Translate

Isnin, 8 Jun 2009

Bila KJ Buat Muka Tak Malu

Apabila KJ mula berkokok setelah sekian lama berdiam diri kerana telah dipinggirkan oleh ahli Umno sendiri.Itulah bila rasa diri terlalu berkuasa apabila mentua menjadi PM.Bila timbul Kerajaan Perpaduan mulalah beliau cuba menonjolkan diri sebagai jaguh yang kalah bertembung.Dalam menaikkan semula imej beliau yang betul-betul diketepikan setelah DS Najib mula mengambil alih pemerintahan daripada Pak Lah. Maka menyalak lah beliau dengan bermacam-macam idea yang boleh dikatakan sudah lapuk.Kenapa baru sekarang beliau bercakap tentang Kerajaan Perpaduan.Tidak semasa BN menang besar pada PRU 11 dulu.Itulah sikap hipokrit Umno yang sebenarnya.Apabila sudah mula kehilangan sokongan daripada bangsa Melayu maka dicanangkan yang bangsa melayu telah berpecah.Tolong ingat sedikit yang berpecah bukannya bangsa melayu tetapi Umno. Apabila TGHH memberi idea tentang kerajaan perpaduan maka riuh satu Malaysia,baik daripada BN maupun daripada Pakatan Rakyat sendiri.Itu hanyalah satu idea sahaja yang tindak langsung melibatkan kerjasama dengan BN.Ada yang pro dan kontra,itulah politik di Malaysia terlalu teruja dalam mengulas isu tersebut,Hinggakan para cendiakawan pun tumpang sekaki membahasnya.Itu hanyalah satu cadangan sahaja,yang Umno dan sesetengah ahli Pas teruja sangat apa pasal. Sepatutnya kita kenang kan kembali kata-kata Dr.Burhanuddin semasa berpidato si Singapura.Satu masa nanti Bangsa melayu di Singapura akan pupus dan akan hilang kuasa politik.Ternyata kata-kata beliau menjadi kenyataan apabila Singapura diserahkan kepada Lee Kuan Yew.Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang lalu dalam memperkasakan Pas dialam global ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular