Translate

Isnin, 8 Jun 2009

Pakatan Rakyat Vs Kerajaan Perpaduan

Apa yang TGNA katakan tentang kerajaan perpaduan adalah betul kerana beliau telah merasa betapa peritnya apabila Pas diperlakukan oleh kerajaan BN pada tahun 70 an dahulu.Bagaimana Umno pada masa itu tidak mendapat mandat yang kuat selepas pilihanraya 1969 dahulu.Walaupun Perikatan telah berjaya mempertahankan kerajaan kecuali Kelantan dan Pulau Pinang,jelas menunjukkan bahawa Perikatan belum boleh dikatakan menang di Perak dan Selangor.Di Perak perikatan hanya memenangi hanya 19 kerusi daripada 40 kerusi yang ada.Manakala di Selangor perikatan memenangi 14 kerusi,sama banyak dengan pembangkang iaitu DAP (9),Gerakan (4) dan Bebas (1). Pilihanraya 1969 telah menyulitkan Perikatan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak dan Selangor manakala secara muktamad Perikatan tidak menguasai Kelantan dan Pulau Pinang.Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang kemudiannya membawa kepada pemerintahan MAGERAN tidak mungkin berlaku sekiranya Perikatan Selangor tidak menghadapi kesulitan untuk membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya tersebut. Dengan lain perkataan,para penyokong Umno tidak akan mengadakan perhimpunan raksasa di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di jalan Raja Muda,Kuala Lumpur pada petang 13 Mei kalau kedudukan Dato' Harun Idris tidak tergugat.Boleh dikatakan hanya di Kelantan yang ditadbir oleh PAS sahaja tidak berlaku peristiwa berdarah tersebut.Inilah persoalan yang timbul sebelum wujudnya Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) dan sebelum lahirnya Barisan Nasional yang menggabungkan Perikatan dengan PPP,Gerakan dan PAS.Apabila MAGERAN menguasai dan mentadbir negara,maka Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Negeri tidak berfunsi lagi sebagaimana biasa. Melalui pemerintahan MAGERAN telah diambil kesempatan oleh Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri untuk memulihkan UMNO,MCA, dan MIC hingga menjadi kuat kembali dan memperkuatkan Barisan Nasional yang diwujudkannya kemudian.Pembentukan kerajaan di Perak dan Selangor juga dengan sendirinya telah diatasi apabila PPP,Gerakan dan PAS menyertai BN bagi membentuk kerajaan BN di peringkat pusat mahupun negeri-negeri.Oleh itu kerajaan Pulau Pinang dipanggil sebagai kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang,bukan kerajaan Gerakan.Begitu juga di Kelantan yang dikuasai oleh PAS sejak 1959,bukan lagi kerajaan PAS,tetapi kerajaan Barisan Nasional Kelantan. Selepas Umno semakin kuat,PAS dan PPP diperkecilkan sehinggalah PAS ditendang keluar oleh Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno sebagai parti yang mendominasi BN.Sehinggakan PAS tewas di Kelantan dan PPP yang suatu dahulu sebuah pembangkang yang kuat telah hilang taringnya walaupun PPP masih bersama BN.Daripada sejarah itulah saya tidak menafikan akan penentangan TGNA terhadap Kerajaan Perpaduan yang cuba dibawa oleh TGHH.Seperti kata-kata TGNA kalau Umno dah lemas,buat apa nak menyelamatkan mereka.Kalau boleh kita nak tengelamkan terus mereka. Umno sebenarnya bukanlah parti yang boleh dibuat kawan,kalau dilihat daripada mula penubuhannya. Saya bukanlah orang yang layak memberi komen tentang Kerajaan Perpaduan yang cuba diperkenalkan oleh TGHH,kerana beliau tentu lebih arif apa yang dilakukannya.Pada pandangan saya,beliau tidak akan sesekali meninggalkan Pakatan Rakyat yang telah banyak berjasa kepada PAS.Bagi saya,itu adalah pandangan beliau untuk dibincangkan bersama-sama dengan DAP dan PKR.Beliau pun sedar akan sikap DAP untuk menerima PAS sebagai kawan seperti beberapa pilihanraya yang lalu.Dan apabila DAP sanggup bersama dengan PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat,pasti beliau tidak akan akan mempersia-siakannya.Dari sejarah PAS tidak pernah mengkhianati kawan tetapi kawan yang mengkhianati PAS.Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak selagi PAS tidak terkeluar daripada pegangannya dalam mendaulatkan Islam sebagai Perlembagaan tertinggi PAS.Begitu juga DAP dengan Malaysian Malaysiannya.Apapun kita tunggu dan lihat diatas kebijaksanaan pucuk pimpinan masing-masing.Bagi saya buat masa ini PAS lebih serasi dengan Pakatan Rakyat setelah tidak berjaya dengan pakatan-pakatan yang lepas.Usahlah dirosakkan apa yang ada.Perkukuhkan lagi Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU 13 akan datang,kerana Bn sekarang sudah semakin lemah.Pasti mereka akan melakukan sesuatu sebelum pilihanraya yang akan datang kerana Umno cukup terkenal dengan tektik kotor mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular