan yang sewaktu dengannya, saya sudah boleh agak apa yang mereka akan kata. Mereka pasti akan mengungkit peristiwa yang lalu tentang perjumpaan yang dikatakan sulit dengan Umno. Mereka pasti berhujah dengan cerita penafian tentang pertemuan tersebut dengan merujuk yang Mustafa Ali tidak boleh dipercayai. 

Mereka cukup suka bila kenyataan dari Mustafa Ali atau Nasaruddin Mat Isa diputar belitkan oleh media pencacai kerana senanglah untuk mereka menyerang. Sebagaimana berita palsu Abu Bakar Chik mengherdik TGNA semasa penjumpaan peringkat tertinggi di KL berkaitan dengan UG. Tanpa usul periksa, mereka dan puak-puak mereka mencanangkan berita yang direka-reka oleh mereka yang tersisih kerana agenda jahat mereka.
  
Pada masa berita tersebut disebarkan oleh pencacai Pas Reform dan yang sewaktu dengannya, saya cuba mencari dan menghubungi banyak pihak untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sebelum saya memaparkan di blog ini. Tetapi dengan sikap yang tidak bertanggung jawab, puak-puak Pas Reform  terus memainkan isu ini untuk memburuk-burukkan kepimpinan TGHH. Petikan dari HarakahDaily boleh dibaca dibawah ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pendirian Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali  yang menjelaskan kenyataannya diputar belit oleh Umno.
 
Bagi Anwar, fitnah Umno dan percubaan untuk melagakan pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah ditolak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menyatakan perkara itu di lama twitter.
Mustafa pada 23 April lepas menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai.
Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.
Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, 22 April.
"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.
"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, Polis siasat sahajalah.
"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.
Akhbar Utusan Malaysia pada 23 April menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.
Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkannya.

Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.
“Saya hargai pendirian beliau dan PAS. Tolak fitnah Umno dan percubaan melagakan...” tulis Anwar.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular